Video - Mustapa Mohamad Pejuang Royalti Ibarat Malaysia Tidak Pernah Dijajah

Perjuangan Husam Musa semakin relevan apabila perjuangannya itu disambung oleh Menteri Umno yang sekarang diangkat menjadi pejuang dalam membuat tuntutan royalti minyak Kelantan melalui proses yang dikatakan perundingan. Ketidak munasabahan Menteri Umno menjadi pejuang royalti itu memberi gambaran seumpama "Malaysia tidak pernah dijajah" sedangkan umum mengetahuinya.

Dibezakan mereka hanyalah 'tuntutan' dan 'perundingan' didalam mendapatkan apa yang disebut sebagai hak rakyat Kelantan iaitu royalti minyak, samada tuntutan ataupun rundingan hakikatnya Menteri Umno itu akur dengan perjuangan yang diperjuangkan oleh segerombolan pemolitik Pas yang diketuai oleh Husam Musa.

Jika royalti itu bukan hak Kelantan, apa perlunya perundingan ?, sebagaimana sekiranya Husam ataupun Pas menuntut bahawa bangunan berkembar Petronas KLCC itu milik mereka apakah perlu Menteri Umno itu untuk membuat perundingan diatas perkara yang jelas bukan hak mereka. Apakah Menteri Umno itu sudah terperangkap dengan kelicikan politik yang ada pada hari ini ?

Isu royalti bukan isu mutlak rakyat Kelantan, ia hanyalah satu isu gimik perancang politik Pas semata-mata, namun apakah yang dapat dibayangkan bilamana isu ini diakui dan turut diperjuangkan oleh Menteri Umno secara terbuka dan dalam masa beberapa hari sahaja perjuangannya beliau dijulang menjadi pejuang utama royalti yang akhirnya akan tertiarap menyembam ketanah  sepertimana seorang tokoh 'bakal' Menteri Besar di Bachok Kelantan. Jika sudah lama berjuang secara ghaib hujah tersebut langsung tidak relevan dengan kenyataan menentang sebelum ini.

Jika dilihat pada keputusan terakhir pilihanraya kecil yang berlaku di Manek Urai dan Galas, ketika mana isu royalti ini dimainkan namun ia bukan satu isu yang boleh memberi kelebihan untuk Pas menang secara mutlak, ringkasannya, jika faktor tumpuan seluruh jentera BN ke PRK diambil kira sebagai faktor kemenangan BN di Galas dan kekalahan tipis 65 undi di Manek Urai, faktor 'cah keting' dan sabotaj juga perlu diambil kira, secara tidak langsung ia membuatkan keadaan itu 50-50 dan jelas  isu royalti itu bukan asasnya.

Jika royalti itu satu isu besar kepada rakyat, ia tidak memungkinkan BN untuk menang dengan apa jua cara sekalipun. Tetapi dengan penglibatan Menteri Umno itu yang ingin menjadi hero royalti, kajian perlu dibuat apakah tanggapan rakyat lebih positif mengenai perkara itu dan BN berpeluang cerah untuk mengambil alih Kelantan atau menambah bilangan kerusi.

Bukan soal hak rakyat itu Gk nak nafikan sekiranya itu adalah benar hak rakyat, sebaliknya kita perlu akur kepada perundangan dan perlu teguh dengan prinsip dan pendirian berlandaskan kebenaran dan apa yang kita faham sebelum ini, atas faktor situasi, untuk kebaikkan politik supaya ia tidak disalah tanggap dan dimanipulasi sebagai penentang kepada tuntutan rakyat adalah wajar dan tidak salah untuk Menteri Umno itu menyokong tapi bukannya memilih untuk dijulang menjadi pejuang utama.
Jika tidak akui saja kejahilan dahulu dan bangkitlah kalau nak jadi hero sekalipun. Sekarang ini ramai yang faham royalti itu adalah benar hak Kelantan dan kini Menteri Umno itu sendiri yang perjuangkannya setelah bertahun-tahun menafikan hak-hak orang miskin di Kelantan.

Rakyat juga beranggapan Menteri Umno itu pun berjuang sekarang ni menjadi 'Pak Turut' setelah Perdana Menteri akur melihat kesungguhan Pas dan gerakan-gerakan rakyat yang bangkit dalam membuat tuntutan tersebut sebelum memanggil untuk dibentuk jawatankuasa khas bagi menyelesaikannya. Jarak kebangkitan rakyat seperti demontrasi dan konvoi itu begitu rapat dengan pengumuman jawatankuasa ini.

Bagi golongan pemikiran kelas atasan mungkin berpandangan agak berbeza, yang menjadi masalahnya pengundi ni bukan hanya dikalangan itu, bahkan majoritinya kebiasaan sahaja. Jadi siapa yang untung ? lagi satu pemimpin Pas ni rapat dan terus kepada rakyat tidak kira dikedai-kedai kopi mahupun disurau, kalau pemimpin Umno pun semacam itu tidak menjadi masalah, segala isu dapat dijelaskan secara langsung kepada rakyat lantas rakyat boleh faham dengan perkara ini.

Kepimpinan Umno perlu ingat jika perundingan yang hendak dilakukan ini tiada helah politik, keputusan kepada perundingan tersebut hanya punyai dua jawapan samada Kelantan berhak ataupun tidak. Kedua-dua jawapan dari keputusan itu punyai impak negatif kepada kerajaan,

Berbeza jika tindakan yang diambil oleh kerajaan pusat itu diluar konteks tadi, melangkaui keadaan itu sekiranya Kelantan berhak, tidak bolehkah kerajaan menyalurkannya dengan pengumuman program seperti membina rumah rakyat, membaikpulih segala perkhidmatan yang gagal dilakukan oleh kerajaan negeri dan seumpamanya, keadaan ini dilihat lebih hero dari menjadi pejuang royalti.

Sebaliknya jika Kelantan tidak layak sepertimana yang tercatat didalam perjanjian itu, difikirkan ada baiknya kerajaan menyerahkan isu ini supaya diputuskan oleh mahkamah memandangkan ianya juga  telahpun dibawa ke mahkamah, dan keputusan mahkamah itu dilihat lebih adil dan salah satu faktor logiknya setelah Anwar Ibrahim bebas dari tuduhan liwat yang dihadapinya sebelum ini.

Adapun perundingan pembentukkan jawatankuasa ini berhubungkait dengan titah Tuanku, sememangnya ia satu perkara yang tidak boleh di ingkari, namun hal itu tidak bererti Menteri Umno itu perlu menjadi pejuang kepada royalti tersebut kerana bahana dari itu punyai isu yang cukup besar untuk dipolitikkan keatasnya.

Lagipun Perdana Menteri baru saja umum nak bentuk jawatankuasa dah terus letak tengkolok nak jadi panglima, apakah keputusan jawatankuasa itu akan berpihak dan akan zahirnya royalti kepada Kelantan ? Jika yang disebut itu berkait dengan undang-undang apakah ianya akan berubah dengan pembentukkan jawatankuasa semata-mata. Lagilah nampak kerajaan yang tolol jika ia berubah tanpa penggubalan undang-undang yang baru...........Anda Mampu Mengubahnya
"Perbezaan pendapat perlu diraih atas pandangan majoriti kebanyakkan rakyat bukan hanya terlena dengan kipasan yang boleh memudaratkan"

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.