PERISTIWA MEMALI HIDAYAH UNTUK ABBY ABADI

Tertarik mendengar celoteh hidayah dari selebriti terkenal Abby Abadi pada rakaman program ceramah Pas di Pasir Puteh Kelantan. Beliau turut menyebut peristiwa Memali  serta turut bertanya kepada hadirin samada mengetahui ataupun tidak akan peristiwa tersebut,

Adalah lumrah setiap perkara yang berlaku kepada dua pihak akan dimanipulasi keberlakuan yang sebenar supaya keadaan itu berpihak kepada pihak mereka, dalam mengadilinya kita sebagai insan yang diberikan hidayah oleh Allah Taala perlu mendapatkan sumber yang sebenar melalui forum atau sidang yang diadakan dan dihadiri oleh kedua-dua belah pihak supaya kita dapat mendengar penjelasan daripada kedua-duanya.
Islam, Umno, Pas, PR dan BN
Persoalan yang selalu timbul adalah kenapa polis pada ketika itu menggunakan kekerasan dan kezaliman dengan menembak pengikut Pas tanpa mereka mengetahui yang mana anggota polis turut terkorban dan tindakan polis itu adalah tindak balas untuk mempertahankan diri apabila Ibrahim Libya bersama pengikutnya menyerang pihak polis bersenjatakan pedang, parang, kapak dan sebagainya.

Kita sering mendengar bahawa 'Agama itu adalah nasihat', tetapi apa yang diamalkan oleh Pas ialah memaki hamun, mencarut dan memfitnah serta menentang pemerintah Islam dengan kekerasan. Perkara yang dilakukan oleh Pas tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh puak-puak khawarij ketika menentang pemerintah Islam satu masa dahulu.

1.) Apakah kerajaan Barisan Nasional yang ada pada hari ini bukan kerajaan Islam ?
2.) Apa asas ukuran yang diukur untuk mengatakan kerajaan BN bukan kerajaan Islam
3.) Apa perbezaan diantara Pas yang  bergabung didalam Pakatan Rakyat dengan Umno didalam BN, dasar yang bagaimana membezakannya ?, apakah akan terlaksana Hukum Hudud jika PR memerintah nanti ?

Secara ringkas dan jelas buktinya dapat dilihat dinegeri yang dimenangi PR seperti negeri Selangor, apakah tidak ada premis-premis judi dan pusat-pusat hiburan? dan apa kurangnya Islam Hasan Ali yang dipecat dari Pas itu ? apakah Hasan Ali tidak reti soal undang-undang sehingga mencabulinya, jika tidak reti masakan ia dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas negeri dan juga Exco yang bertanggungjawab menjaga agama. Dimana pula demokrasi dan kebebasan bersuara yang dilaungkan oleh mereka.

Kita tidak fikir Pas akan melantik orang bodoh untuk jawatan-jawatan penting didalam kerajaan dan parti, jika kesilapan melantik orang yang tak reti didalam jawatan penting itu adalah satu kesilapan serius yang boleh memudaratkan, jika dalam soal lantikan pun Pas gagal bagaimana pula nak dikatakan istimewa atau lebih Islamnya Pas dari UmnoBN.

Anas bin Malik ceritakan:“Bukanlah Nabi s.a.w itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain”. (riwayat al-Bukhari).

Amanat Hj Hadi, kesesatan,  Peristiwa Memali dan Khawarij

Amanat Haji Hadi Awang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April1981.

“Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”

Kerana yakin dan percaya dengan amanat tersebut, orang-orang Pas menjadi taksub dan mula memulaukan orang-orang Umno dengan solat dua imam, tidak menghadiri solat jenazah orang Umno dsbnya. Perpaduan yang diterapkan oleh Islam akhirnya membawa perpecahan diatas ideologi politik. Berbaloikah keadaan itu dengan apa yang diamalkan oleh pemimpin Pas pada hari ini?

Kita boleh lagi terima sekiranya seluruh kepimpinan Pas benar-benar mengikut Islam dan sunnah Rasulullah SAW, dan pada gambarannya ialah seperti :
1.) Semua pemimpin Pas berserban seperti Nik Aziz atau paling tidakpun berkopiah, kita tahu ia tidak wajib malah ia adalah sunnah, namun kalau Nik Aziz pakai kenapa tidak dengan yang lain? dahulu sebahagian besar pemimpin Pas pakai kopiah, apa kata Nik Aziz kepada orang Umno yang tidak berkopiah?
2.) Semua pemimpin Pas mesti hidup sederhana sahaja selagimana ramai rakyat yang masih miskin, pakaian mereka, kenderaan, rumah semuanya WAJIB sederhana, bukannya menggunakan mantik untuk berkereta mercedes dengan mengatakan Rasulullah juga turut menggunakan kuda yang terbaik, jika begitu apakah Mercedes dan  BMW yang digunakan itu adalah kereta terbaik didunia? jika dilakukan oleh orang Umno apakah mantik tersebut akan terpakai?
3.) Fatwa dan kepercayaan Pas mestilah sama dulu dan kini, bukannya dahulu HARAM untuk wanita sertai tilawah Al-Quran dan hari ini pula menjadi halal. Dahulu WAJIB HUDUD dan kini HUDUD bukan keutamaan lagi.

Difahamkan ekoran Amanat Haji Hadi juga, Ibrahim Libya bersama pengikutnya tidak terkecuali dijangkiti virus  taksub dan membuat beberapa kenyataan diantaranya:
"Menentang siapa sahaja dengan pedang walaupun adik, abang,pakcik atau datuk nenek kita sendiri, jangan campuri mereka kerana mereka itu murtad, Jangan campuri dengan orang Umno kerana mereka telah kafir, sembelihan mereka, masakan mereka adalah Haram,  jangan kita hadiri kenduri mereka."

Diatas kenyataan itu bukankah ianya jelas menggangu gugat ketenteraman awam dan jauh sekali terpesong dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Apakah kepimpinan Pas ketika itu menghalalkan kenyataan tersebut? ketika itu Pas pun tidak reti lagi bertahalluf siyasi dan mengkafirkan orang Umno kerana berkerjasama dengan bukan Islam seperti parti MCA, MIC dsbnya.

Sabda Nabi s.a.w: “Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh angota lain turut berjaga malam dan demam” (Riwayat Muslim)

Islam tidak mengajar kita menjadi pelampau agama, dan pelampau agama jugalah yang banyak menghuru-harakan dunia, sedangkan Islam yang dibawa oleh Rasulullah penuh dengan toleransi dan menghormati diantara satu sama lain, agama Islam adalah agama  yang mencari jalan kearah penyatuan bukannya agama yang mencari permusuhan.

Namun akibat merasakan diri serba sempurna, maksum, alim dan warak, maka sebahagian dari mereka-mereka itu mula angkuh berkata-kata diluar batasan, mereka merasakan hanya mereka sahaja yang betul tanpa menerima perbezaan pendapat dikalangan alim ulamak seperti mereka. Meyakini dengan apa yang kita fahami tidak bererti menghalalkan kita untuk menyanggahi pendapat orang lain.

Tidak ada sesiapapun yang boleh memberi jaminan bahawa pendapat yang kita fahami itu betul melainkan ianya dibawah pengetahuan Allah Taala dengan mengharapkan redha darinya, bila merasakan diri sebagai hambaNYA, kita hanya merasa kerdil dan mustahil untuk kita sombong dan angkuh.

Jika kita merasa sombong dan angkuh, berfatwa fatwi ikut suka, percayalah itu bukan AJARAN ISLAM yang sebenarnya, melainkan nafsu yang beriring dengan hasutan syaitan, kerana ajaran Islam jika dihayati dengan keikhlasan ia akan benar-benar melahirkan insan.

Bagaimana kita mengukur tahap keislaman Pas untuk kita mengatakan ianya lebih Islam dari yang lain, apakah Abby mengukur dari serban dan jambangnya?

Andainya penyokong Umno juga menjadi pelampau agama dengan meyakini mereka sahaja yang betul seperti apa yang difahami oleh penyokong Pas dan menganggap Pas sebagai Khawarij, bukankah ianya satu malapetaka kepada semua.  - Anda Mampu Mengubahnya.....Bersambung...
Link berkaitan 19 NOV GENAP 26 TAHUN MEMALI NASIHAT UNTUK BOB LUKMAN.

4 comments:

  1. jangan dengar sebelah pihak saja, wahai ahli pas. pergi siasat rentetan kejadian itu pada penduduk mamali sendiri. mereka ke sana ke mari membawa parang panjang. mereka nak memberontak, jadi sasau kerana menanggap penyokong UMNO kafir. mereka tak nak menghadiri majlis kenduri ahli UMNO kerana sembelihan orang UMNO haram. mereka marah pada polis yang dijeritkan sebagai anjing. masa kejadian, mereka menyerang dulu menggunakan senapang rela. seorang polis awal-awal lagi dah ditembak. mereka konon tak bersenjata? semua fitnah. polis cuba berbincang tapi mereka kerasukan. Ibrahim Libya tertembak dalam usaha dia untuk melarikan diri bersama anaknya. mereka melawan pemerintah, mereka adalah kelompok yang telah terpengaruh dengan isu kafir dan nak ganti kerajaan islam. sejak mula orang kampung takut kerana mereka kononnya akan pergi ke setiap rumah untuk membetulkan akidah, jika tak mau akan dibunuh. setiap ceramah mereka diisi dengan maki hamun terhadap kerajaan. Ibrahim Libya berjaya memecahbelahkan masyarakat hingga kini, masih tak bersatu, seolah ada penghalang dalam pergaulan. satu hal lagi, ibrahim pernah kalah dalam pilihanraya, dia kecewa. kalau kerajaan zalim, tindakan mereka lebih zalim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul. Kalau tak silap saya anggota polis tersebut berasal dari P.Mas sebab saya ada lalu di depan rumah beliau masa mayat dibawak balik. Bila saya berbual dengan ahli2 pas, mereka kata tak ada pon polis yg mati, gila ker apa. Pastu masa di pos pas mereka cakap polis tu mati sebab tertembak oleh polis sendiri. Aku malas nak layan org yg dah sewel nih ...

      Delete
  2. Ulama ..dan setiap ahli serta penyokong memikul tanggung jawab dalam perkebumian Ibrahim Libya dan rakan rakan tanpa mandi dan kapan mengikut syarak.
    Syahid yg diwar warkan Ulama PAS telah disanggah olih Dato Mufti DiRaja Kedah ketika itu..dan disahkan olih Hj Hadi salepas 30tahun tempoh kejadian..sebab Negara Islam tu tak disebut dalam Quran..dalil Hj Hadi yg terbaru...............

    Kes yg Utama sekarang..Dalam PAS gunakan issue Memali untuk untungan Politik..Tabong Derma Anak anak Yatim Memali..dilesapkan..sehinggalah sekarang tanpa siapapun baik Ulama..Mursyidol..Presiden..semua serta ahli dan penyokong senyap macam tersihir olih iblis... Sedih dan malang... dapat Ulama maling.

    Hperancis

    ReplyDelete
  3. Allah dah bagi dua telinga...jangan dengar sebelah saja... dengar dua-dua belah ...barulah adil...MACAM DACING LA... tak kan itu tak leh fikir ...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.