VIDEO BERSIH 3.0 - POLIS TRAFIK DIBELASAH


Secara adilnya pihak polis dan peserta Bersih tidak bersalah, mereka semua adalah menjadi mangsa kepada pembangkang dan juga pendokong murtad dan seks bebas. Jika perhimpunan Bersih tidak diadakan semua itu tidak akan berlaku.

Ya memang benar perhimpunan itu diadakan bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil diantaranya, namun apakah itu adalah satu jalan yang paling sesuai, cara paling baik untuk untuk mendapatkan sesuatu itu seharusya pada jalan yang baik dan mengambil pendekatan yang bijak di dalam menyelesaikannya.
Ibarat menarik  rambut didalam tepung, rambut tak putus tepung tidak berterabur. Itulah yang menunjukkan satu kepimpinan yang baik didalam urus tadbir, mampu menyelesaikan masalah tanpa perlunya berlaku huru-hara. Kalau buat demontrasi ni budak tak sekolah pun mampu fikir untuk buat. 

Takkanlah pemimpin hebat pun guna cara macam ni juga untuk tukar kerajaan, jika begitu tepatlah kata-kata Raja Petra bahawa PR jadi pembangkang pun gagal macam mana nak jadi kerajaan. Anda Mampu Mengubahnya...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.