Eksklusif Bongkar !!! Husam Ya Habibi Ya Maulana ! Projek Depu Enta Jangan Tipu Ana !

Episod projek depu hasil dari ilham Exco kanan kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa memasuki siri yang ke dua setelah intro mengenainya disiarkan beberapa minggu yang lalu, turut menyiarkannya termasuk blogger dari team KCW sendiri yaitu blogger AmboOrangKampung, Perigi Timur, Kelate Todays dan rakan blogger yang lain seperti bro GAP, TunFaisal, Double-Y serta beberapa lagi blogger yang turut bersimpati dengan keadaan dan nasib yang dialami oleh rakyat Kelantan.

Temubual yang dibuat oleh Gk dan team KCW bersama supervisor ladang depu ini memberi gambaran yang sebenar mengenai status projek yang dikatakan Husam berjaya dan depu tersebut akan dituai pada tahun 2015 nanti.

Sebelum ini pada satu sidang Dewan Undangan Negeri ketika menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Adun Nenggiri, Husam dengan begitu yakin memberitahu pada Ahli Dewan bahawa projek tersebut berjalan mengikut apa yang telah dirancang, namun jawapan beliau itu tidak meyakinkan team KCW dan kami mengambil keputusan untuk meninjau sendiri samada apa yang diperkatakan Husam itu benar ataupun tidak.

Akhirnya setelah kami meninjau sendiri tapak projek tersebut, kami mendapati apa yang dikatakan oleh Husam itu 99.99 peratus adalah berunsur pembohongan, ini kerana ladang tersebut boleh diklasifikasikan sebagai gagal apabila tapak balak yang ditanam depu itu tidak terjaga dan dipenuhi lalang sementara banyak diantara pokok-pokok depu itu sudah mati dan 'berit' atau tidak membesar mengikut jangka masa yang sepatutnnya.

Menurut 'Mandul' atau ketua pekerja disitu yang dikenali sebagai Jumaat, 30an, dapat disimpulkan kegagalan projek depu itu disebabkan perancang projek tersebut jahil dan tidak mengetahui tatacara penanaman depu selain hanya penanaman untuk dijadikan modal politik semata-mata bagi menyaingi projek koridor ECER yang diumumkan oleh Perdana Menteri terdahulu.

Lebih mengejutkan ladang yang luasnya hampir 10 ribu ekar termasuk sawit dan getah itu hanya dijaga oleh kira-kira 18 orang pekerja sahaja sedangkan 200 orang pekerja sepatutnya diperlukan dengan ladang seluas itu.

Pokok depu yang tidak dijaga dan ditanam mengikut kaedah yang betul itu mengalami masalah serangan ulat dan menyebabkan sebahagian besarnya kering dan mereput, disebabkan modal depu itu bukan duit sendiri dan ianya duit rakyat, anak pokok depu yang berharga sekitar RM 10 -RM35 mengikut baka dan saiz itu ditanam semula bagi menggantikan depu yang sudah mati. Keadaan ini akan berterusan selagimana sikap kelentong dan berlagak Husam itu tidak berubah.

Keadaan itu boleh dilihat sendiri pada rakaman video yang dikirimkan, sekiranya was-was dan tidak mempercayai dengan keadaan yang dilihat pada rakaman video itu, anda boleh meninggalkan komen pada ruangan dibawah atau menghantar email ke gelombangkick@gmail.com untuk diatur satu masa yang sesuai bagi melihat sendiri ladang depu yang terletak di Gua Musang ini.
Batang pokok depu Husam berusia 4 tahun dan berukuran diameter 1 inci
Pokok depu mati sebab rindukan Husam
Pokok-pokok depu Husam tidak terjaga ditumbuhi lalang
Ni bukan pokok depu Husam, ni size sebenar pokok depu berusia 5 tahun sekiranya dijaga
Lebih elok adalah dicadangkan sekiranya dua orang wakil setiap DUN di Kelantan serentak atau berkonvoi untuk pergi ke lokasi projek ini dengan melihatnya sendiri dan balik ke DUN masing-masing bagi memberitahu orang-orang kampung bahawa kita sudah tertipu dengan depuHu....:)
. Anda Mampu Mengubahnya......

"Isu ni conform Husam tak berani nak jawab, jauh sekali kalau nak saman...."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.