Isu Royalti - 'Winnable Candidate' Selar MenyelaR

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Kelantan menyelar tindakan beberapa pimpinan Pas yang didakwa sengaja mempertikaikan penubuhan jawatankuasa khas mengkaji secara adil dan telus bayaran tunai hasil petroleum.

Ketua Penerangan BN Kelantan, Datuk Dali Husin berkata, Pas dilihat sengaja mempergunakan isu terbabit bagi mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar yang dihadapi kerajaan negeri.

Beliau berkata, banyak janji yang ditabur kerajaan negeri masih gagal dilaksanakan sebab itulah mereka sengaja mempolitikkan isu terbabit semata-mata untuk meraih undi rakyat pada piliharaya umum akan datang.

Hari ini, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) memutuskan untuk menolak penubuhan jawatankuasa itu, sebaliknya mahu royalti dibayar segera.

“Dakwaan mereka bahawa penubuhan jawatankuasa itu helah politik BN dan cubaan menipu penduduk Kelantan, menunjukkan PAS tidak mengutamakan kepentingan sebenar rakyat.

“Itu hanya modal pilihanraya. Kenapa isu ini perlu ditimbulkan sekarang sedangkan mereka menerajui negeri ini sejak 1990 lagi. Kenapa tidak dibangkitkan di awal pemerintahan mereka? Ini persoalan kita,” kata beliau pada sidang media di Kota Bharu, hari ini. - Sinar Harian


Naik bingung juga rasanya kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Umno ini, mungkinkah ini calon yang dikatakan 'Winnable Candidate' ? Rasanya wartawan yang silap tulis kot. Kalau wartawan tak salah lapor, alamatnya menanglah Kelantan....

Seperti persoalan yang ditimbulkan diatas, Kenapa isu ini (royalti) perlu ditimbulkan sekarang sedangkan mereka menerajui negeri ini sejak 1990 lagi, Kenapa tidak dibangkitkan di awal pemerintahan mereka? Ini persoalan kita,” bukankah persoalan sebegitu juga boleh melemahkan Umno dengan memperlihatkan kepada orang muda bahawa daya pemikiran dan penguasaan hal ehwal semasa pemimpin Umno begitu ....... sekali.

Lepas tu buleh tahan berjuanglah nak ambil alih Kelantan, selar menyelar pun kena tahu duduk perkara tu dulu, lebih-lebih lagi berjawatan pula yang berkait dengan maklumat, telaga minyak ni dijumpai bila ? tahun 90an kah ? Orang Kelantan ni cerdik-cerdik, pemimpin mesti kena lebih cerdik dari rakyat.


Jangan jadikan UmnoBN semakin tak relevan dimata orang muda, sebagai pemimpin yang nak pimpin rakyat perlu punyai pelbagai ilmu, bukannya ilmu berkaitan kontraktor semata-mata. Letihlah.....Insyaallah BN menang, pemimpin 'Winabble Candidate' seperti itu pilihan orang muda. Anda Mampu Mengubahnya.


" BN boleh menang di Kelantan kalau pemimpin ada Ummmmphh "

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.