"Saya Dengan Rendah Diri Minta Maaf Jika Menyinggung Sesiapa" - Yatt Hamzah

Pada Ahad lalu, sebuah akhbar terkemuka tanah air, Berita Harian menerusi ruangan B*Pop telah menyiarkan sebuah artikel yang menegur sikap Yatt Hamzah.

Yatt dikatakan telah bertindak seperti ‘terlebih alim’ apabila dia menolak untuk melakonkan semula sebuah rancangan memasak.

Kata Yatt, melakonkan semula cara memasak dalam rancangan itu seolah-olah menipu para penonton.

Maka, wartawan B*Pop, Raja Nurfatimah Mawar telah menegur Yatt lantaran dari ‘suara-suara’ yang kurang enak berkenaan sikap Yatt itu.

Selain itu, Raja turut menegur Yatt yang dikatakan suka menunjuk alim menerusi tarbiah di laman sosial miliknya.

Lantaran dari teguran itu, Yatt menerusi akaun laman sosial Twitter miliknya, telah menjawab isu tersebut dan menerima teguran wartawan itu dengan positif.

Yatt bersyukur dan berterima kasih kepada B*Pop kerana sudi menegur dirinya yang kerdil itu.

“Dan saya dengan rendah diri minta maaf jika menyinggung sesiapa,” memetik kenyataan Yatt menerusi akaun Twitter miliknya.

Pada masa yang sama, Yatt menghargai teguran yang diberikan sekaligus menjadikan dirinya untuk lebih bersemangat untuk cintakan Allah.

Semoga Yatt diberi kekuatan untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni setelah dia memilih untuk berhijrah. -Mynewshub.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.