PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata anggota Umno perlu bersyukur kerana perjuangan Umno selama ini diberkati Allah dalam memimpin perjuangan membela bangsa, agama dan negara.
Najib, yang juga Presiden Umno, berkata sejak penubuhannya 66 tahun lepas, Umno terus mendapat restu Ilahi untuk memperjuangkan kemakmuran negara selama 55 tahun pemerintahan di negara ini.
"Kitalah parti paling berjaya di dunia, tidak ada parti berdiri tegak berbanding parti Umno.
"Tanpa mendabik dada dan angkuh, kita perlu bersyukur, rasa rendah diri bahawa kejayaan yangg dicapai selama ini adalah dengan izin Allah," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Pekan, di sini hari ini.
Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan 932 perwakilan dari 145 cawangan di bahagian berkenaan.
"Kemampuan kita belum tentu dapat kejayaan tanpa keizinan dari Allah," kata Najib.
Beliau berkata apa yang penting kini ialah barisan kepimpinan Umno dan anggotanya perlu tanya pada diri apa yang dilakukan sehingga Allah mencintai perjuangan itu.
"Allah akan sayang, kasih kita jika kita berjuang mengikut landasan Allah dalam barisan teratur.
"Cara bertindak, bererti kita ditadbir urus dengan kemas, sistematik, bekerja kuat, itu bererti perjuangan dikasihi Allah.
"Selagi tak berjuang dalam perjuangan yang kukuh dan teratur, Allah tidak akan mengasihi perjuangan.
"Kalau kita idamkan kejayaaan kita mesti bertindak dalam barisan teratur, sebagai parti, sebagai bangunan tersusun, kita akan perlihatkan kejayaan pada pilihan raya akan datang," katanya.
Najib berkata apa yang penting semua anggota Umno perlu mengetepikan kepentingan diri, sebaliknya meletakkan kepentingan parti yang memperjuangkan bangsa dan agama itu melebihi segala-galanya.
Dalam perkembangan lain, Najib, yang juga Ketua Umno bahagian Pekan, turut menempelak pihak pembangkang yang mendakwa kononnya parlimen Pekan masih tersisih daripada arus pembangunan meskipun parlimen itu disandang oleh seorang Perdana Menteri.
"Ada pemimpin pembangkang datang ke Pekan, kata tak ada langsung pembangunan. Sama ada mereka tak nampak, mata telah dibutakan Tuhan, atau telinga dipekakkan oleh tuhan, atau sebenarnya lidah mereka bercabang," katanya.
Perdana Menteri kemudiannya menyenaraikan pelbagai projek pembangunan di Pekan yang bernilai beratus juta, antaranya pembinaan lebuh raya Kuantan-Pekan, projek infrastruktur dan pendidikan. - Bernama

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.