Pemimpin Pas Dakwa Wang Ehsan Hina Mahkamah Rakyat Kelantan Bakal Kempunan

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husin yang menyifatkan program konvoi NGO Royalti ke beberapa destinasi di Ulu Kelantan baru-baru ini sebagai mendahului keputusan mahkamah, dijawab balas Ketua Dewan Pemuda Pas Bachok, Ahmad Marzuk Shaary yang mendakwa pemberian wang ehsan kepada golongan memerlukan di Kelantan juga adalah tindakan yang jauh mendahului mahkamah sekaligus bersifat menghina mahkamah.

“Jika penganjuran konvoi tersebut mendahului mahkamah kerana tuntutan royalti oleh Kerajaan Kelantan dalam proses mahkamah, saya rasa membelanjakan wang royalti oleh sebuah jawatankuasa atas nama wang ehsan itu jauh lebih mendahului mahkamah.

“Mereka tidak patuh kepada perjanjian juga menghina mahkamah kerana mahkamah adalah simbol keadilan, dalam perjanjian yang termeterai sejak 1975 secara jelas memperuntukkan lima peratus royalti untuk Kerajaan Kelantan,” katanya.

Bagaimanapun kenyataan Ketua Pemuda Pas bahawa wang ehsan itu jauh lebih mendahului mahkamah seolah-olah melarang kerajaan dari terus memberikannya dan kenyataan itu merupakan satu penafian keatas golongan yang memerlukan di Kelantan.

Apakah salah pemberian wang ehsan itu ketika masih dalam perbicaraan mahkamah ? Perkara yang menguntungkan rakyat atau kata manisnya disebut berkebajikan ini tidak perlu dipertikaikan berbanding dengan konvoi yang langsung tidak ada faedah dan gunanya kepada rakyat khasnya golongan yang memerlukan selain hanya gimik politik.

Pemberian wang ehsan itu boleh dianggap sebagai satu kelebihan kepada rakyat Kelantan, sekurang-kurangnya pemberian tersebut dapat meringankan beban rakyat, dan pemberian itu juga menggunakan wang bukannya menggunakan air liur semata-mata.

Perlu diketahui sekiranya royalti itu tidak ada asas ia milik persekutuan, sudah pasti dari awal lagi ia tidak layak untuk dibawa ke mahkamah, begitu juga dengan hak rakyat Kelantan, dan keadaan ini adalah masih dalam hak kesamaran atau 50-50, kedua-dua pihak masing-masing merasakan haknya, maka sebab itu ia dibawa ke mahkamah jadi apa yang nak dikecoh-kecohkan. Tunggu sajalah keputusan mahkamah. Atau Pas sengaja nak politikkan isu ini ?.

Dalam menunggu keputusan mahkamah, terlebih dahulu kerajaan pusat memperlihatkan keehsanannya kepada rakyat dengan memberikan wang ehsan, kerajaan pusat tidak perlu menunggu wang royalti semata-mata untuk memberikan kebajikan kepada rakyat, dan konvoi yang dilakukan Pas itu pula bukannya membantu meringankan beban rakyat tetapi melakukan provokasi dan menghina mahkamah ?

Ini kerana mahkamah belum lagi memutuskannya dan masih dalam perbicaraan sedangkan pemimpin Pas melakukan demontrasi dan konvoi menuntut royalti tersebut, jika melakukan demontrasi dan konvoi itu satu cara terbaik yang boleh mendapatkan royalti, kenapa ia dibawa ke mahkamah ? Apakah tujuan konvoi dan demontrasi itu untuk mempengaruhi mahkamah dan sekaligus ianya bersifat menghina mahkamah.

Secara kesimpulannya, dalam isu tuntutan royalti ini, kerajaan negeri dan kerajaan pusat keduanya punyai hujah, kerajaan negeri ada hujah untuk mengatakan bahawa Kelantan layak menerima royalti tersebut dan begitu jugalah sebaliknya dengan kerajaan pusat, segala hujah dan fakta mengenainya akan dipersembahkan untuk diadili di mahkamah, jadi apa lagi yang nak diisukan ? Melainkan kerajaan pusat enggan untuk bawa isu ini ke mahkamah dan menafikan hak Kelantan itu secara sembrono  menggunakan kuasa 'vito' tanpa melalui sebarang proses perbicaraaan.

Justeru itu, daripada duk konvoi ada baiknya pergi cuci kubur buat kebajikan atau bantu mereka yang memerlukan, tak boleh bantu dengan wang bantulah dengan tenaga. Kerana itu lebih baik dari politikkan isu royalti yang jelas untuk kepentingan Pas semata-mata, Anda Mampu Mengubahnya...

"Mendengar guruh dilangit, air di tempayan  dicurah jangan"

1 comment:

  1. konvoi boleh selesai masalah royalti barangkali!!! itu semua nk carik publisiti semata2. tp ada baiknya kalau konvoi tu untuk bantu anak2 yatim dan miskin. lg berpekdah, dpd melalak tak tentu pasal!!!!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.