Korek Pasir Di Sungai Kelantan Struktur Jambatan Terjejas JPS Enggan Ulas

Kota Bharu - Krisis air di Kelantan  didakwa setengah pihak ianya berpunca dari aktiviti mengorek pasir di Sungai Kelantan. Namun bagi Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berbeza pula pandangan beliau mengenai krisis air dan aktiviti mengorek pasir ini.

Menurut beliau, krisis air ini disebabkan ianya musim kemarau dan sudah menjadi takdir ilahi, dan sebagai manusia perlu terima hakikat keadaan ini.

“Kita perlu akur dengan ketentuan Ilahi, kerana sekiranya tidak diperkenankan untuk diturunkan hujan, maka kitalah yang akan mendapat kesannya.

Beliau turut menyatakan lebih suka air disedut, kerana ia akan menjadikan sungai lebih cetek, malah mengurangkan krisis bekalan air.

“Pasir jika banyak sangat, air tak ada, dan menyebabkan pengurangan bekalan hingga kawasan kampung,” katanya.

Pada masa sama Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Mat Rahim Ismail berkata, aktiviti menyedut pasir ini, hanya diteruskan di kawasan yang dibenarkan.

“Aktiviti mengorek pasir ini tetap diteruskan di kawasan yang lebih jauh, bagi mengelakkan berlakunya keruntuhan tembok.

JPS mengarahkan kegiatan menyedut pasir di Sungai Kelantan berdekatan sheet pile, dihentikan serta-merta, semalam.

Mat Rahim berkata, arahan itu dikeluarkan dalam mesyuarat yang dihadiri Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Ir. Zainuddin Ibrahim.

Sebelum ini katanya, pihak JPS memantau kesan aktiviti mengorek pasir secara besar-besaran, sehingga boleh memberi kesan terhadap ‘sheet pile’.

Beliau turut mengakui, terdapat perubahan terhadap struktur binaan itu, maka tindakan menhentikan kegiatan ini adalah penting.

“Sekurang-kurangnya, kita dapat mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini sehingga boleh merutuhkan tembok,” katanya, selepas mengiringi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meninjau Loji Rawatan Air Kelar, semalam.

Nik Aziz Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Anizam Abd. Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi negeri, Che Abdullah Mat Nawi dan Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), Ir. Mohamad Hanapi Mahmud.

Bagaimanapun Mat Rahim enggan mengulas mengenai kesan kegiatan ini terhadap Jambatan Sultan Yahya Petra, dan menyarankan agar perkara ini ajukan kepada pihak JKR.

Namun katanya, kajian mendapati, berlaku penurunan paras air kira-kira 60 sentimeter, di tembok penebat banjir.

Sebagai rakyat Kelantan yang melalui jambatan tersebut, rasa ragu-ragu mengenai keutuhan jambatan itu mula timbul bilamana Pengarah Jps sendiri enggan mengulas tentang perkara itu dan menyerahkan kepada pihak JKR sebelum mengatakan kajian mendapati, berlaku penurunan paras air kira-kira 60 sentimeter, di tembok penebat banjir dan terdapat perubahan terhadap struktur binaan itu.

Hal itu tidak boleh dibiarkan, ini berkaitan keselamatan rakyat, siasatan segera perlu dijalankan bagi memastikan keselamatan pengguna yang menggunakan Jambatan Sultan Yahya Petra itu terjamin, lebih-lebih lagi apabila pulangnya anak perantau nanti yang pastinya keadaan akan bertambah sesak diatas jambatan tersebut.

Tinjauan Team KCW, Gk dan AOK ke lokasi aktiviti korek pasir pada minggu lalu

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.