Tunku Aziz Buktikan DAP Ancaman Kepada Umat Islam

Naib Pengerusi DAP Senator Tunku Abdul Aziz mengumumkan perletakan jawatan keahlian DAP pada 14 Mei yang lalu. Beliau membuat keputusan tersebut susulan perbezaan pendirian dengan beberapa Pimpinan Tertinggi Parti tersebut mengenai himpunan Bersih 3.0.

Beliau turut mengumumkan tempoh perkhidmatannya sebagai senator akan berakhir 31 Mei ini dan tidak akan disambung.

"Saya fikir sudah sampai masa bagi saya mengambil pendirian tegas mengenai kedudukan saya dalam parti. Saya akan berhenti daripada menjadi ahli DAP,".

Itulah bukti kebebasan bersuara yang dilaungkan oleh DAP, sikap komunis yang memaksa orang lain menuruti segala perintah mereka tidak akan pudar pada pemahaman dan ideologi yang diperjuangkan oleh mereka DAP, dan perkara ini telah menular didalam Pas sehingga turut memecat Datuk Hasan Ali dan menyingkirkan Nasaruddin Mat Isa dari Pas juga disebabkan perbezaan pendapat. Nampaknya pemahaman 'Khawarij' dan 'Komunis' begitu selari dalam hal ini.

Peletakkan jawatan Tunku Aziz itu sepatutnya dinilai secara keseluruhannya dari apa yang telah diperkatakan oleh DAP sebelum ini, dimana kebebasan bersuara ? dimana keadilannya ? DAP begitu lantang mengkritik  keraajan BN, tapi bila sampai giliran mereka itulah hakikat yang sebenarnya...

Haram menyokong DAP adalah hukum yang jelas wajib diterima oleh umat Islam tanpa ragu-ragu, kenapa ? Adakah kita umat Islam memusuhi mereka yang bukan Islam ? Tidak ! kita tidak memusuhi mereka bukan Islam selagimana mereka tidak mencabul hak-hak orang Islam, sepertimana MCA dan MIC, walaupun mereka bukan Islam tetapi mereka lebih menghormati umat Islam biarpun ada sesuatu keadaan yang mereka tidak menyenanginya.

Hukum Hudud retorik Pas pembohongan terbesar kepada umat Islam.



Perlaksanaan hukum Hudud ditentang DAP dan juga tidak diterima oleh MCA, tapi DAP begitu angkuh menentangnya seperti bumi ini adalah hak mutlaknya, bila Karpal Singh sebut "Langkah mayat saya dulu kalau nak laksanakan hudud", tidak tercabutkah telur kita umat Islam bila mendengarnya ? besar sangatkah Karpal Singh ini ? berani mencampuri urusan agama Islam dengan pertuturan yang biadab sekali, Kalau ya pun tak setuju cakaplah dengan beradab, bukannya bersifat samseng paria yang tidak kenang diuntung. Ini kita tidak boleh terima, Islam tidak ajar kita untuk terus diperlekehkan sedemikian rupa. 

Kita umat Islam, bila Ulamak sebut haram sokong DAP, kita kecoh bagai nak rak, tapi mesti ingat, apakah mereka sesama mereka DAP turut mempertikaikan apa-apa yang dikatakan oleh Karpal ? Kita jaga mereka belum tentu mereka jaga kita, semakin berlembut dan semakin kita bertolak ansur mereka semakin besar kepala mempertikaikan peradaban kita.

'Tajdid' tidak sepatutnya hanya melihat kesongsangan, penyelewengan dan rasuah didalam UmnoBN itu sebagai satu hal untuk mencagar kedaulatan Islam dibumi Malaysia ini. Kerana isu itu kita perlu tanganinya bersama tanpa perlu mempertaruhkan hak dan warisan kita umat Islam, sukar untuk kita sempurnakan diri kita mengikut syarak, kita tidak maksum, tapi berpadalah dengan kita tidak keterlaluan mempergadaikannya atau membuka ruang untuk dipergadaikan.

Isu larangan bacaan Al-Quran sebelum azan Subuh.

Sebahagian umat Islam beranggapan ianya isu remeh dan bertepatan dengan ajaran Islam, tidak ada dalil yang menyuruh umat Islam mendendangkan ayat-ayat suci Al-Quran diwaktu itu, ya itu kita faham dan kita boleh terima, namun kita tidak pernah terfikir akan hikmah disebalik larangan tersebut, kita lebih suka jadi hipokrit untuk menerima larangan tersebut dan pada masa sama tidak pula  dikuatkuasakan diseluruh negeri yang dimenangi oleh pakatan. Kenapa dan Mengapa ?

Jika masa BN perintah Pulau Pinang dahulu yang dikuasai oleh Gerakan, isu ini tidak timbul, apakah ketika itu rakyat Pulau Pinang ini pekak ? kenapa mereka tidak bersuara ketika itu dan menghormatinya tanpa sebarang pertikaian. Inilah semangat saling menghormati antara satu sama lain  didalam perbezaan agama, budaya dan bangsa. Tapi bila DAP naik, segalanya berubah dan dengan lantangnya satu persatu dipertikaikan mereka dan terus mengukuhkan hak-hak mereka tanpa menghormati hak orang lain.

Itu baru mereka kuasai sebuah negeri, jika sebuah negara tidak mustahil larangan azan pula yang akan dikuatkuasakan, dan kita umat Islam sudah pasti akan tertindas dan tidak ada lagi hak kebebasan beragama, ketika itu jangan tanya mereka dimana keadilan, jangan tanya mereka dimana kebebasan bersuara ? Sebelum kita tanya dimana orang melayu yang bernama Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim selaku pemimpin kanan didalam DAP. Sedarlah kita.....

Papantanda bertulisan jawi apa masalahnya ?
Haram sokong DAP, kenapa tidak MCA dan MIC ? , belum sampai sepenggal memerintah dengan angkuh dan biadabnya DAP mempertikaikan pula papantanda bertulisan jawi, apa masalahnya papantanda bertulisan jawi itu dengan mereka dan kita ? Apakah mereka ingin menunjukkan kekuatan mereka dengan melakukan perubahan sedikit demi sedikit keatas negara ini dengan tidak lagi menghormati kita umat Islam ? Kenapa tidak boleh mereka untuk lebih menghormati perkara yang sudah sediada ?

Islamnya kita bukan terletak kepada papantanda bertulisan jawi itu, sebab itu juga kerajaan yang ada pada hari ini tidak pernah mempolitikkan papantanda itu sebagai satu bukti negara kita adalah negara Islam, dan isu papantanda ini juga samalah seperti isu larangan azan tadi, pada zahirnya ia tidak bertentangan dengan Islam. Namun disebaliknya punyai hikmah yang cukup besar bagi orang Islam supaya berfikir dan diambil tauladan darinya.
Terlalu sukar untuk memuaskan hati semua pihak, tapi ideologi komunis ni dia tak kira, janji semua dia nak untungkan dia, seperti gambar diatas, mereka mempersoalkan tulisan jawi, tapi kita tak pernah mempersoalkan nama Taman 'Tan Yew Lew' itu yang merujuk kepada nama orang cina, kalau ikutkan nama taman tu pun mesti ditukar kepada nama yang melambangkan semua bangsa, tapi tidak ada parti yang racist selain dari DAP ini sehingga perkara sedemikian pun ingin dipersoalkan.

Perlakuan DAP itu sewajarnya diragui, cubaan DAP itu satu percubaan yang akan mendatangkan kemudaratan kepada umat Islam satu masa nanti, DAP mahu semua mesti ikut cara mereka, sehingga Pas sendiri terpaksa menukar dari dasar Islam kepada berkebajikan, kelicikan DAP terselindung disebabkan kerakusan kuasa pemimpin Islam sendiri, sedangkan agenda DAP jelas ingin memerintah negara ini mengikut acuan mereka.

Kita umat Islam tidak pernah mempersoalkan pembinaan tokong-tokong  agama lain, malah jika dilihat besarnya tokong-tokong tersebut adalah keterlaluan tidak memadai dengan bilangan penganut agama mereka, namun perkara itu tidak pernah kita pertikaikan.

Hubungan antara kaum sebelum ini begitu erat tanpa timbulnya tuntutan-tuntutan yang berpihak kepada sesuatu kaum, segalanya telah dipersetujui dan dituruti mengikut keadaan yang sediaada. Bagaimanapun hari ini keadaan itu berbeza setelah DAP mendapat sedikit kuasa, segala-galanya lantang dipertikaikan oleh mereka. Hasrat DAP untuk menguasai negara ini bakal tercapai sekiranya umat Islam mudah terpengaruh dengan janji-janji manis mereka.

Terlalu banyak bukti untuk dibahaskan menjadi nas bahawa menyokong DAP itu adalah Haram hukumnya, dan menyokong DAP akan mendatangkan mudarat kepada umat Islam itu sendiri. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah, renung kembali siapa yang sebenarnya pelampau dan siapa pula yang telah banyak bertolak ansur. Demi Islam, dalil dan bukti DAP ancaman kepada Islam akan diterbitkan dari semasa ke semasa...Anda Mampu Mengubahnya...

"Nak suruh DAP buat macam mana baru nak sedar ? Sedarlah...Menyokong DAP Adalah HARAM"
 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.