Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyifatkan tindakan segelintir pihak memijak gambar pemimpin negara pada malam sambutan ambang merdeka di Kuala Lumpur Khamis lepas sebagai amat memalukan dan mendukacitakan.
Beliau berkata tindakan itu langsung tidak mencermin serta melambangkan sikap masyarakat yang bertamadun saling hormat menghormati diantara satu sama lain.
"Kerja ini bukan kerja orang Melayu dan orang Islam. Orang Islam pun tidak, orang Melayu pun tidak.
"Ini sangat mendukacitakan dan memalukan, gambar yang saya tengok itu bukan Melayu (yang melakukannya).
"Kita orang Islam diajar jangan buat kepada orang lain. Kalau orang lain buat kepada kita, (maka) kita akan marah,"
Beliau berkata tindakan itu langsung tidak mencermin serta melambangkan sikap masyarakat yang bertamadun saling hormat menghormati diantara satu sama lain.
"Kerja ini bukan kerja orang Melayu dan orang Islam. Orang Islam pun tidak, orang Melayu pun tidak.
"Ini sangat mendukacitakan dan memalukan, gambar yang saya tengok itu bukan Melayu (yang melakukannya).
"Kita orang Islam diajar jangan buat kepada orang lain. Kalau orang lain buat kepada kita, (maka) kita akan marah,"
Beliau mengulas tindakan biadab sebilangan peserta Perhimpunan Janji Bersih yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada malam sambutan itu di Dataran Merdeka.
Nik Aziz juga tidak bersetuju dengan tindakan peserta perhimpunan itu yang dikatakan menukar bendera Jalur Gemilang dengan bendera baru berwarna merah putih seakan-akan bendera Singapura.
Menurut laporan, parti pembangkang akan menggantikan Jalur Gemilang jika mereka berkuasa.
Nik Aziz berkata bukan perkara mudah untuk menukar bendera sesebuah negara kerana melibatkan pelbagai prosedur sebelum boleh ditukar.
"Nak ganti bukan senang, kena bincang bertahun, apa tujuan kita tukar bendera...bendera kita sudah diterima masyarakat dunia, tidak ada cacatnya," kata beliau.
- Alhamdulillah kalau Nik Aziz masih sedar, Anwar pula bagaimana ?, perlu pihak penganjur atau pembangkang memohon maaf pada YAB Perdana Menteri dan isterinya diatas kebiadapan yang telah dilakukan oleh penyokong fahaman mereka.
Pak serabai ni bila nak minta maaf ? bila usia rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari, bawa bertaubatlah wahai Pak Samad ketika mana masih ada lagi sekelumit hormat rakyat Malaysia kepada anda ? |
Mereka yang melakukan ini harus dihukum BERAT.
ReplyDeleteUndang-undang HARUS DAN MESTI DIPINDA bagi mengelakkan perbuatan merbahaya ini semakin menjadi-jadi.
Jika ada pun satu kelemahan oleh pemerintah yakni kerajaan ini..hanya satu kelemahan sahaja. SATU Saja yang ketara iaitu tidak lain dan tidak bukan ialah kerana terlalu berlembut dengan penjahat, dan pengkhianat serta Iblis yang mengaku warga negara.
Jijik dan menjijikkan perbuatan ini yang bakal dipersoalkan oleh majoriti rakyat yang setia kepada negara dan kasihkan pemimpin.
Mungkin mereka yang gila ini hanya mendapat upah seringgit dua dari "desperados" yang gila kuasa dan lahap untuk menjadi PM tetapi warga negara yang tidak bermaruah ini tidak harus diberi tempat di tengah-tengah ramai lagi warganegara yang berkorban nyawa bagi memelihara maruah negara dan kesejahteraan rakyat.
Pak Mus