Budak 'Tunggeng Punggung' Menyesal Terpengaruh Ceramah Merdeka Mat Sabu

“Saya yang bersalah, bukan ayah atau keluarga saya. Tolonglah, jangan salahkan kedua ibu bapa saya,"  kata Muhammad Ammar A Rahman, 19, selepas ayahnya diganggu dengan sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur cemuhan akibat perbuatannya yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri semasa malam Ambang Merdeka baru-baru ini.

"Saya menyesal serta saya juga  tidak dibayar oleh mana-mana pihak," kata beliau pada satu sidang media di sini, petang ini.

Menceritakan kejadian malam 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar berkata, dia langsung tidak merancang ke Dataran Merdeka kerana pada asalnya bercadang untuk pulang ke kampung.

"Saya bertukar fikiran apabila menerima pelawaan rakan," katanya.

"Apa yang saya lakukan adalah semata-mata kerana kesilapan diri sendiri. Saya seperti orang tidak sedar semasa melakukannya, bukan dipengaruhi atau dibayar sesiapa," jelasnya.

Dia juga berkata, segala apa yang dilakukannya pada malam 30 Ogos adalah atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

"Saya sedar apa yang saya lakukan ini satu kesilapan. Saya juga berjanji pada diri sendiri, saya tidak akan mengulanginya di masa hadapan,” katanya dengan wajah tenang di hadapan pihak media di rumahnya, di sini.

Menurutnya, dia juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Najib atas perbuatan biadabnya dan jika diberi peluang, dia bersedia bertemu pemimpin negara itu untuk memohon maaf secara peribadi.

Apa sekalipun yang berlaku pasti ada punca dan sebabnya, kenyataan budak itu bahawa "Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak," adalah satu dakwaan yang boleh dipercayai, untuk melakukan perkara sedemikian  ia tidak perlu di upah oleh sesiapa.

Sebenarnya hasutan dan fitnah sudah cukup untuk membuatkan seseorang itu bertindak dengan sesuatu tindakan pada luar jangkaan lebih-lebih lagi semasa ianya dipengaruhi alkohol, dadah dsbnya. Sukar untuk diterima bahkan tidak masuk akal sekiranya budak itu dilahirkan untuk berkelakuan demikian ataupun dari kecil lagi dah ada perasaan benci terhadap Perdana Menteri.

Sedangkan perasaan benci itu dipupuk oleh pemimpin pembangkang, serata ceramah fitnah dan hasutan berlegaran diseluruh negara, bagaimana kerajaan begitu lemah sekali untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang, kelemahan kerajaan dengan sendirinya menyebabkan rakyat akan mempercayai apa yang difitnah itu, atau apakah ianya tuduhan yang benar dan bukannya fitnah ? ...Anda Mampu Mengubahnya...
"Perasaan benci boleh membawa bahana"

1 comment:

  1. mat sabu sial haramjadah munafik terkutuk memang tak boleh dipercayai..setan laknatullah yg suka menghasut,memperdaya dan menyesatkan org2 yg lalai .


    -Azab Neraka Jahanam-

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.