Nik Aziz Semakin Tua Semakin Gopoh Atau Semakin Cekap

SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kurang senang dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan pusat yang didakwa terlalu lama dalam menyelesaikan isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung.

Beliau berhelah sepatutnya kerajaan pusat telah lama menubuhkan jawatankuasa khas sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan sewajarnya selesai membincang dan merunding isu berbangkit itu dalam tiga bulan lalu.

Nik Aziz berterusan mempersoalkan tindakan Perdana Menteri yang baru sekarang mahu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran royalti.

Beliau dipetik dari Sinar Harian sebagai berkata, "Jawatankuasa ini patut ditubuhkan sejak dulu lagi.

"Semasa perjanjian di antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas dibuat pada 9 Mei 1975, tapi mengapa baru sekarang mahu tubuhkan?” katanya ditemui sebelum pelancaran Tabung Amanah Lebuhraya Rakyat dan majlis berbuka puasa di Kompleks Media Karangkraf di sini.

Tengah hari tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung.

Menurut Najib, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

Jawatankuasa itu akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan, kata Najib.

Nik Aziz turut membidas keputusan Najib yang mahu kajian menyeluruh dilakukan dalam tempoh enam bulan yang sepatutnya mengambil jangka masa lebih pendek sekurang-kurangnya tiga bulan sahaja.

Beliau berkata, pihaknya belum lagi membuat sebarang keputusan mengenai nama wakil Kelantan yang akan mewakili negeri itu dalam jawatankuasa khas berkenaan.

“Belum ada lagi sebarang perbincangan. Saya sendiri akan mengadap Sultan Kelantan bagi menghantar nama wakil dan hanya pada masa itu akan diumumkan nama wakil bagi negeri Kelantan,” jelas beliau.

Beliau turut bertegas yang Kelantan mempunyai hak sepenuhnya ke atas royalti minyak kerana kedudukan pelantar cari gali minyak berdekatan dengan pesisiran pantai negeri Kelantan.

2 comments:

  1. salah bro, makin tua makin kutuk, makin bodo dan bahalol, makin besar serban dok tampung otak biol dia tue...hahahaha.....morale of the story, neek najeeis asik bercicir2 najeeis nya, terpaksa ar setan2 dalam parti anak setan kutip setiap hari..hahahaha....

    ReplyDelete
  2. makin tua semakin habuk pun tarak,makin nazak makin nak mampos.makin buta dan pekak....kehkehkehkahkah.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.