Najib Umum Royalti Kepada Kelantan Pas Pula Cuba Menafikan

Perkhabaran mengenai pengumuman pemberian royalti kepada Kelantan dikhabarkan akan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam waktu terdekat ini, sejauh mana kebenaran itu mungkin ada benarnya dan sekiranya benar ia adalah satu berita gembira buat seluruh rakyat Kelantan.

Bagaimanapun kenyataan Setpol kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang di siarkan Harakah pagi ini menggambarkan situasi sebenar sekaligus pemikiran Nik Aziz sendiri berhubung isu tuntutan royalti.

Pas lupa jika sebelum ini mereka mengatakan bahawa isu tuntutan royalti ini bukan isu politik sebaliknya ia isu rakyat tanpa mengira ideologi politik. Namun setelah pemimpin Umno turut bersedia untuk bersama berjuang tetapi melalui perundingan yang diajar oleh Islam dalam membuat  tuntutan tersebut lain macam pula nada pimpinan Pas terhadap keadaan yang terbaru ini.

Sebenarnya apa masalah Pas ? Adapun Pas dahulunya berjuang Islam khasnya perlaksanaan hukum hudud tapi kini berjuang royalti tidak pula dijadikan isu, sebagai seorang Islam yang mukmin tambahan pula di bulan Ramadhan yang mulia ini, tidak eloklah kepala berkopiah tapi hati berkulat hijau, kalau pemimpin Umno pun dah bersama menuntut royalti, biarkanlah bahkan itulah yang lebih baik jika benar tuntutan Pas selama ini ikhlas untuk rakyat bukan kerana politik.

Jika perubahan yang berlaku dan kesannya baik untuk kepentingan rakyat, perlukah Pas mencanang segala 'mok niko' buruk keatas pemimpin Umno dalam usaha mereka bersama menuntut royalti ini.

Bukan soal isu ini masih dalam tuntutan mahkamah bermakna semua pihak perlu diam dan tidak boleh melakukan apa-apa usaha keatas tuntutan tersebut, tengoklah dulu usaha yang bagaimana dilakukannya, apakah usaha melalak, menghasut dan menghuru-harakan ? jika tidak apa masalahnya.

Inilah masalahnya kalau tidak faham maksud demontrasi dan perhimpunan itu adalah berbeza. Solat dan politik juga adalah berbeza, Nabi dan Ulamak juga adalah berbeza, tuhan dan makhluk juga adalah berbeza, Nabi Muhammad semasa kecilnya dengan Mat di kampung kita juga adalah berbeza, melakukan sesuatu tindakan ketika masih didalam proses mahkamah juga berbeza samada tindakan buruk ataupun tindakan yang baik, kesemuanya adalah berbeza, jangan politik kan ia menjadi sama.

Andainya berlaku seperti kemalangan jalanraya melibatkan dua pihak, pihak 'A' berlanggar dengan pihak 'B', untuk claim insuran dan sebagainya kes tersebut dibawa ke mahkamah, bila begitu sudah pasti proses mahkamah mengambil masa yang lama untuk dapat claim tu, apakah salah dan bersifat menghina mahkamah sekiranya pihak 'A' mendahulukan wangnya untuk diberikan kepada pihak 'B' ? begitulah sebaliknya dan Anda Jua Mampu Mengubahnya....

2 comments:

  1. Tak buleh nok te',kemah dan padat,syabas!puok pas biar tahu beza.

    ReplyDelete
  2. setelah puas bersilat & air dah sampai ke paras hidung? entah sempat entah tidak.

    takpo lah, sekurang-kurangnya boleh jadikan modal PRU13.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.