KOTA BHARU- Teks khutbah yang dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik.
Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Kamaruddin Mohd Zin menegaskan, penghasilan teks khutbah itu melibatkan penglibatan ulama dan golongan berkelayakan dalam bidang agama sahaja tanpa terikat dengan kepentingan individu tertentu.
Menurutnya, isi kandungan khutbah dirangka Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad sebagai Pengerusi Panel bersama beberapa panel lain seperti Timbalan Mufti, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.
“Maik tidak terikat dengan mana-mana parti politik mahupun individu yang berpengaruh dalam politik. Kita bebas bergerak sendiri secara terus di bawah Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.
“Malah isi kandungan teks khutbah sendiri dibuat dengan Mufti Kelantan bersama beberapa panel lain yang alim ulama dan layak dari segi pengetahuan agama,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan yang mengatakan golongan tertentu mempergunakan Maik untuk menyampaikan agenda politik menerusi teks khutbah.
Kamaruddin berkata, dakwaan itu tidak berasas sama sekali tanpa bukti yang kukuh kerana Maik sentiasa melaksanakan tugas mengikut syariat Islam.
Katanya, teks khutbah dikeluarkan Maik berdasarkan isu semasa berlandaskan hukum Islam sebenar tanpa membabitkan pandangan golongan tertentu yang berkepentingan politik.
“Kita menjaga imej sebagai agensi Islam dan isi kandungan khutbah dibuat dengan cara melihat isu-isu semasa seperti perpaduan ataupun masalah denggi yang kemudiannya kita akan mengulas isu itu berdasarkan hukum Islam,” katanya.
Dalam pada itu, Kamaruddin berkata Maik telah pun mengarahkan seluruh imam di negeri ini seramai 560 supaya setiap minggu menggunakan teks khutbah agensi agama itu tanpa apa-apa perubahan dan pindaan.
Katanya, sekiranya terdapat aduan yang mengatakan ada segelintir imam dengan sengaja membuat perubahan pada teks khutbah itu maka Maik akan menjalankan siasatan untuk mengambil tindakan selanjutnya. - Sinar Harian
Kepada MAIK, video yang dilampirkan ini boleh menjadi bukti dimana berlakunya perubahan pada teks asal khutbah yang disediakan oleh pihak MAIK. Putar alam yang dilakukan pemimpin Pas ini terhadap teks asal sangatlah jelas.
Teks khutbah MAIK antaranya menyeru supaya umat Islam bersatu padu dengan mengambil iktibar negara-negara yang sedang bergolak, dipusing oleh pemimpin Pas supaya membantu negara yang sedang bergolak, tidak salah membantu itu, tapi kenapa tidak sebut supaya menjaga perpaduan umat Islam dan elakkan daripada persengketaan......
Banyak perkara yang telah diputar oleh pemimpin Pas yang boleh dilihat sendiri pada rakaman video dibawah dan bandingkan dengan dengan teks asal yang disediakan oleh MAIK Disini. Anda Mampu Mengubahnya...
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.