Nik Aziz Sifatkan Filem Hina Nabi Berpunca Dari Umno Tolak Islam

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti biasa enggan mengulas apa sahaja kenyataan jika melibatkan pemimpin DAP, terbaru mengenai kenyataan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan perhimpunan membantah filem 'Innoncence of  Muslims', sebaliknya  Nik Aziz menyalahkan Umno dan Barisan Nasional berhubung isu meghina Nabi Muhammad SAW  menerusi filem  tersebut.

Menurut beliau, antara punca yang menyebabkan penghinaan itu berlaku disebabkan masyarakat Islam sendiri yang tidak meletakkan Islam sebagai asas pemerintahan.

“Orang Islam sendiri yang melakukan pengkhianatan terhadap agama Islam, kita seharusnya sedar dan tidak melakukannya sekiranya tidak mahu lagi Islam dihina,” katanya.

Ditanya adakah protes melalui demonstrasi itu perlu dilakukan masyarakat Islam, Nik Aziz berkata, pendekatan itu boleh dilakukan, namun ia bergantung kepada keadaan tertentu.

Pada masa sama Nik Aziz turut mempersoalkan media yang didakwanya hanya sibuk melaporkan kenyataan Karpal Singh menolak hudud, sedangkan katanya, Umno yang memerintah dan mempunyai kuasa untuk perlaksanaan hukum Hudud itu. 

"Hairan saya, akhbar sibuk melaporkan kenyataan Karpal Singh sedangkan yang berkuasa hari ini ialah UMNO, dan yang menghalang hudud ialah UMNO! Pada saya, jika perlembagaan bertentangan dengan hudud, perlembagaan itu sendiri perlu diubah.

Sementara itu Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, kenyataan dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengenai perhimpunan yang hendak diadakan Jumaat ini berhubung filem menghina Nabi Muhammad SAW, tidak sepatutnya dikeluarkan.

“Saya menasihati Pengerusi DAP Perak ini supaya tidak menyentuh lagi perkara yang berkaitan dengan agama Islam kerana boleh menyinggung perasaan umat Islam di negara ini, perkara yang menyentuh sensitiviti agama ini tidak harus dibangkitkan,” katanya ketika mengulas kecaman dan kritikan terhadap mesej Twitter dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Beruas itu. 

3 comments:

  1. Apa la nik ajis nie. Semua nak salah kan Umno. Takda idea yang logik ka yang boleh digunakan. Umno hanya wujud kat Malaysia ja, umno tak wujud kat Amerika. penghinaan islam dari luar negara.. sepatut nya nik ajis marah la DAP tu yang nampak sangat anti islam.. nie tak.. DAP tu la rakan perjuangan PAS untuk memecah belahkan umat islam di Malaysia. Nik Ajis tak sedarka.. siapa yang sebenarnya punca agama islam di hina kat Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Kenapa Hassan Ali pertahan Islam kena pecat dari Pas?

    ReplyDelete
  3. Saya rasa secara ikhlas Datuk Seri Nik Aziz lebih baik ikut jejak Tun Dr. Mahathir yang melepaskan jawatan secara terhormat. Kekadang pandangannya menjejaskan kredibilitinya sebagai orang yang dianggap tinggi Ilmunya.
    Menyalahkan UMNO menampakkan dendam kesumatnya yang tak pernah padam. Orang yang suka berdendam pada hemat saya tak layak jd pemimpin.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.