Ditahan Di Airport Akibat Penis Besar Disangka Bahan Peledak

Seorang lelaki yang dikenali kerana mempunyai zakar terbesar di dunia (menurut Guinness) telah mengalami saat-saat sukar di sebuah lapangan terbang kerana zakarnya!

Jonah Falcon, 41, dari New York, telah ditahan dan diperiksa di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco oleh pegawai dari Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat kerana disyaki menyembunyikan pistol di dalam seluarnya. Bukan itu sahaja, Falcon telah diminta memberi kerjasama sementara pihak berkuasa menabur serbuk putih untuk memastikan 'benda' di sebalik seluarnya bukan bahan peledak.

Falcon yang pernah tampil dalam dokumentari HBO tentang ukuran kejantanannya iaitu 9 inci dan 13,5 inci ketika ereksi berkata "Saya letak 'barang' saya ke arah kiri dan saya tidak ereksi ketika disyaki membawa senjata, malah saya katakan kepada pegawai-pegawai di situ bahawa itu sebenarnya zakar saya". - Busuk

Kepada yang tidak mempunyai saiz sedemikian rupa bersyukurlah, abaikan akhbar Harakah yang senantiasa mengiklankan ubat-ubat kuat serta ubat mengubah size itu, sekadar renungan sebagai tanda bersyukur, hahaha....Harakah dan ubat kuat ibarat ombak dan pantai....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.