RAKYAT KELANTAN TAK GILAKAN LEBUHRAYA LEBIH PADA ISLAM

Rakyat Kelantan selama ini  telah tersalah pilih parti, parti yang dipilih dengan harapan untuk memperjuangkan Islam sebaliknya lebih memperjuangkan lebuhraya, mungkin lebuhraya itu adalah soalan utama yang akan ditanya oleh malaikat diakhirat nanti sekiranya ia tidak dibina.

Boleh diterima jika lebuhraya yang hendak dibina itu adalah bersifat jalan batu atau tanah yang belum lagi di tar, maka ianya wajar kalau berusaha sampai ke negara timur tengah  sekalipun. Zaman Rasulullah dulu pun tidak ada lebuhraya dan lebuhraya juga tidak menjadi perkara utama didalam ibadat sepertimana keperluan air, sepatutnya sebuah kerajaan Islam perlu faham soal ini.

Alangkah gembiranya hati umat Islam sekiranya apa yang terpapar didada akhbar ialah " Nik Aziz adakan pertemuan dengan seluruh Ulamak dunia untuk membincangkan perlaksanaan Hudud ". Setiap minggu Nik Aziz selaku ketua kerajaan yang dikatakan hendak perjuangkan Islam itu bersama kepimpinannya bertemu dengan Mufti dan Ulamak di pelusuk dunia bagi mendapat penjelasan dan kaedah-kaedah untuk perlaksanaan supaya ianya jelas dan tidak timbul lagi soal Hudud Pas.

Kalau rakyat Kelantan ni gilakan lebuhraya, mereka tak perlu nak pilih Pas, pilih BN lagi baik, tak payah sakit kepala, tahu-tahu lebuhraya dah siap, tapi rakyat Kelantan tidak gilakan lebuhraya itu wahai Husam, rakyat Kelate kato " Kito nok Isle lagi daripado pembangune" Tujuan pilih Pas pun kerana disangka Pas ni perjuangkan Islamlah.

Namun alih-alih semuanya disalahkan Umno, dah Pas sendiri kata Umno tolak Islam, so tak perlulah nak pertikaikan kerja buat mereka lagi, Pas yang tidak tolak Islam tu buktikanlah, jika nak dibahaskan hal ini ianya terlalu panjang, cukuplah sekadar disimpulkan bahawa, tujuan rakyat Kelantan undi Pas bukannya nak lebuhraya tapi nak kepada Hukum Allah itu dilaksanakan.

Maka berusahalah wahai Pemimpin Pas kearah itu walaupun sampai ke negara timur tengah sekalipun, jangan nak berpolitik sampai lupa matlamat sebenar perjuangan parti dan mengejar projek dunia yang sudah menjadi tugas utama pemimpin BN...Anda Mampu Mengubahnya.

2 comments:

  1. teringat aku akan ceramah Ustaz Celup Bob Lokman, katanya jalan raya x perlu.

    ReplyDelete
  2. jalan yg ada berlubang2, nak tambah lagi lubang2 baru

    air sampai la ni lagu tu jugak....kopiiiii memanjang...org ambil wudhuk, mandi wajib pakai air bersih, bukan air kopi atau air dlm lopak jalan raya

    minta la bantuan dr mana, PENAMATNYA dah dpt tahu....salah UMNO sbb halang pembinaan dgn ugutan...pi la lapor pd anjing kerajaan tu kalau ada BUKTI(bukan video/gambar)

    sebelum ni gah nak bina stadium, masjid satupun tarak....piiiirahhhh

    kalau nak DUIT secara putar alam dr BALAK & RAKYAT, x perlu nak memanipulasi kaedah wakaf & sediakan draf menyalahkan UMNO awal2.....tadah je tabung tu, byk langau hijo menghurung utk ditipu

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.