Lim Guan Eng: DAP Tuntut Tambahan 2 Kerusi Parlimen Dan 6 DUN Di Kedah

ALOR SETAR - DAP Kedah wajar diberi peranan lebih besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan tambahan kerusi untuk bertanding termasuk peringkat parlimen.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP Pusat bersetuju dengan hasrat DAP Kedah yang mahu meletakkan calon di dua kerusi parlimen (Alor Setar dan Padang Serai) dan enam Dewan Undangan Negeri (Dun) membabitkan Kota Darul Aman, Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas.

“DAP tetap mahu tambahan kerusi untuk bertanding pada PRU13, ketika PRU12 kita hanya letak calon di Kota Darul Aman dan Derga. Jumlah ini amat kecil dan ia tidak boleh diterima untuk PRU13,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Kedah, di Dewan Perhimpunan Cina Kedah, semalam.

Bagaimana pun, Guan Eng berkata, jika agihan kerusi membabitkan DAP-PKR tidak mampu diselesaikan di peringkat negeri, perkara itu wajar diputuskan oleh Pusat untuk mengelak tercetus ketidakpuasan hati kedua-dua pihak.

“Jika tidak boleh bincang lagi di peringkat negeri, ia tak perlu bincang. Biar Pusat buat keputusan muktamad dan kedua-dua pihak terima keputusan. Jangan bergaduh sesama sendiri, ia membuang masa, kita hanya mahu lawan BN sahaja, bukan dalam PR,” katanya.

Menurutnya, DAP Kedah diminta menyerahkan perkara itu kepada DAP Pusat untuk dibincangkan dalam Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi, jika menemui jalan buntu.

“Biar Pusat tentukan jika masih tidak dapat diselesaikan. Saya harap hasrat DAP Kedah diberi pertimbangan sewajarnya oleh rakan-rakan dalam pakatan untuk bergerak sebagai satu pasukan, dalam usaha mengekalkan kuasa di negeri ini,” katanya.

Guan Eng juga mengarahkan kedua-dua parti tidak lagi membuat kenyataan terbuka atau berbalas kenyataan dalam akhbar berhubung isu terbabit.

“Kita tumpu pada gerak kerja parti sudahlah, biar Pusat putuskan. DAP juga mahu menyumbang lebih pada PR," katanya. - Sinar Harian

- Kalau tak nampak lagi, memang nasiblah......beberapa bulan lalu isu ni dah timbul, lepas tu Anwar Ibrahim kata, dah selesai, tetapi beberapa bulan lalu tu hanya pimpinan DAP Kedah je yang timbulkan, kini Setiausah Agung DAP  sendiri, apapun Anwar mesti bagi sebab dah meroyan sangat nak jadi PM,

DAP punya ideologi jangan haraplah Melayu dapat tumpang, belum dapat secara keseluruhan tak payah ceritalah, semuanya baik, Melayu tak sedar, sedikit demi sedikit dituntutnya oleh DAP, sampai pakai songkok yang sudah menjadi adat dalam persidangan DUN pun mereka bantah, DAP ni memang kurang ajarlah, pemimpin Pas kalangan IRC sahaja yang menyokong DAP ni. Macam Hatta Ramli MP Kuala Krai tu bapak IRC, nak cam kepala IRC dalam Pas ni cukup senang, salah satunya mereka tak sensitif mengenai Islam. Andan Mampu Mengubahnya....
'Sudah menjadi adat, bila rasa dah kuat mulalah......'

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.