Video - Khutbah Aidilfitri Tercemar Kerana Dendam Pas Pada Tok Pa

Jika hari ini ubah teks khutbah, namun tidak mustahil sedikit masa lagi Al-Quran pun turut akan diubah demi mencapai maksud politik dikalangan parti tertentu yang sememangnya dikenali dengan kesesatannya dari dulu lagi.

Bulan Syawal yang sepatutnya dimanfaatkan oleh umat Islam dengan bermaaf-maafan tidak lagi berlaku di Kelantan bilamana mimbar yang sepatutnya digunakan untuk menyatupadukan umat Islam dijadikan medan menghasut dan melemparkan persepsi negatif terhadap pemerintah Islam demi kepentingan politik dan kerakusan kuasa oleh Pas.

Mood raya berubah dengan tertitiknya nista persengketaan, berpolitik tidak bertempat hanya akan mencetuskan permusuhan dikalangan umat, berpolitik ni perlu ada masanya, jika dalam satu keluarga punyai fahaman politik yang berbeza, dan sepanjang masa bertegang urat membincangkan hal-hal politik tanpa sedikitpun memberi ruang pada perbincangan diluar konteks politik, maka hancurlah keluarga itu. Hal ini samalah juga seperti sebuah negeri mahupun negara,

Jika perkara sama diambil kesempatan oleh kerajaan BN bagaimana agaknya ? Rakyat Kelantan Wajib menolak politik karut seperti ini, Masjid digunakan untuk memecahbelahkan umat Islam, kalau program parti boleh diterima lagi, ini ibadat umat Islam, kenapa dicampuri politik persengketaan ? ia satu hal yang sangat  tidak wajar dan perlu diambil tindakan tegas.

Memetik kenyataan Adun Pas Air Lanas, Abdullah Ya’kob mendakwa khutbah tersebut disampaikan khatib jemputan atau imam menyentuh isu semasa yang berlaku dalam kehidupan seharian.

“Biar pun ada teks disediakan pihak Maik, namun tidak menjadi halangan bagi mereka menokok tambah supaya lebih menarik dan segar,” 

“Kalau ada khutbah menyentuh sikap pemimpin tertentu yang flop flip dalam isu royalti, ia tidak boleh dinafikan lagi kerana ia benar-benar berlaku.

“Ada pemimpin yang sebelum ini bermati-matian membuat kenyataan perairan Kelantan tidak terbabit dengan carigali minyak dan gas.

“Namun sekarang cuba digambarkan seolah-olah dia pula yang menjadi juara bagi mendapatkan hak ke atas royalti petroleum. Apakah jenis pemimpin macam ini. Mereka kelihatan begitu panik sekarang,”

Kata beliau, rakyat sudah muak dengan lagak pemimpin seperti itu, dan tidak menjadi kesalahan bagi mereka untuk menterjemahkan dalam khutbah Aidilfitri atau mana-mana ucapan.

Itulah dalil yang dibuat oleh pemimpin Pas yang berkemungkinan dijamin masuk syurga apabila mengcampuri urusan nyata Allah Taala dengan perkara yang masih berada dalam kesamaran, mengarahkan Imam berkhutbah menghentam seseorang pemimpin diatas perkara yang samar adalah satu perbuatan yang sangat keji dan dimurkai oleh Allah Taala. Jangan Imam-Imam Pas melihat Pas begitu suci dan diredhai oleh Allah  dan sewenang-wenangnya menggunakan hak Allah untuk kepentingan politik, sedangkan Pas begitu keji sepertimana yang dizahirkan oleh muslimah Pas pada klipvideo dibawah.

Seperti yang semua maklum isu royalti ini masih dalam perbicaraan mahkamah sebelum kerajaan pusat memutuskan supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi membincangkan isu tersebut, dan Datuk Seri Mustapa Mohamed tidak pernah menggelarkan dirinya sebagai pejuang royalti mahupun Oily Warrior, keadaan yang timbul itu hanyalah satu perencanaan licik untuk mengenakan beliau dengan menobatkan beliau sebagai 'Oily Warrior' oleh individu tertentu tanpa memikirkan kesannya.

Disebabkan isu royalti ini sudah menjadi isu politik yang berjaya diputar belitkan pembangkang, berkemungkinan Tok Pa mengambil pendekatan mencadangkan perkara ini (Jawatankuasa khas) kepada YAB Perdana Menteri supaya kajian dan penelitian dibuat untuk menyelesaikan isu tersebut, namun niat baiknya itu dimanfaatkan sebilangan orang sehingga ia disalah tafsir dan Tok Pa terpaksa menerima akibatnya, tapi tidak mengapa, disisi Allah lain pula nilainya.

Jika 'Ustaz Budak' mengatakan Nik Aziz itu Nabi atau sama macam Nabi, adakah Nik Aziz yang salah ? dan jika Tok Pa disebut atau diangkat sebagai 'Oily Warrior', adakah Tok Pa yang salah ? Memahami konteks tersebut maka adalah satu perkara yang bertentangan disisi Islam jika teks khutbah Aidilfitri ditokok tambah dengan memburukkan beliau selaku seorang pemimpin yang bersih dan tidak pernah sekalipun dikaitkan dengan apa-apa skandal rasuah atau penyelewengan dan kemaksiatan terhadap batang tubuhnya.

Pemimpin Pas harus segera bertaubat, jangan lagi menggunakan hak hamba kepada Tuhannya itu sebagai satu medan untuk mendapat keuntungan politik, kalau Pas betul-betul suci dan bersih bolehlah tahan, ini Pas langsung tak layak lagi untuk memperlihatkan seolah-olah Islam ini milik mereka dan mereka sewenang-wenangnya boleh menggunakan apa sahaja milik Islam. Anda Mampu Mengubahnya....

1 comment:

  1. PAS LAKNATULLAH! parti sesat, munafiq yg bertopeng iklan Agama, sdngkn mreka adalah perosak Agama Allah! Begitu lma mreka tunggangi Agama jd alat politik, doktrinkan pencacai, bila tolak atau kritik PAS orgitu seolah buat salah dosa, dipulaukan, dn mulut lidah pemimpin PAS pnuh dgn kekejian, kutukan, sngkaan buruk, mrekalah sjht2 manusia yg tahuAgama tp menyeleweng!!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.