DAH LEBIH 23 TAHUN KALAU TAK MENANG LAGI TAK TAHU NAK KATA - SINDIR NAJIB

KULIM - Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno di negeri yang dikuasai pembangkang sekarang sepatutnya sudah belajar daripada pengalaman lalu yang menyebabkan BN gagal membentuk kerajaan di negeri-negeri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata setelah lebih empat tahun pengalaman hitam selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, pemimpin-pemimpin berkenaan sepatutnya menyedari kesilapan mereka sehingga menyebabkan kekalahan itu.

"Dah lebih empat tahun...kalau tak belajar lagi saya tak tahu nak kata apa. Kalau mereka rasa marah (sebab kalah), selepas empat tahun patut takde lagi. Kalau kecewa tak boleh kecewa lagi.

"Buat ketetapan dalam hati masing-masing rasa marah, kecewa dan hampa dah berlalu. Kini masa untuk tebus kekalahan dengan komitmen yang tidak berbelah bagi. Ini sahaja boleh jamin kemenangan kita," katanya pada jamuan malam bersama pemimpin BN negeri Kedah di sini.

Hadir sama isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata jika kesilapan yang sama diulangi, mustahil 'pisang tidak akan berbuah dua kali'.

"Apa yang penting, kita mesti bersatu dan bersedia. Takde pilihan lain hanya pasukan yang bersatu dan bersedia sahaja akan menang. Kena berkhidmat dan berbakti. Saya sendiri terpaksa bekerja keras. Jangan biarkan saya kerja seorang...kena bekerja satu pasukan," katanya.

Perdana Menteri berkata jika Umno dan BN hanya menjaga orang-orang tertentu atau kaum-kaum tertentu, itu bukanlah berbakti namanya.

"Umno jangan hanya jaga Melayu sahaja. Rakan-rakan kita (parti komponen BN) juga kena jaga orang Melayu dan kaum-kaum lain. Tak patut ada orang rasa terbiar. Kita kena berkhidmat, berbakti, bertindak, berstrategi, berkorban dan bertawakal," katanya.

Najib berkata sebagai parti dan kerajaan di peringkat pusat, pihaknya akan melakukan yang terbaik untuk rakyat bagi meyakinkan mereka bahawa BN yang lebih baik dan lebih berkemampuan serta rakyat boleh sandarkan harapan.

Katanya BN perlu meletakkan perbandingan dengan apa yang dipaparkan kumpulan pembangkang kerana pembangkang tiada pelan yang boleh dipercayai sebagaimana BN yang berpijak di bumi nyata.

"Sejak beberapa hari ini pemimpin pembangkang tak berapa nak sebut tentang Buku Jingga. Ada beberapa pemimpin pembangkang termasuk Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) mempersendakan Buku Jingga," kata Najib.

Perdana Menteri dan isteri hari ini melawat Kedah. Lawatan dimulakan dengan mengunjungi Masjid Al-Taufiq di Kampung Air Merah di sini.

Pada kunjungan kira-kira 3.30 petang itu, Najib mengumumkan peruntukan RM200,00 untuk membina sebuah bangunan baru Kelas Fardu Ain (KAFA) di masjid itu.

Beliau kemudian melancarkan program Jelajah Janji Ditepati di Kulim Hi-Tech Park di sini yang dikunjungi lebih 30,000 orang. - Bernama

Gk - Kalau baru 4 tahun pun PM dah tak tahu nak kata apa, patutlah yang dah lebih 23 tahun tu PM tak terkata-kata, kalau orang ada maruah bila ketua dah cakap macam tu patutnya ada perasaan malu, ni tidak selamber jer macam biasa, takder perubahan !!! Apapun pastikan calon itu diundi diatas kelayakkannya.

Ada setengah tu yang nak jadi calon kat Kelantan ni sembrono jer dia nak, apa sumbangan pada masyarakat langsung tidak ada yang boleh dibanggakan, bila tak dapat calon, mulalah cantas mencantas, kalau ada yang jenis ni rakyat Kelate boleh email gambarnya ko ambo, kito wak kiro biar seluruh dunio ore kenal perangai hudohnya. Jangan jadi bodoh sombong agah tok ketu kalu, sama-samalah cermin diri sendiri..Anda Mampu Mengubahnya...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.