Rakaman kekecohan yang berlaku di perhimpunan yang bertembung diantara dua kumpulan yaitu SEDAR dan juga TEAM "R" pagi ini di depan SUK Kota Bharu.
Dilaporkan seramai lima orang ahli kumpulan TEAM "R" cedera didakwa dipukul ketika perhimpunan tersebut.
Antaranya ialah Naib Presiden Royalti, Abu Samah Hassan berkata, kejadian itu berlaku ketika pihaknya sedang berunding dengan anggota polis bertugas berhubung urusan pembahagian kawasan himpunan.
Katanya, sewaktu perundingan itu berlangsung, keadaan agak tegang dengan bunyi bising serta provokasi daripada penganjur Himpunan Sedar sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan berbincang dengan dengan pihak satu lagi.
“Belum sempat habis berunding dengan polis berhubung kawasan himpunan diperluaskan memandangkan peserta Pra-Himpunan Royalti ini semakin ramai, saya pergi berjumpa ketua pihak berkenaan untuk menasihatkan menenangkan ahli-ahlinya supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi.
“Tetapi malangnya mereka sukar untuk dibawa berunding hingga menjadikan saya ambil keputusan untuk beredar. Sewaktu saya hendak beredar tiba-tiba saya dipukul curi secara padu dari bahagian belakang, pada bahu, leher dan kepala,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pengkalan Chepa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Bharu.
‘Pra-Himpunan Royalti: Menjunjung Titah Tuanku Sultan Muhammad V’ dianjurkan untuk menyerahkan memorandum tuntutan beserta plak Royalti yang telah ditandatangani Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pihak Kerajaan Negeri ini.
Sementara itu, seorang lagi mangsa, Khairul Nizam Abd Ghani, 31, berkata dia terpaksa menerima tiga jahitan pada bahagian kepala setelah dipukul kira-kira 10 orang dari pihak yang sama.
“Saya tidak tahu dipukul dengan objek apa pada bahagian kepala ini sebab benda ini berlaku dengan cepat tetapi merujuk pemeriksaan doktor dipercayai luka disebabkan benda tajam,”katanya. - Di petik dari Sinar Harian
Kate kelantan kaya tak payah le dok tuntut royalti minyak tu, kaya ke kayap, nak duit cara senang.
ReplyDeleteroyalty buat modal politik sajo. Tokleh buat projek sbb tak dok duit sbb tok leh royalti. Alasan terbaik tutup kelemahe meretoh.
ReplyDeleteBodo belako lembu2 pas.