SYURGA - ARTIS KEMBALI BERTAUBAT BILA DENGAR FATWA NIK AZIZ PELIK !

Masih ramai diantara umat Islam dinegara ini yang belum jelas mengenai perjuangan Pas, lebih mendukacitakan ada yang menganggap bahawa pas adalah Islam dan Islam adalah Pas, biarpun hal ini sudah dijelaskan dan buktinya juga turut ditampilkan, namun ketaksuban sebahagian mereka seakan-akan tidak mempedulikannya bahkan menuduh apa yang dijelaskan itu hanyalah rekaan semata-mata.

Mereka menyangka dengan menyertai atau menyokong Pas mereka dapat kembali kepada jalan Islam yang sebenar tanpa mereka sedar yang ianya menambahkan lagi jalan-jalan kesesatan, mereka lantang dan bangga mengutuk pihak lain diatas platform Pas dan seolah-olah menunjukkan yang mereka sudah berada pada satu tempat yang selamat untuk membawa mereka ke akhirat nanti.

Sebagai contohnya dilihat kebelakangan ini golongan artis begitu ghairah dengan mengumumkan mereka menyertai Pas kerana sudah bertaubat dan kononnya  kembali ke jalan yang benar, ini satu perkara yang perlu diperjelaskan dengan perlunya melihat keseluruhan didalam Islam dan tidak tertakluk kepada Islam yang dibawa oleh parti.
Nak sokong Pas itu adalah hak mereka untuk memilih, namun jika mengatakan insaf dan bertaubat lalu menyokong perjuangan Pas itu adalah satu hal yang tidak betul,  dan Gk sangat respect dengan seorang artis dari Kelantan ni yaitu Abe Mustafa Kamal, beliau lebih bersifat terbuka dan gentleman,  walaupun  agak condong kepada Pas beliau tidak pernah melebih-lebih untuk mengatakan bahawa beliau sudah insaf dan bertaubat lalu menyertai Pas.

Melainkan dalam Facebook beliau menyebut "kawe sokong tok guru,,tok guru the best,,kawe harap kawe boleh berobah dgn sokong tok guru",. diatas hal itu juga mungkin tidak boleh menyalahkan beliau dengan kritikan balas dan sinis terhadap kenyataan seorang Menteri baru-baru ini, kerana artis juga mempunyai HAK untuk memilih mana-mana yang mereka rasakan baik dalam penilaiannya.

Mungkin kita boleh tidak bersetuju andainya artis yang konon insaf dan bertaubat  itu diheret ke pentas ceramah untuk menabur kata-kata nista  bagi mencari populariti murahan  dan nyata ia popular dengan katanya "Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu". Kalau dah bertaubat ada baiknya tidak menyentuh hal peribadi orang lain sebaliknya menambahkan lagi amal baik untuk diri sendiri.

Maka itulah bezanya bila kata sudah insaf  lalu menyertai Pas dengan sudah insaf lalu  mendekati Islam. Kerana jika sudah insaf lalu mendekati Islam pasti kita akan takut dengan dosa kita dan tiada masa untuk kita menjaja cerita orang lain sebaliknya kita sentiasa beramal dengan amalan yang diajar oleh Islam.

Kerana bagi Gk jika insaf dan perlukan pahala untuk cover dosa yang disedari banyak lebih baik berzikir dan memuji Allah seperti "Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar" yang pahalanya dijamin lebih besar dari menyebut "Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu", percayalah dan jika tidak tanyalah pada Mufti atau Ulamak.

Bersama dalam berkongsi maklumat dan ilmu, hayatilah kenyataan Nik Aziz pada klipvideo dibawah dan nilailah ia dengan iman dan jauhilah rasa taksub, kasihanilah pemimpin anda sekiranya anda menyayanginya, jika semakin diangkat dan tidak ditegur silapnya seakan maksum seperti Nabi, bukankah itu satu hal yang luar biasa bagi manusia normal dan akan menjerumus kelembah kesesatan bersama pemimpin dan pengikut.


Mungkin artis boleh tanya sendiri Nik Aziz mana satu yang betul, sekali kata syurga hak mutlak Allah Taala sekali pulak kata lain. Kalau Nik Aziz kata bukan hak mutlak Allah Taala, ada wajarnya artis  perlu sekali lagi kembali kepangkal jalan kerana tidak ada satu benda pun yang bukan hak mutlak Allah Taala.

Agama bila dijadikan alat kepada politik akan rosaklah ia kerana dimantikkan, dan jelasnya bila Ustaz Budak tidak bercakap pasal politik dan menjelaskan bahawa syurga adalah hak mutlak Allah Taala dengan memberi perumpamaan seperti "Kalau kita ada kereta, suka hati kitalah nak naik ataupun tidak kerana itu kereta kita." Berbeza pula perumpamaan 'gelas' yang diberikan oleh Nik Aziz . Anda Mampu Mengubahnya..

5 comments:

  1. Ugama pas berkiblatkan salib dan berimankan jesus christ. Mana sama dengan islam yang berpandukan Al-Quran dan beriman pada allah.org banyak dosa pilih pas sebab undi terus masuk syurga.

    ReplyDelete
  2. Nak bertaubat tiada kena mengena dengan masuk PAS. PAS parti politik. Tak tahu lah kalu mereka ni ikut short cut sbb Tok Guru kata boleh dapat tiket syurga free.

    ReplyDelete
  3. aku tgk cakap si ajiz ni pusing pusing.. sampai serabut kepala aku pusing pusing hahaha... sebab si ajiz ni pun cakap suka konar pusing u-turn.. penyokong fanatik taksub dia pun ikut apa si ajiz ni pusing cakap hahaha...tak pikir apa dia cakap tu betul ke tidak...membuta je ikut..berapa banyak pusing daa ajiz..kaki pusing la ko ajiz.. sekejap ugama bukan politik..kang pusing cakap agama itu politk pulak..ajiz pusing la ko ni hahaha...atas dunia boleh ko pusing ajiz.....tengok nanti sapa kena pusing..ajiz ajiz..

    ReplyDelete
  4. tua dooh doh dio ni. kecek tokleh cayo setabuk...

    ReplyDelete
  5. wahai semua penganut agama Buddha,

    YIP KUM FOOK (MCA Gombak) adalah kesilapan yang paling besar kerana dia menghalau sami dari Kuil Buddha (SAMNAK SAMBODHI) Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur ... dia tidak tahu bahawa kuil itu diasaskan oleh Sami Buddha ini, dia hanya menjadi presiden kuil, dan sekarang ramai orang bercakap tentang apa yang dia lakukan dengan Sami Buddha.

    Buddha adalah 2500 tahun yang lalu tetapi tidak pernah mendengar yang baru seperti itu, dia boleh berbuat seperti itu, semoga anda menghina dan memberontak kepada Buddhisme dan anda adalah relatif dan memusnahkan Buddha dalam kehidupan terdahulu... anda adalah jawatankuasa kuil tetapi tidak pernah tahu tentang ajaran Buddha sama sekali, jika anda tahu apa yang Buddha ajar, anda tidak akan melakukan perkara sedemikian atau perkara tersebut

    YIP KUM FOOK (MCA Gombak) dan pasukan dia sangat gembira kerana mereka berjaya mengeluarkan Sami Buddha dari kuil Buddha tetapi anda tidak tahu apa yang akan berlaku di belakang, semua yang anda(mereka) lakukan akan tercatat dalam fikiran orang dan semuanya tidak dapat dipadamkan dari fikiran orang

    kini kuil menjadi tempat pembuangan malang olih jawatankuasa, dan juga ramai penganut yang mengetahuinya, jadi penganut cina tempatan tidak berjalan di kuil, hanya penganut Myanmar sahaja yang masuk, mereka masuk kerana Sami Buddha Myanmar bermastautin di kuil.. jawatankuasa kuil mengupah mereka untuk menjaga kuil

    Rakyat Desa Jaya, Kepong

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.