Video - Jiwa Abby Racau Kerana Neelofa, Leman Disalahkan Lawak Tak Bertempat

Semalam Harakah mengkritik Abby Abadi ekoran kejadian yang berlaku di program minggu lalu setelah Abby menyerahkan segala-galanya kepada Pas, Abby dilihat lebih dipersalahkan dalam isu tersebut oleh Pas tanpa melihat isu tersebut secara keseluruhan.

Mungkin dengan kejadian itu Abby akan lebih sedar dengan hakikat kehidupan yang sebenarnya selaku seorang insan yang punyai sekeping hati yang terlalu mudah untuk terguris bahkan ianya boleh terkoyak.

Bagaimanapun hari ini Harakah sound Leman supaya lawak biar bertempat dan pertuturan perlu dijaga, agaknya Abby dah merajuk lah kot. Baru sikit dah merajuk, Abby perlu lebih belajar dengan Fauziah Ahmad Daud, walaupun tak masuk Pas, kecekalan Ogy lebih matang dari Abby Abadi.

Namun apa yang Gk nampak situasi pada malam itu sebenarnya menjadikan Abby sebagai mangsa pada keadaan, jika lagi lama program itu, Abby akan dilihat lebih banyak melakukan kesalahan atau tindakan yang tidak sepatutnya.

Keracauan jiwa yang dialami Abby ekoran peristiwa-peristiwa lampau menyebabkan Abby seringkali gagal untuk mengawal emosi bila berhadapan dengan sesuatu keadaan yang membeza-bezakan dirinya, malah hal sebegini tidak hanya berlaku keatas Abby, jika diimbas kembali satu ketika dahulu Fauziah Ahmad Daud  turut menghadapinya dalam program beliau bersama Johan Raja Lawak...

Oleh kerana hakikat insan yang secara semulajadinya begitu dan untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak, adalah lebih baik program yang hendak dianjurkan pada masa akan datang tidak lagi meletakkan Raja Lawak bersama-sama dalam satu pentas dengan insan yang berstatus 'mudah terguris', ianya bagi mengelakkan kejadian seumpama itu tidak berulang lagi .....

Apa yang dapat dilihat pada program itu, lawak selamber Man kepada Abby membuatkan hati Abby terus mengecut dan merekah serta sukar untuk dikawalnya.

Ada beberapa episod yang berkait dengan perasaan pada program tersebut, antaranya Kata Man Raja Lawak " Saya kalau Abby lalu saya tak tengok sangat, kalau Neelofa lalu saya tengok,.... Ustaz ! ", dan lawak Man itu ikhlas kerana itulah lumrahnya mana-mana pelawak bila melawak, tapi hati seorang wanita yang berstatus 'mudah terguris' lebih-lebih lagi diatas faktor usia dan masa lalu, kata-kata tersebut bakal menghantui dirinya.

" Man, Man dah insaf ke, tak...dah kembali kepangkal jalan ke..Man....tak pernah dengar pun... ? soal Abby kepada Man, sekali lagi jawapan Man pada Abby mungkin punyai ruang yang luas untuk ditafsir dengan berbagai " Tak....kalau saya pakai tudung dah berhijrah lah tu...".

Nasihat Gk pada diri sendiri agar tidak keterlauan dalam melontarkan kata-kata yang boleh mengguris dan melukakan hati insan, tak kiralah samada pelawak ke, Ustazah ke, blogger jer tak per, lebih-lebih lagi dihadapan khayalak umum, Untuk semua pelawat blog Gk, hati-hati ketika memandu, ingatlah orang yang tersayang, Gk ucapkan Selamat Pulang Berhari Raya Buat Semua Anda Mampu Mengubahnya...

"Selepas PRU13 Pas tidak memerlukan Abby lagi sebagai umpannya, tunggu dan lihat"

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.