Masyaallah ! Bala Mula Menimpa Kelantan Rumah Allah Dirobohkan Angkara Siapa ?

KUALA KRAI - Gara-gara percayakan persetujuan lisan pihak berkenaan, pengusaha restoran di Jalan Kuala Krai-Machang, dekat Batu Jong, di sini, mendakwa kerugian lebih RM20,000 apabila surau baru dibina berhampiran kedainya dirobohkan, kelmarin.

Surau mula dibina minggu pertama Ramadan lalu dan sudah 60 peratus siap itu dirobohkan Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) atas kesalahan mendirikan bangunan tanpa kelulusan bertulis pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.

Tindakan itu cukup menyedihkan pengusaha restoran terbabit, Mohd Asri Hashim hingga dia tidak dapat menahan air mata sebaik sahaja jengkaut MDKK mula merobohkan bangunan tersebut.

Mohd Asri berkata, dia tidak memohon kelulusan bertulis selepas diberitahu tidak perlu berbuat demikian kerana akan menyusahkan apabila terpaksa dibentangkan dalam mesyuarat MDKK.

“Bila saya suarakan cadangan nak bina surau dan bilik air, saya dapat persetujuan lisan dan diberitahu tak payah buat surat permohonan kerana bimbang perkara ini heboh jika diusulkan kepada MDKK.

“Saya juga ingatkan tak apa (tak buat surat) kerana surau dan bilik air saya nak bina ini untuk kemudahan orang ramai termasuk pelanggan restoran dan masyarakat setempat,” katanya, di sini, semalam.

Mohd Asri mendakwa, tindakan MDKK merobohkan bangunan itu menyebabkan dia kerugian kira-kira RM21,000 dan mungkin terpaksa buat pinjaman bank bagi membayar upah kontraktor.

“Saya sedih kerana kalau pihak terbabit beritahu dari awal supaya tidak teruskan projek, sudah tentu kerugian terpaksa ditanggung tidak sampai sebanyak ini.

“Bila sampai tahap nak ‘plaster’ bangunan, baru diberitahu projek ini tidak boleh diteruskan dan terpaksa dirobohkan, saya bukan sahaja rugi besar tetapi juga rasa amat sedih,” katanya.

Menurutnya, dia hanya terima Borang B ‘Notis Mengehendaki Kacau Ganggu Dihapus’ daripada MDKK tiga hari sebelum tindakan merobohkan bangunan surau itu dibuat.

“Kalau kedai lama saya dulu ambil masa 10 tahun untuk dirobohkan tetapi bangunan surau ini hanya dalam tempoh sebulan,” kata pengusaha Restoran Reeza terbabit.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, peruntukan untuk bina surau dan bilik air itu sebahagian daripada geran berjumlah RM50,000 diberikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk pengembangan perniagaannya.

“Saya boleh guna wang geran ini untuk tambah kelengkapan restoran tetapi sebab nak buat amal dan bantu orang ramai, bila Mara tanya nak buat apa, saya pilih untuk bina surau dan bilik air.

“Surau dan bilik air penting sebab restoran ini jadi persinggahan bas ekspres termasuk bas bawa pelancong luar selain untuk kemudahan penduduk setempat terutama bila ada kenduri,” katanya.

Selain penduduk setempat dan pengguna jalan raya, Restoran Reeza turut menjadi tumpuan rombongan agensi kerajaan dari luar Kelantan serta golongan berpendapatan rendah dan sederhana kerana menghidangkan Menu Rakyat 1Malaysia. - Sinar Harian

- Apabila terlebih islamik beginilah jadinya, kerana kepentingan politik semata-mata, surau tempat beribadat pun sanggup dirobohkan oleh kerajaan yang mengaku Islam didalam negeri yang majoritinya juga beragama Islam, dah lah bina masjid tak mampu, bina lebuhraya minta sedekah, makan gaji buta mengtekedarah duit rakyat, rakyat nak buat amal tolong bina surau pun sanggup dirobohkan hanya kerana 1 Malaysia. Apakah gilanya kerajaan Pas Kelantan ni ? Ini kerajaan GILA namanya.

Tak boleh bertolak ansur langsung? Haa inilah kerajaan yang mencemarkan Islam, sokong Pas dapat Pahala ke dapat BALA ? Ketahuilah Pas ni seteruk-teruk parti yang ada di muka bumi ini, bab auta alasan, dan 'berkecep sajo'  dialah no 1, Gk tak hairan dan langsung tak terkejut dengan keadaan ini, agenda dan  perjuangan Pas telah diresapi Dap.

Gk sendiri pernah berurusan dengan kerajaan cap ayam ini, namun percayalah, pemerintahan Pas di Kelantan akan berakhir pada PRU 13 nanti, secara jujurnya rakyat di Kelantan sudah sedar akan hal ini, cuma satu sahaja, calon BN hendaklah dikalangan mereka yang bersih dan belum dipalitkan dengan apa-apa skandal, ketaksuban mereka kepada Pas sukar untuk mereka terima UmnoBN tapi mereka boleh terima calon yang dianggap bersih dengan tidak melihat kepada parti tapi melihat kepada calon.. ....Anda Mampu Mengubahnya.

1 comment:

  1. PAKAT-PAKAT TANGGUNGLAH KESENGSARAAN DAN KEJAHATAN PAS...SEBAB NYA RAKYAT KELATE JUGA YANG PILIH PEMERINTAH YANG TOLOL DAN BEBAL DI BUMI SERAMBI MEKKAH....BARU PADAN MUKA KITA...BARU PADAN MUKA KITA.....BARU PADAN MUKA KITA......PRU KE 13 NANTI KITA PAKAT SOKONG PAS LAGI LA...BIAR SAMA-SAMA KITA DIPERBODOHKAN DAN SEMUA ITU MENDAPAT PAHALA DI SISI PAS DAN TOK GURU TOLOL PAS.....

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.