NGO-NGO Islam Termasuk Pekida Mula Beri Amaran Kepada Ngeh Dan DAP

GEORGE TOWN - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pulau Pinang mula memberi amaran dan mendesak DAP mengambil tindakan keatas Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoal tindakan umat Islam membantah penyiaran filem anti-Islam "Innocence Of Muslims".

Wakil NGO berkenaan Salleh Ismail, yang juga Pengerusi Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, berkata DAP yang memperjuangkan demokrasi perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin mereka itu (Ngeh), yang memperlekeh dan mempersenda agama lain.

"Kami hadir di dataran pidato di sini (Padang Kota) hari ini bagi mengutuk tindakan beliau (Ngeh) yang langsung tidak sensitif terhadap agama Islam dengan memperlekehkan kita. Ngeh sepatutnya meletakkan jawatannya dalam politik kerana mempersoal agama Islam.

"Selain itu, semua NGO yang ada di sini juga mendesak Lim Guan Eng, yang merupakan Setiausaha Agung DAP, mengambil tindakan tegas terhadap beliau, tindakan Ngeh memang langsung tidak boleh diterima oleh orang Islam," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman di dataran pidato.

Lebih 300 orang berkumpul sambil membawa sepanduk dan memegang poster gambar Ngeh bagi menunjukkan bantahan terhadap tindakan pemimpin DAP itu mempersoal sama ada protes umat Islam terhadap filem terbabit membuang masa dan tenaga menerusi laman Twitternya, minggu lepas.

Antara NGO yang terlibat ialah Pertubuhan Dakwah dan Islamiah Malaysia (Pekida), Persatuan Al-Ehsan, Persatuan Melayu Tanjung, Pertiga dan beberapa NGO lagi.

Namun sekiranya desakan menggunakan suara tidak mampu untuk mengubah keadaan itu, apakah umat Islam hanya harus berdiam diri atau membiarkan isu itu berlalu pergi sehingga ia akan melahirkan lebih ramai lagi si kafir DAP yang biadap dan kurang ajar itu.

Apabila umat Islam sering bertolak ansur, si kafir DAP semakin besar kepala seolah-olah umat Islam adalah umat yang bacul tidak mampu untuk bertindak keatas mereka, selepas umat Islam sedikit reda apabila Ngeh memohon maaf  yang bersifat acuh tidak acuh, sekali lagi beliau membangkitkan mengenai pemimpin Umno yang mempertahankan Islam daripada dihina sebagai 'low standard'. Apa tujuannya yang sebenar ?, wajarkah kita membiarkan hal ini terus berlaku atau kita memberikan kata dua samada DAP ingin bertindak keatas Ngeh  ataupun seluruh umat Islam akan mengambil tindakan kepada mereka.....Anda Mampu Mengubahnya...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.