"Nape Yer Ramai Wanita Rasa Tak Menutup Aurat Pun Takpe?" - Abby Abadi

Kontroversi mengenai diri pelakon wanita, Abby Abadi nampaknya bukan semakin surut.

Satu-persatu yang menjengah dalam kehidupan ibu tunggal anak tiga itu.

Bermula dengan penghijrahannya dengan memakai hijab, semua pihak khususnya peminat-peminatnya gembira dengan niat dan hijrah yang dilakukan oleh Abby.

Dari saat itu, Abby tampil manis dengan bertudung ke mana sahaja dia pergi.

Sejak itu juga, wajah dan diri Abby jarang nampak dalam drama tempatan atau dunia filem atau pun iklan-iklan komersial.

Kegembiraan Abby datang sekali lagi apabila dia berjaya membuka perniagaannya sendiri dengan menjual kelengkapan persalinan telekung kepada kaum Muslimah.

Bagi penulis, itu salah satu pencapaian yang bagus dalam diri dan hidup Abby kerana Allah S.W.T telah membuka pintu rezeki kepadanya.

Selain itu, Abby juga banyak menghadiri kelas-kelas keagamaan dalam kehidupan sehariannya.

Termasuklah menghadiri ceramah-ceramah agama yang dianjurkan oleh parti Pas.

Mulalah dari situ ramai yang memperkatakan Abby sudah pun masuk ke dalam parti itu.

Tetapi, dia menafikan kenyataan itu dan menyatakan dengan tegas, dia hanyalah dalam proses untuk mendalami ilmu agama untuk akhirat kelak.

Semalam, dengan sah, Abby telah pun menyertai parti Pas.

Bagi penulis, itu adalah hak Abby sendiri untuk memilih jalan hidupnya. Kalau itu yang dia pilih, mungkin itu jugalah yang mampu memberikan kebaikan dan kabahagian kepada dirinya.

Jadi, tak usahlah kita persoalkan keputusan yang dia buat.

Cuma semalam, Abby ada mengeluarkan kenyataan di Twitternya mengenai wanita yang tidak bertudung. Katanya:

“Nape yer ramai wanita yg rs xmnutup auratpun xpe,?free hair tu x bdosa? Ada bule bgtau sbbnya knapa? Kita share2 je.. Nk tahu buleh?”

Apa komen anda? Silakan..-Mynewshub.

11 comments:

  1. inilah manusia baru sekejap tukar imej dari dari tak bertudung kepada bertudung terus merasa diri sudah beriman dan sudah bagus dari dulu...

    ini namanya perasan diri bagus..baru 2-3 hari kenal islam sudah pandai hantam islam...sedar diri sikit hidup umur 35 tahun baru kenal tudung, baru kenal solat dah pandai rendahkan orang lain..

    sepatutnya tawaduk dan rendah diri kepada Allah krn diberi taufik untuk taat Allah dari tak bertudung kpd bertudung, dari tak solat kepada solat, dari tak pernah lidah sebut Allah kepada dapat sebut nama allah...dan pandang orang lain dgn rasa kesian kerana belum dapat taufik utk amal agama...

    abby pun baru 2-3 hari kenal sejadah solat, so janganlah rasa sombong dan takabbur beraja dihati, sebaliknya banyakkan bersyukur, lagipun itu baru berubah rupa luar, hati jauh lagi nak hilang syirik nifak ujub kibbir sumaah dan pelbagai penyakit hati...

    so abby jaga2 dgn iblis dan nafsu yang sentiasa ajak kamu supaya riak dan takabbur dalam agama kamu...

    ReplyDelete
  2. tokey tudung! bijak tu strategi!

    ReplyDelete
  3. adat manusia begitu la ... baru dipuja dan disenangi kerana "bertudung" sudah merasa taubat telah diterima ... perjalanan masih jauh Abby ... kurangkan membebel yang bukan2 apabila berada dipentas PAS ...

    ReplyDelete
  4. Kak abby oii...cuba tanya diri sendiri,kenapa dulu dia tak pakai tudung?..tak perlu tanya orang lain dan kenapa sekarang dia pakai tudung? bagaimana diri kakak begitu lah orang lain..Allah maha mengetahui..

    ReplyDelete
  5. tanya la diri sendiri. tak payah la pura2 nak tahu sedangkan jawabannya ada pada awak.

    ReplyDelete
  6. kepala hotak kaulah abby, tanya pasai pakai tudung. Pakai tudaung tu adap melayu. tutup aurat tu semua sekaliuntuk pompuan. yang muka hang dok senyum macam kerang busuk kat orang tu bukan aurat ka. orang PAS dok tengok hang punya bibir bergerak dah bayang benda lain. benda yang boleh naik stim tu bukan aurat kaaaa. Tak payah tanya orang lain pasai pakai tudung, lebih baik hang tanya nik ajis tentang syurga dan neraka, pahala dan dosa, nabi dan manusia biasa, allah taala jangan sekali dibandingkan dengan perangai manusia. tak ada siapa pun yang boleh mempersoalkan sifat allah. nanti lumpuh satu badan kecuali kepala saja, baru depa tau. sesat dalam gelap mungkin boleh lagi cari jalan keluar, tapi kalau sesat dalam cahaya, ni la jadi nya - perasan tiada dosa, tapi bergelumang dengan dosa dari sifat riak, bongkak, perasan baguih dan sebagai nya didalam nya. Tapi pendidikan penting. Abby ni berpendidikan peringkat ape haaaa. Kalau sampai universiti bole juga consider, tapi kalau setakat sekolah menengah, kena belajar banyak perkara lagi laaaaa. Jangan mare aaaaa, nanti kena jual.

    ReplyDelete
  7. nik ajis yang dimaksudkan itu bukan Tok Guru Mursyidul PAS tu.

    ReplyDelete
  8. perasan bagus...tu jer!!!! ujub dan riak!!!

    ReplyDelete
  9. tanya diri sendiri dulu kenapa aku begitu begini

    ReplyDelete
  10. aku minat giler sama Aida Rahim tu tambah lagi bila dia pakai tudung..sopan santun,menawan dan awet muda.Takda nye aku dengar dia melalak keliling kampung naik pentas menceceh yang dia dah masuk Islam.Setahu aku masa dia jadi model dulu dia da Islam.

    ReplyDelete
  11. boleh x kalo bodoh jgn tunjuk kat org...
    buat malu jer..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.