KELATE - CURI KAMBING, NAK HUKUM HUDUD !

KOTA BHARU - Padah mencuri kambing! Seorang penganggur terpaksa meringkuk dalam penjara selama empat bulan selepas didapati bersalah atas pertuduhan, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly, menjatuhkan hukuman itu terhadap Ibrahim Dollah, 47, selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Ibrahim serta tiga rakannya, yang masih bebas melakukan perbuatan itu pada 5 April lalu kira-kira jam 12.30 tengah hari di Kampung Puteh dengan niat mencuri haiwan terbabit milik Siti Fatimah Mat bernilai RM500.

Atas kesalahan terbabit, Ibrahim dijatuhkan hukuman di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sebelum itu, Ibrahim disoal oleh Mohd Fazaly sama ada, dia mencuri kambing itu untuk dimakan sendiri atau dijual.

Tertuduh hanya menggeleng-gelengkan kepala dan menundukkan ketika berada dalam kamar mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad dan menurutnya, hukuman itu diharap dapat memberi pengajaran kepada Ibrahim dan menjadi teladan kepada masyarakat. - Sinar Harian

Disebabkan masalah kecurian kambing seperti itulah yang memaksa keluarga miskin di Kampung Sabak Pengkalan Chepa terpaksa tinggal bersama-sama kambing dalam satu rumah yang sama, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.


Diatas hal yang demikian juga yang memberi dorongan kepada Pas didalam melaksanakan Hukum Hudud, sehingga Pas dan Hudud sudah menjadi sinonim walaupun retorik tanpa sebarang perlaksanaan dibuat, alasannya cukup mudah ini kerana halangan daripada kerajaan Barisan Nasional yang menggagalkan usaha Pas itu.

Namun sejauhmana kebenaran tohmahan tersebut jika Pas ada kesungguhan didalam perlaksanaannya, umum mengetahui yang mana asas kepada Hudud seperti draf pun gagal dibuat oleh Pas walaupun sudah lebih 23 tahun memegang tampuk pemerintahan di Kelantan.

Realiti keadaan sebenar mengenai hudud ini sebahagianya boleh dinilai dalam perbahasan di Sidang Dun Kelantan pada klip Video dibawah. Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.