Kerana Ucapan SMS Pemimpin UMNO Kelantan Dinasihatkan Sedar

Disebalik keadaan negara yang dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional ini berkeadaan tidak menentu, sangat malang bagi kita umat Islam dengan sebahagian pemimpin UmnoBN yang hanya mementingkan diri sendiri untuk mengenyangkan perut masing-masing. Langsung tidak ada perubahan untuk menguatkan kerajaan yang ditunjangi oleh orang Islam ini.

Parti Umno hanyalah dijadikan sebagai alat untuk mengeyangkan mereka tanpa sedikitpun rasa bersalah dengan tindakan yang menyebabkan Umno menjadi lemah dan tidak mustahil ia boleh tumbang dalam PRU 13 nanti, sikap hasad dengki, 'cah keting', menafikan dan menyembunyikan sesuatu hak dari pengetahuan yang berhak, melemparkan persepsi negatif terhadap mereka yang membantu Umno hanya kerana dengki dilihat masih lagi menebal tanpa sebarang keinsafan.

Terkini, cakap-cakap mengenai keprihatinan dan cakna pemimpin Pas (Parlimen dan DUN) di sesetengah bahagian di Kelantan menjadi sebut-sebutan dikalangan warga, keadaan itu juga turut dirasai oleh penyokong atau orang Umno sendiri, isunya terlalu kecil namun impaknya sangat besar, dan nilainya mungkin hanya 1 sen sahaja tapi ianya terlalu dihargai.

Ucapan sms seringkas "Salam Idul fitri Maaf Zahir Dan Batin" menjadi nilai sentimental yang cukup tinggi bila ianya datang dari seorang pemimpin, rata-rata menganggap ianya satu penghargaan dan tanda ingatan dari pemimpin kepada rakyat, sms ucapan dari pemimpin Pas itu turut diterima oleh penyokong BN sendiri,

Namun sms ucapan tersebut masih belum diterima  daripada pemimpin BN, sukarkah untuk pemimpin BN melakukan hal yang sama seperti pemimpin Pas, jika pemimpin Pas punyai maklumat setiap nombor  telefon rakyat dikawasannya kenapa tidak pemimpin BN ? Sekarang ni zaman dah canggih, bukan susah pun, sekali tekan 1000 sampai apa masalahnya ?, masalahnya mungkin bodoh sombonglah kot...

Jangan lihat itu satu perkara yang kecil kerana perkara yang kecil itulah yang dapat Pas memenangi hati rakyat, apapun terpulanglah diatas kecerdikkan dan kebijaksanaan pemimpin BN itu sendiri, mungkin mereka ada strategi yang lebih baik yang telah terbukti lebih 22 tahun penguasaan Pas di Kelantan. Lebih baik jadi sombong agaknya, kerana kalah menang pun projek tetap masyukkk.... Amalkanlah....

Bagaimanapun pemimpin yang cerdik lagi berjasa tetap berjasa walau tidak memegang sebarang jawatan, lihat saja pemimpin yang berpandangan jauh seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau tetap mencari kaedah bagi mengukuhkan keadaan parti sekaligus dapat mengukuhkan perpaduan dikalangan umat Islam.

Menurut beliau, Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).

Tambahnya, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

“Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam.

“Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

“Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini.

“Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan,” katanya.

Menurutnya, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi ia tidak dapat melaksanakan hudud kerana Malaysia mempunyai kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno.

“Negara Islam lain juga menaruh harapan kepada Malaysia, namun masih ada orang yang cuba memecahbelahkan orang Islam. Oleh kerana itu hajat kita tidak tercapai.

“Untuk membina sebuah negara Islam, orang Melayu harus bersatu dalam satu pakatan dan membangunkannya secara lengkap.

“Kita tidak usah mempedulikan orang yang memperjuangkan hanya untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya semua orang Melayu dan Islam mesti bersatu untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud,” katanya. 

Saranan dari Tun M itu sangat bermakna buat kita orang Islam, namun agak kurang berjaya jika hanya Pas sahaja yang berubah untuk tinggalkan PR dan sertai Umno tanpa Umno berubah menggantikan pemimpin yang pentingkan diri sendiri serta punyai skandal yang menyebabkan Umno menjadi lemah..Perubahan kedua-dua itu sangat dialu-alukan oleh seluruh rakyat...

1 comment:

  1. kalau nak jadi islam yg baik bukan sekadar hudud. ia tak penting pun. pelik la dgn org melayu ni

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.