Haram Sokong DAP - Mufti Perlis Dr Juanda Letak Jawatan !

Mufti Perlis Dr Juanda berpendapat bahawa kerajaan yang bermaruah tidak akan membiarkan pihak yang mencabar kuasa mereka seperti tindakan mengisytiharkan perang dengan menggelar golongan tertentu sebagai "kafir harbi", 
 
Pandangan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang diutarakan guru pondok, Abdullah Sa'amah itu juga merupakan pendapat "ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan".
 
Ia adalah sikap yang anti-perlembagaan negara dan anti-demokrasi yang diakui oleh undang-undang. Sikap sebegini tidak wajar wujud pada seorang Muslim dan rakyat Malaysia.

" Ulil amri yang ada maruah diri sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba secara terang terangan mahu mengambil alih tugas mereka yang sah di sisi undang-undang dan agama".

"Saya rasa pandangan pelik sebegini tidak wajar diraikan. Dalam negara yang berperlembagaan, ada undang undang, mengamalkan demokrasi, juga negara yang memperakui kebebasan beragama oleh mana mana pengikut agama, maka pandangan pelik sebegini tidak sewajarnya diraikan".

Kenyataan Dr Juanda selaku seorang Mufti di negeri Perlis yang disiarkan portal Malaysiakini itu semalam, Gk berpendapat itu bukannya kenyataan dari Mufti sendiri, atau kenyataan Mufti telah dimanipulasi oleh portal Malaysiakini, tapi jika itu pendapat Mufti dengan dalil dan nas yang diberikan  lebih mengutamakan nas 'demokrasi', perlembagaan dsbnya, maka ada baiknya jika Mufti Perlis meletakkan jawatan dan jadi penasihat agama kepada portal Malaysiakini.

Kerajaan kutip duit rakyat dan bayar gaji Mufti bukannya ingin melihat satu jawapan dalilnya bersifat 'sekular' yang selayaknya dikeluarkan oleh penjual roti, kalau jawatan sebagai Mufti maka dalil yang hendak dikeluarkan diatas perbezaan pendapat itu hendaklah berdalilkan Al-Quran dan Hadis. Biar hujah itu sepadan dengan jawatan yang disandang.

Setakat nak jawab ia bertentangan dengan amalan demokrasi tak perlu Mufti, paderi pun reti, dan kerja mengapi-apikan kerajaan dengan 'Ulamak Tua' yang berbeza pendapat  ni bukan kerja Mufti, sebaliknya jika Mufti itu bermaruah dan beriman bukankah lebih baik ia mendamaikan keadaan yang keruh supaya tenang, pergi jumpa dan tanya serta berhujah dengan 'Ulamak Tua' itu, dalil apa yang  dipakai beliau untuk mengeluarkan  kenyataan 'Haram Menyokong DAP".

Kalau setiap kali dilihat kerja Mufti ni hanya nak layan wartawan 'Malaysiakini' dengan hujah demokrasi, kita fikir jangan bazirkan wang rakyat untuk itu lagi, lebih baik jadi penasihat 'demokrasi agama' kepada portal itu,

Mufti faham ke tidak seperti mana yang difahami oleh ulamak pondok itu? Mufti sebagai orang yang dilihat masih muda sewajarnya tidak mengeluarkan kenyataan terburu-buru seperti mana ulamak tua. Kalau Mufti rasa apa yang Mufti fikir itu betul, ulamak tua itu pun mungkin merasakan sebegitu juga.

Tindakan tegas yang bagaimana Mufti rasa perlu diambil oleh 'Ulil amri' yang bermaruah ? Mufti jangan jadi penindas kepada penganut agama Islam, kalau Mufti rasa pendapat ulamak pondok itu tidak betul perbetulkanlah beliau, seramai mana dah rakyat yang terpengaruh dengan pendapat ulamak itu dan bersedia untuk berperang ? apa perlunya mencabar kerajaan untuk diambil tindakan tegas padanya. Itukah kerja seorang Mufti ?

Jika begitu sikap seorang Mufti bukankah ianya sudah keterlaluan, sikap sebegini langsung kita tak boleh terima, apa punya kerja macam ni! lebih nak bela kafir daripada membela umat Islam sendiri, sangat-sangat Gk tak boleh terima dengan gesaan mencabar kerajaan supaya mengambil tindakan tegas kepada Ulamak. Itu bukan caranya dan turut berbeza dengan saranan yang pernah dibuat oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin berhubung isu tersebut.

Dr Asri juga seorang yang berpandangan bebas walaupun kadangkala dilihat lebih memihak kepada pembangkang, namun untuk isu ini walaupun jawapannya tidak juga berpihak pada kerajaan tapi kita boleh terima kerana ia satu pandangan yang baik dan membawa kearah kebaikan, menurut Dr Asri,

"Itu, kalau kita kata haram, kena melihat pada alasan mengapa kita kata begitu.

"Kalau kita kata haram (mengundi DAP) kerana dia tidak menyokong negara Islam, ada juga parti dalam BN seperti MCA dan MIC tidak menyokong... jadi kita mengambil pendirian sebahagian sahaja (dalam mengatakan haram dan dosa),"


"Kita tidak boleh membuat fatwa sendiri, kita kena bincang perkara ini supaya tidak bercelaru,"

 "Saya tidak kata apa yang diperkatakan itu betul atau salah, tetapi kenyataan dikeluarkan mengenai soal haram dan dosa, perlu diteliti semula, kemudian boleh berbincang. Saya lihat itu hanya pandangan peribadi sahaja,"

"Juga ada wakil bukan Islam dalam kerajaan. Jadi, kita perlu fikir semula perkara (kenyataan) itu semula,"


"Haram perlu kedua-dua sebelah. Kita tidak boleh memilih, hanya satu parti... jadi kita memerlukan penjelasan, kita kena menjustifikasikan," katanya lagi.

"Agama mengatasi politik. Jadi, kita jangan campur aduk politik dan agama, jangan gunakan agama untuk politik,"


Bukankah itu kenyataan yang benar-benar bebas ? pokok perkaranya ia perlu dibincang dan tidak boleh untuk menyanggah pendapat sesama ahli ulamak dengan menggesa supaya diambil tindakan tegas kepada mana-mana ulamak yang berbeza pendapat dengannya.

Melainkan pendapat itu jelas bercanggah dengan keterangan hukum dalam Al-Quran dan Hadis  yang telah dipersetujui oleh keseluruhan Ulamak, seperti mengatakan tidak wajib solat 5 waktu sedangkan hukum itu jelas, maka patutlah kalau tindakan tegas itu perlu diambil keatasnya tanpa sebarang perbincangan, bagi hukum yang samar jalan perbincanganlah yang sepatutnya disaran oleh seorang 'Mufti' bukannya jalan menghukum.

Mufti Perlis perlu perjelaskan isu ini, jika keseluruhan kenyataan itu benar datangnya dari Mufti, maka Gk nasihatkan Dr Juanda supaya meletakkan jawatannya, dan jika kenyataan itu bukan datang dari beliau, maka pihak Dr Juanda dan kerajaan seWAJIBnya menghentikan kenyataan penipuan menggunakan nama Mufti itu dengan tindakan yang sangat tegas.
Anda Mampu Mengubahnya....

"Media Penerangan UmnoBN Kelantan perlu malu dengan pendedahan media luar ini," Klik Disini.

12 comments:

  1. Umno yg Islam pun di tuduh kafir oleh Pas, tapi tak terdengar pun komen dari Juanda.Tapi bila orang yg memang kafir hanya di tambah sebagai harbi,dia melalak bukan main,dengan bahasa yang agak tidak sopan pulak tu.Eloklah dia ni masuk DAP berganding dgn Sakmongkol,jadi penasihat ugama kepada Khalifah Lim Guan Enggg.MCA dan MIC pun dulu kerap kali jadi mangsa PAS.

    ReplyDelete
  2. marah orang pas bila kata dap tu kafir. habis tu nak kata menda gamaknya. umno dia kata kafir. dap dia nak angkat jadi tuhan ker?

    ReplyDelete
  3. Bila agamawan bercakap tentang politik dan demokrasi...kedengaran macam artis abadi ngomong tentang doser dan paler.

    ReplyDelete
  4. Pohon Dr. Juanda menyatakan pendirian mengenai isu

    1. PAS mengkafirkan UMNO
    2. Nik Aziz sanggup berkerjasama dengan syaitan
    3. Sembahyang dua Imam anjuran PAS
    4. Usaha memurtadkan orang Islam (Gereja DUMC)
    5. Penolakan Hudud oleh DAP
    6. dan lain-lain yang melibatkan orang Islam

    dengan menggunakan Prinsip dan Hukum Hakam Islam bukan berpegang kepada prinsip demokrasi.....

    ReplyDelete
  5. Juanda orang muda nak juga publisiti murah!!!
    Baik join Abby dan bob Lokman pergi cari duit saku dgn berceramah...

    ReplyDelete
  6. Dulu Haji Hadi mengeluarka fatwa ke atas orang UMNO sehingga berlakunya Memali, tak ada pula Mufti gesa ambil tindakan ke atas Hj. Hadi. BN tidak pula ambil tindak atas Hadi walaupun berlaku pertumpahan darah mengorban nyawa orang islam yg tak berdosa. Apabila ada ulamak pondok kata begitu terhadap DAP kenapa kalut. Berilah satu hujjah yang seimbang. Sebenarnya bukan UMNO yang kata itu pendapat peribadi beliau dan dia bukan orang UMNO. BN dah lama menerima negara ini sebagai berbilang kaum. Dan sentiasa menerima semua pendapat atas semangat demokrasi. Mufti adakah dia pergi dengar ceramah DAP yang maki hamun org yg tak sependapat dgn dia. Pokoknya Juanda patut letak jawatan kerana menindas ulamak tua.

    ReplyDelete
  7. Semasa 13 Mei 1969 Tok Peti ("Mufti" loghat kelantan), masih budak lagi dan tak tahu apa apa...dia tak tahu siapa pencetus peristiwa tersebut.,Parti mana yang memulakan sehimgga pertumpahan darah di KL. ITU SEBAB parti tersebut DI GELAR HARBI.

    ReplyDelete
  8. Mufti tu hanya jawatan sahaja, jangan ingat semua pendapat beliau adalah betul, ilmu agama yang dipelajari sekiranya hendak disesuaikan dengan persekitaran perlulah kepada bermusyawarah antara ulama bukan mengeluarkan kenyataan bercanggah dalam media. ulamapun dah tak boleh diharap sekarang ni memecah belahkan umat lagi

    ReplyDelete
  9. Kelemahan orang islam di Tanah Melayu sekarang ialah ditipu bulat-bulat oleh kafir tu tak masuk ustaz/ulamak yg cetek akal.

    ReplyDelete
  10. dunia islam sudah diambang Kiamat....kerana perbedaan politik melayu dan islam bertelagah sesama sendiri, nak tunjuk siapa yg ada power dan siapa yg ada ilmu....dunia akhir zaman...huhuhu.

    ReplyDelete
  11. elok la junaidi kadi penasihat untuk dAP. rasa bteul letakla jawatan. elok cari pengganti beliau. jangan ade mfti munafik dah laa..

    ReplyDelete
  12. Aku tak berani nak komen sebab tak tengok kenyataan beliau sendiri.. dan takut jadi fitnah..
    Tapi aku tetap nak bersuara.. minta dijauhilah jika ada orang agama yang bersikap demikian.. nauzubillah...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.