BUAT ADUAN TIADA AIR CINA DIPUKUL PEKERJA AKSB

Kelalaian akibat keselesaan pemimpin membuatkan mereka terlupa nasib rakyat yang setiap harinya berdepan dengan masalah kekurangan bahkan sesetengah tempat ketiadaan langsung bekalan air bersih. Bagi pemimpin mereka tidak menghadapi masalah itu kerana mereka punyai wang yang cukup untuk menyelesaikannya dengan beberapa kaedah alternatif, tapi tidak bagi rakyat kebiasaan.

Sudah banyak kejadian buruk menimpa akibat berpunca dari masalah air, terbaru seorang lelaki cina, Lee Chai Guan, 39, dari Taman Sri Wali Kuala Krai dikatakan telah dibelasah oleh kakitangan Air Kelantan Sdn Bhd AKSB.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika mangsa datang ke pejabat syarikat itu untuk mengadu tentang gangguan air di kawasan perumahannya yang berlarutan sejak Jumaat lalu.

Chai Guan berkata, siapa pun ada anak kecil sepertinya akan naik marah jika berdepan masalah bekalan air, lebih-lebih lagi gangguan berlarutan selama beberapa hari tanpa sebarang notis atau bantuan lori tangki.

“Bagi orang tua tidak ada masalah sangat kalau tidak ada air tetapi kalau bayi berusia empat bulan macam anak saya, memang susah dan perlukan air terutama untuk buat susu dan mandi,” katanya.

“Memang suara saya sedikit tinggi masa cakap air tak ada, anak nak minum apa, nak buang air, nak mandi pun susah. Tiba-tiba seorang staf terus serang dan pukul saya.  

Jika tidak ada gangguan bekalan air perkara ini tidak akan berlaku, siapapun mungkin kurang sabar bilamana setiap hari sehingga berpuluh tahun menghadapi masalah yang sama didalam rutin harian mereka.

Begitu juga dengan kakitangan AKSB, mereka juga mungkin sudah tidak tahan dengan aduan setiap hari dan menerima pelbagai karenah aduan mengenai masalah air ini. Namun sampai bila ianya terus begini ? Apa yang pemimpin Pas buat lebih 23 tahun ni sampaikan keperluan asas seperti air pun masih gagal diurus dengan betul.

Ketahuilah bahawa masalah air ini adalah satu isu yang cukup besar, jika nak tunggu sampai tahun 2027 agak-agaknya berapa orang lagi yang akan kena belasah kerana membuat aduan, sedangkan masih ada jalan lain untuk mengelak dari ia terus berlaku, hari ini hari orang, entah esok hari kita. Anda Mampu Mengubahnya...

1 comment:

  1. wahai semua penganut agama Buddha,

    YIP KUM FOOK (MCA Gombak) adalah kesilapan yang paling besar kerana dia menghalau sami dari Kuil Buddha (SAMNAK SAMBODHI) Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur ... dia tidak tahu bahawa kuil itu diasaskan oleh Sami Buddha ini, dia hanya menjadi presiden kuil, dan sekarang ramai orang bercakap tentang apa yang dia lakukan dengan Sami Buddha.

    Buddha adalah 2500 tahun yang lalu tetapi tidak pernah mendengar yang baru seperti itu, dia boleh berbuat seperti itu, semoga anda menghina dan memberontak kepada Buddhisme dan anda adalah relatif dan memusnahkan Buddha dalam kehidupan terdahulu... anda adalah jawatankuasa kuil tetapi tidak pernah tahu tentang ajaran Buddha sama sekali, jika anda tahu apa yang Buddha ajar, anda tidak akan melakukan perkara sedemikian atau perkara tersebut

    YIP KUM FOOK (MCA Gombak) dan pasukan dia sangat gembira kerana mereka berjaya mengeluarkan Sami Buddha dari kuil Buddha tetapi anda tidak tahu apa yang akan berlaku di belakang, semua yang anda(mereka) lakukan akan tercatat dalam fikiran orang dan semuanya tidak dapat dipadamkan dari fikiran orang

    kini kuil menjadi tempat pembuangan malang olih jawatankuasa, dan juga ramai penganut yang mengetahuinya, jadi penganut cina tempatan tidak berjalan di kuil, hanya penganut Myanmar sahaja yang masuk, mereka masuk kerana Sami Buddha Myanmar bermastautin di kuil.. jawatankuasa kuil mengupah mereka untuk menjaga kuil

    Rakyat Desa Jaya, Kepong

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.