VIDEO - CERAMAH ABBY ABADI PENAT NIK AZIZ TIPU PERISTIWA MEMALI!

Beberapa hari yang lalu pada program ceramah anjuran Pas di Pasir Mas Kelantan, selebriti terkenal Abby Abadi telah berkongsi cerita mengenai peristiwa Memali yang berlaku hampir 30 tahun dahulu, menurut Abby,  peristiwa tersebut telah diriwayatkan oleh Mursidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  kepadanya dan beliau percaya apa yang
diriwayatkan oleh Nik Aziz itu.

Bagaimanapun bila mendengar cerita Abby itu Gk agak terkejut kerana orang seperti Abby Abadi pun boleh tertipu dengan peristiwa Memali itu, mungkin kerana Abby menganggap Nik Aziz sebagai Ulamak yang jujur tanpa sedikitpun terpalit sifat khianat padanya.

Kata Abby,

Saya memang suka nak sebut kes Memali ni, saya tadi, saya tak ingat saya yang tanya tok guru ke ataupun tok guru tiba-tiba bercakap pasal benda ni, saya rasa macam.... apa yang berlaku memang sangat  tak patut berlaku ya tok, sebab kes Memali yang saya tahu Ustaz Ibrahim Libya tu guru mengaji, guru mengaji dan dikepung macam penjenayah besar yang.....tadi tok guru kata, dia bukan penjenayah, dia ngajar ngaji, tak tahu kenapa jadi macam tu,  jadi saya percaya pada tok guru.....
Jadi benda-benda macam tu saya nampak agama kita dizalimi, yang mana...kenapa buat macam tu pada orang yang dekat dengan agama Allah

Bila orang yang bercerita itu berserban dan berpewatakan alim, maka sudah tentu orang yang jahil akan percaya dengannya, namun benarkah begitu cerita sebenar Memali ?, kalau begitu zalim sungguhlah kerajaan Umporno ni, Ustaz yang mengajar mengaji Al-Quran pun dikepung seperti penjenayah besar sehingga menyebabkan 18 orang yang terbunuh.

Seeloknya Abby lebih matang dalam menilai cerita dari orang yang dianggap Ulamak itu, atau tanya pada Nik Aziz pasal apa kerajaan tak buat perkara yang sama pada Nik Aziz seperti yang dilakukan keatas Ustaz Ibrahim Libya itu, Nik Aziz pun parti Pas, Ibrahim Libya pun Pas juga, dan berapa ramaikah Ustaz yang ada dinegara ini telah dibunuh oleh kerajaan kita yang ada pada hari ini.

Nik Aziz tu pembohong ! pengikut beliau pula kebanyakkannya pentaksub yang sanggup lakukan apa sahaja demi beliau dan Pas, sedangkan yang dapat untungnya Nik Aziz, Nik Aziz takkan rugi ataupun diambil tindakan oleh kerajaan, sebabnya Nik Aziz cerdik, pengikut Nik Aziz kurang cerdik, Nik Aziz takkan join perhimpunan Bersih, tapi beliau mewajibkan keatas pengikutnya supaya join perhimpunan itu.

Yang kena gas pemedih mata siapa ? yang kena tahan dengan polis siapa ? Nik Aziz rilaks jer, Nik Aziz tak lakukan kesalahan melainkan hanya menyuruh pengikutnya sahaja yang lakukan kesalahan,

Berapa banyak pondok-pondok agama yang ada dalam negara kita ini ? Pernahkah kerajaan Malaysia mengepung Tok guru-tok guru pondok yang mengajar agama itu ? Tok guru pondok mana yang dizalimi dan ditindas oleh kerajaan Malaysia ? Takkan benda seremeh ini pun masih ada lagi yang kena tipu !!!.

Melainkan ada mana-mana individu, tidak kira siapa pun dia, membawa ajaran yang bercanggah dengan Islam yang boleh mendatangkan mudarat kepada orang lain, hasutan, ancaman, ugutan dan seumpamanya adalah  menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menghalang keadaan itu dari berlaku, bilamana halangan itu ditentang balas maka sudah pasti pihak berkuasa atau kerajaan akan bertindak. Sebagai contoh kenyataan seperti dibawah :

"Menentang siapa sahaja dengan pedang walaupun adik, abang,pakcik atau datuk nenek kita sendiri, jangan campuri mereka kerana mereka itu murtad, Jangan campuri dengan orang Umno kerana mereka telah kafir, sembelihan mereka, masakan mereka adalah Haram,  jangan kita hadiri kenduri mereka."

Lantaran dari itu, kita sebagai orang Islam berpadalah dengan fahaman yang kita fahami supaya ia tidak atau tidak akan mendatangkan mudarat kepada orang lain, Islam itu indah, Islam tidak ada paksaan, Islam perlu ikhlas, Islam bukan ancaman kepada sesiapa, Islam bukan pelampau, Islam adalah agama Allah yang sempurna dengan tidak ada sebarang kecacatan padanya, fahamilah ajaran Islam dan hindarilah ajaran Pas.

Katakanlah (Wahai Muhammad) “ hai orang-orang kafir, Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah.
Dan kamu bukan penyembah Tuhan (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku”. - (Surah Al-Kafirun)

Oleh itu jelaslah pada kita semua apa yang diperjalankan oleh Pas bukanlah mengikut ajaran Islam yang sebenarnya, Islam tidak memaksa seperti Pas memaksa Abby Abadi supaya berceramah, biarpun diheret sudah beberapa hari berturut-turut dan dalam keadaan longlai serta kepenatan, Pas takkan peduli semua itu.

Tapi jika ajaran Islam ianya bukan begitu, menjaga kesihatan dan elak dari melakukan perkara yang boleh mendatangkan mudarat adalah dituntut didalam Islam. Dah penat sampai terhenti ketika berceramah tu sepatutnya dipujuklah supaya berehat dahulu, ni tak der orang peduli, mungkin Abby ingat, walaupun penat, terus berceramah dan kalau mati ianya syahid, kalau kita sakit, dan berpuasa tu boleh mudarat, ia tak wajib keatas kita bahkan haram jika boleh datangkan mudarat.....Anda Mampu Mengubahnya.
"Lagi baik kalau Abby tanya Nik Aziz mengenai Tabung Memali"

9 comments:

  1. Apa yang abby tahu pasal memali....Adakah Nik Aziz ada si sana waktu itu ...Hamba allah ini yang menjasi saksi dengan mata sendiri perlakuan sebenarnya....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah aku dah daftar mengundi, dan undi aku untuk umno.

    ReplyDelete
  3. ya Allah...mengapa ada manusia yg yg berhati syaitan berleluasa...memperdayakan hambamu yg lemah... menjadikan hewan pun tak layak.....................

    Ya Allah... padaMu ku serah sebaik penyelesaian dan waktu..nya.

    ReplyDelete
  4. Masa berlakun ABBY nampak macam org cerdik tapi sayang ......rupanya muka saja nampak cerdik tapi BODOH.Kata tak mahu berdosa lagi masuk TV....tapi sekarang masih lagi cari Glamour Murahan....Nak tahu cerita sebenar buatlah kajian2 dari perbagai pihak. Tanya polis, Tanya org kampung, tanya keluarga yg terlibat.......dan jangan LUPA tanya mana perginya DUIT TABUNG MEMALI.

    ReplyDelete
  5. Lagi banyak Abby buke mulot lagi bny kebodohan n kebangangan dia trserlah...xubah spt Mat Sabu n Mampoz....

    Semmgnya penganot PAS ini kbnyakkanya tarak reti guna akal yg kurniaan Allah S.W.T kpd mrk...

    ReplyDelete
  6. hang dok gebang apa ni abby? hang mai memali kat kedah ni,pastu hang cuba cerita kat kami.. tu pun kalau hang berani la.. nnt kita tengok sapa kepung sapa.. hahaha...!

    ReplyDelete
  7. Sebelum ni saya ingat Abby ni tahu sejarah, atau x makan saman lah kata org...aleh-aleh, bukan saja bodoh tapi dah mcm bangang la pulak...telinga yg dua tu, cuba dengar dua belah belah..bezakanlah Abby oii... sepatutnya kita yg masih hidup ni ambil iktibar, kaji dulu, jgn percaya bulat-bulat..dengar cerita org. ok... tapi jgn terus percaya...sekarang tengah dok bergelumang dgn PAS, jgn telan saja cerita mereka tu... katalah lepas ni sekongkol pula dgn BN...apa pulak reaksi Abby... kalau nak tahu kami waris org yg mati masa memali langsung tak terbela tau...mana pi duit tabung tu Abby ooii... apa yg Abby buat sekarang menunjukkan ketololan Abby sendiri... sebenarnya kami sedih dgn apa yg terjadi...lebih-lebih lagi yg mati tu dikebumikan saja...Siap yg tentukan semuanya mati syahid...kalau bukan siapa yg nak tanggung Abby ooi... Mai tanya org memali sendiri...jgn dok melalak tak tentu pasal...BODOH!!!!

    ReplyDelete
  8. cakap korang cm tul2 jer korang nie org memali....bulan posa x baik menipu. tu pun kalo posa

    ReplyDelete
  9. Abby oii norman pn xleh jaga nkceramah

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.