Amuk !!! Kaitan Antara Nik Abduh , Jaya Negara Dan Mudhalina

Jaya Negara 12 June 2012 23:06

Dhada...., Aku ingat kamu telah ditangkap polisi gara-gara menyokong aku. Janganlah menghilang tanpa bicara. Cemas aku.

Kelip-kelip ku sangka api kalau api mana obornya.

Hilang ghaib ku sangka mati kalau mati mana kubornya.

Aku ini kebal dengan segala jenis senjata maupun undang-undang manusia aku pun tak tahu kenapa. Dulu diusia remaja 19..... 30 aku terlibat dengan banyak jenayah -jenayah kecuali rogol, zina dan membunuh. Selain dari jenayah itu aku buat yakni merompak, dadah dan pukul orang. Aku ini ibarat halimunan. Polis macam tak nampak aku.

3 jenis jenayah ni aku sangat pakar. Pada usia 30 aku tinggalkan semuanya. Aku dah bertaubat dan kini aku ingin menyumbang bakti pada semua kamu.

Aku mulai dengan menulis sikit-sikit dengan petunjuk dari Allah Tuhanku. Kamu sepatutnya sudah mengetahui siapa aku dari awal-awal lagi. Lihat aku dan fahami aku melalui mata hati mu.

Salam. Gila apa manusia.

Jaya Negara14 June 2012 00:11

Hidup kamu.... pastinya kamu yang uruskan. Ia betul semuanya.

Dhada, aku ini lelaki paling sexy diAlam Cyber..... tanpa malu-malu tak berbaju. Aku tidak hipokkrit. Aku bukan mencari pengikut. Aku tidak memaksa kamu untuk percaya apa2 pun.

Aku dengan sengaja paparkan gambarku tanpa malu-malu. Kerana apa? Kerana hanya jauhari sahaja yang dapat mengenal manikam.

Ilmu yang aku tulis pastinya tidak seiring dengan penampilan aku. Sapa2 pun yang baca tulisan aku pasti tidak percaya bahawa inilah lelaki yang menulis semua catatan yang kamu baca. Iya kan Pasti!

Ketika kawan isteriku diperkenalkan kpd aku.... dia terkejut tupai melihat aku.... kiranya pada dia aku ini Ilmuan Agama... dah tua pulak tu... Pastinya berpakaian agama.... iyalah sami ada pakaiannya, paderi ada pakaiannya, rabai ada pakaiannya.

Semua itu pakaian ugama..... siapa tetapkan? Allah... biar betul. Kamulah manusia yang menetapkannya. Kamu dgn sendiri menetapkan pakaian tertentu pada setiap agama. Pasti!

Sebaik mana pun seseorang itu... hebat setara mana pun dia.... jika kamu masih kekalkan pakaian ini. Semua kamu pastinya tidak dapat bersatu.

Cuba kita lihat Nik Aziz yang berpakaian ugama. Baik... taat.. tidak rasuah.. sopan... tidak gelojoh... pintar dan berilmu. Mahukah orang bukan Islam menyokong Nik Aziz seratus peratus. Nik Aziz sebaik-baik manusia yg hidup dan masih bernyawa ditolak.

Kenapa semua ini berlaku? kenapa? kerana pakaian agama. Orang bukan Islam rasa seolah-olah kena masuk Islam la pulak jika menyokong Nik Aziz... Iya Pasti!

Begitu juga kamu, hebat setara mana pun seseorang Paderi.... Mahukah kamu pilih siPaderi itu jadi ketua kamu untuk berhadapan dengan Allah nanti.... tak mahu. Pasti! Iyakan.

anonymous14 June 2012 01:24

Kenapa kamu ni aneh ya Abu BAkar?

Aku sungguh hairan dengan kamu. Pelik. Sungguh pelik.

Apapun aku masih mahu mendengar cerita kamu.

Aku sedang hayati semut2 hitam yang berbaris panjang itu.

Tidak aku mentertawakan kata-kata kamu hanya ketawa pada lawak2 namun aku serius membacanya.

Ceritalah lagi. Namun aku tak pasti sama ada aku akan turut serta bersama kamu atau tidak. Aku punya suami dan anak. Mereka lebih perlukan aku.

Di sininya aku kerana aku mahu tahu siapa aku. Mengapa terasa berada di dalam bilik padahal hal itu tidak diendahkan yang lain.

Sungguh ku terasa diri ini berbilik-bilik dan aku semakin sedar dan perasan akan kehadiran jiwa dan suara-suara di dalam diri ini.

dhada

Jaya Negara 14 June 2012 01:58

Gila apa manusia, Wahai Dhada yang budiman.... kenapa aku terasa pelik.

Pelik apa? Jawap la. Aku tidak pernah tanya kamu sudah kahwinkah, untuk apa?

Tidak perlu tulis siapa kamu. Ada anak ke? Yang bersuami itu jasad kamu.

Jiwa ini sendiri ketika diuji.. aku juga tidak mahu tahu kamu lelaki ataupun perempuan.

Jiwa

Jaya Negara 14 June 2012 02:14

Dhada, kamu Pastinya sudah tahu siapa aku.

Semuanya diri tahu dia sendiri yang tentukan.... terpulang kepada kamu jika tidak mahu meninggalkan

taman permainan.

Aku baca tulisan kamu di jeneral mahdi and the last generation army... bersemangat....

Marilah kita berjuang habis-habisan.... nanti kita semua yang berjaya diBumi..... tidak malu kita bila berhadapan Allah. 


Pasti saja Jaya Negara, Ayah Pin atau sesiapa sahaja yang punyai pemikiran demikian tidak sekali-kali akan menganggap ianya satu kesalahan, kerana mereka punyai kepercayaan terhadap sesuatu yang dipercayai walaupun ia berbeza dengan orang kebanyakkan.

Mereka yang sesat tidak pernah kata yang mereka adalah sesat, ada saja dalil dan nas untuk mereka berikan bagi menghalalkan ucapan kelakuan mereka itu. Walhal mereka tidak sedar bahawa orang-orang yang benar beriman tidak berkeadaan sepertimana mereka....Anda Mampu Mengubahnya...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.