Bahana Nak Jadi Calon - Ketua Dewan Pemuda Pas Beri RASUAH Pada Nik Aziz

Rasuah adalah haram hukumnya, rasuah tidak melihat kepada besar ataupun kecil nilainya, bahkan rasuah terlalu jijik jika ia dilakukan oleh mereka yang berkopiah dan berjubah kononnya merekalah yang warak dan alim sedangkan hakikat sebenar adalah sebaliknya.

Memberi rasuah sebuah kitab agama yang kononnya ia adalah hadiah bukan isu besar yang boleh membankrupkan negara, bahkan ianya dilihat terpuji dalam satu sudut, namun dari satu sudut yang lain ia boleh memberi kesan buruk kepada rakyat dan negeri.

Kesan buruk itu berlaku disebabkan kelicikannya "bermain angin" ataupun membodek seorang ketua yang berkuasa untuk dijadikan calon dalam pilihanraya, kelayakkan untuk menjadi seorang pemimpin tidak terciri kepadanya, tapi beliau menjadi pemimpin oleh kerana pandai membodek dan merasuah ketuanya. Percayalah jika Mursyidul Am Pas itu tidak punyai kuasa, mustahil Ketua Dewan Pemuda Pas yang juga ADUN Mengkebang itu akan menghadiahkan Nik Aziz sebuah kitab, dalilnya,

Pada satu hari, Abu Hurairah - salah seorang sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis, ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. memungut zakat daripada kaum Muslimin.

Selepas menunaikan tanggungjawab itu, beliau kembali bertemu Rasulullah, ketika itu Rasulullah terlihat sesuatu di dalam poket Abu Hurairah, lalu baginda bertanya ``Apa yang ada di dalam poketmu wahai Abu Hurairah?''

Abu Hurairah menjawab, ``Cuma sebuah hadiah yang diberikan seseorang kepadaku ya Rasulullah. Lalu Rasulullah meminta Abu Hurairah mengeluarkannya dan berkata, ``Masukkan juga benda itu ke Baitulmal, ingatlah seseorang tidak akan memberi hadiah kepadamu jika engkau bukan seorang petugas pemungut zakat.''

 
Sikap Rasulullah ini kemudiannya dicontohi oleh Khalifah Umar bin Khattab yang pernah meminta daripada isterinya seutas kalung yang diberikan orang dan menyerahkan kepada Baitulmal, kata Khalifah Umar ``Kalau engkau bukan isteri seorang khalifah, mana ada orang yang akan memberikan hadiah kepadamu.'' 

Diatas kemahirannya membodek maka tidak mustahil PRU13 sekali lagi Abdul Latif akan dicalonkan, ketidak layakknya Abdul Latif menjadi pemimpin berterusan dizahirkan oleh beliau, terbaru ulasan beliau mengenai Jawatankuasa Bayaran Royalti.

Menurut beliau, penubuhan Jawatankuasa Bayaran Royalti adalah buang masa dan hanya helah pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang ingin melengah-lengahkan bayaran kepada Kelantan.

"Jika Kerajaan Pusat masih berdolak-dalik, tidak mustahil Kelantan akan mendapat bayaran royalti minyak dengan kadar 20 peratus sebagaimana yang dijanjikan di dalam manifesto Pakatan Rakyat sekiranya dapat menawan Putrajaya di dalam pilihan raya umum akan datang," katanya kepada Sinar Harian semalam.

"Kami mendapati penubuhan ini hanya membuang masa semata-mata, hal ini berasaskan kepada hakikat bahawa negeri-negeri seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak diberikan wang royalti tanpa melalui apa-apa jawatankuasa," katanya.
Perundingan kepada tuntutan atau apa yang dikatakan hak rakyat itu disifatkannya sebagai buang masa, habis kalau perundingan tu buang masa macam mana caranya untuk mendapatkan hak rakyat itu ?

Bukankah ciri tidak layak Abdul Latif menjadi pemimpin  ni sebenarnya akan menyusahkan rakyat ? Kalau bukan kerana rasuahnya tadi beliau tidak akan berkata demikian dan sekaligus tidak akan merugikan rakyat.

Dahulu masa tengah kecoh isu PTPTN, beliau juga punyai beberapa perancangan kolot namun sampai hari ini langsung tidak nampak apa-apa kesan dari perancangan beliau itu.

Kesemuanya tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat, jika disaksikan pada rakaman video diatas, bayangkanlah jika negara Mesir pun beliau tidak tahu samada negara pengeluar minyak ataupun tidak, habis tu macammana nak bercakap pasal minyak.

Juga jika diperhatikan pada minit ke 2, soal angka langsung tidak tahu dan tidak tepat, tapi kalau bercakap macam hanya beliau sahaja yang tahu, begitu juga ketika Sidang Dun,  bila Adun lain sedang berbahas pasal royalti, beliau mencelah dengan 'rapuan' yang lari dari tajuk yang sedang diperbahaskan, dan jelas pemimpin dari Pas sendiri pun tidak melayaninya.

Di Ceramah pula akibat suka sangat merendah-rendahkan orang, sampai skim kifalah Pas pun dia tershashul mengatakan dalam nada merendahkan/memperlekehkan sebelum sempat di cover semula, "Berbeza dengan kita kerajaan negeri Kelantan, tidak kira pilihanraya atau tidak, sepanjang masa, kalau nak kira Kifalah ni kan, dekat PRU 2008 mula bagi, lepas tu menang besar 2008 berhenti sebentarrrrrrrrrrrrrrrrrr, tahun ni bagi pula."

Kesimpulannya, jika rakyat Kelantan terus memilih pemimpin yang tidak layak seperti ini, maka sampai bilapun Kelantan tidak akan maju sepertimana yang dituntut didalam Islam, dan tidak hairanlah kalau masalah bekalan air berlaku sehingga hari ini, kerana pemimpin yang dipilih itu bukannya pemimpin yang berkelayakkan memimpin tapi cuma berkelayakkan membodek Nik Aziz untuk menjadi pemimpin..... ANda Mampu Mengubahnya

1 comment:

  1. hahaha,,blog cap ayam....da terang2 prjanjian na bg royalti,,nape pelu tubuh jwtnkuasa khas???ada otak pkir la wei,,law mcm tu baek xpyh ad prjnjian dlu...bodoh pnya pnulis blog...haramjadah...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.