Lombong Emas - Kalau Tak Mampu Minta Bantuan Pusat - Ku Li

GUA MUSANG - Kerajaan negeri Kelantan mesti membuat kawalan terhadap aktiviti perlombongan emas dan hasil bumi yang lain, bagi mengelak berlakunya perlombongan secara haram.

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata sekiranya kerajaan negeri tidak mempunyai kemampuan, mereka boleh mendapatkan bantuan daripada pihak kerajaan pusat.

"Kalau ada yang bernilai
, adalah orang yang hendak, kalau tak boleh cara halal, cara haram, apa nak buat, itu mesti dikawal. Macam hasil perlombongan, ini bidang kuasa kerajaan negeri maka negerilah yang kena buat kawalan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kembara Jalinan Kasih Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan/Astro NJOI bersama masyarakat Orang Asli Parlimen Gua Musang di Pos Hendrop, kira-kira 90km dari sini.

Tengku Razaleigh berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar Khamis lepas, mengenai aktiviti perlombongan emas tanpa lesen dipercayai berlaku di beberapa daerah di negeri Kelantan termasuk di Gua Musang.

"Kelantan ini mempunyai deposit bijih tetapi sejauh mana boleh dilombong secara ekonomik tak tahu lah tetapi sememangnya ada deposit bijih," katanya. - Bernama

Sebelum ini pada 10 Julai yang lalu akhbar Utusan Malaysia melaporkan, berpuluh-puluh tapak perlombongan emas haram dikesan beroperasi di beberapa daerah di negeri ini.

Utusan Malaysia difahamkan antara kawasan yang menjadi tumpuan aktiviti tersebut ialah Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

Tindakan `merompak’ hasil negeri yang telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu itu menyebabkan Kelantan kerugian ratusan jutaan ringgit.

Ini berdasarkan laporan mengatakan ada di antara lombong haram itu mampu memperoleh sehingga satu kilogram emas yang dianggarkan mencecah nilai RM190,000 dalam masa tiga hari melombong.

Selain itu, kegiatan tersebut juga menyebabkan berlaku kerosakan pada alam sekitar.

Sementara itu, sumber turut memberitahu kebanyakan lombong haram berkenaan beroperasi tidak jauh daripada lombong berlesen.

Keadaan itu, jelas sumber terbabit, sekali gus menimbulkan persoalan tentang penglibatan serta peranan mereka membanteras kegiatan tidak bertanggungjawab itu.

“Adakah mereka (pengusaha lombong berlesen) tahu mengenai aktiviti itu tetapi sengaja ambil tidak tahu atau pun perkara itu sudah dilaporkan tetapi tiada tindakan diambil," kata sumber itu.

Jelas sumber itu lagi, berbeza dengan kaedah perlombongan konvensional berlesen, pengusaha lombong-lombong haram dikatakan beroperasi dengan kos yang rendah iaitu kira-kira RM5,000 sehari dengan hanya menggunakan beberapa orang pekerja dan jentera berat.

Tanpa membina kolam mendapan dan saliran air secara terurus seperti disyaratkan dalam peraturan melombong, pelombong haram dipercayai beroperasi di sepanjang tebing sungai.

Ada juga yang mengorek dan menimbus dasar sungai sehingga menyebabkan kerosakan serius pada aliran sungai.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia bersama sumber di beberapa lokasi di Gua Musang menemui bekas lombong haram dan khemah pekerja yang didirikan di tebing sungai.

Berdasarkan pemerhatian penulis, beberapa penduduk Orang Asli dan warga Indonesia yang sudah beberapa hari menginap di kawasan itu dipercayai bekerja di lombong haram yang terletak berhampiran.

Bagaimanapun, ketika ditanya, mereka menafikan pembabitan dalam perlombongan haram sebaliknya kehadiran di situ bertujuan menangkap katak.

Sementara itu, maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Kelantan menyatakan terdapat hanya enam syarikat perlombongan emas yang berlesen di negeri ini, manakala permit cari gali (eksplorasi) yang dikeluarkan adalah

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.