Paria Hina Islam Dibebaskan, Dr Zakir Dakwah Islam Dihalang - Itukah Kebebasan ?

Sedikit masa lagi jangan pula umat Islam terkejut jika ada kumpulan tertentu yang membantah atau anti Al-Quran dengan dakwaan bahawa Al-Quran menghina agama mereka dan sangat tidak sesuai bagi sebuah negara yang mengamalkan kebebasan dalam beragama. Itulah yang bakal terjadi nanti bila yang batil berusaha untuk mengatasi yang hak, hujah ilmiah mengenai kebenaran dan perbandingan diantara agama tidak boleh lagi diterima, mereka rasakan mereka yang benar, kita pula merasakan kita yang benar, tetapi benar itu mestilah ada hujah, dalil dan buktinya, jika gagal memberi dalil dan bukti usah pula menghalang orang lain dari menyatakan kebenarannya.

Tidak timbul soal menghina, bukankah membantah tokoh Islam berdakwah juga merupakan penghinaan terhadap Islam ? pendakwah Islam yang dibantah ini bukan penghina agama seperti paria Gopinath, mereka ada hujah sebagaimana yang dijelaskan didalam Al-Quran, bukan mereka menghina mengguna dalil dongeng yang tidak ada asasnya. Sebelum mereka menjelaskan apa yang didakwa sebagai menghina itu mereka memohon maaf terlebih dahulu, kebenaran wajib disampaikan walau ia pahit untuk ditelan. Tapi bila ilmu 'belit' digunakan untuk memenuhi segala impian tanpa menghormati hak orang lain yang lebih berhak, maka beginilah yang terjadi.

Diatas kelemahan kita umat Islam sendiri, walalaupun secara halus, namun sedikit demi sedikit percubaan untuk menafikan hak kepunyaan kita senantiasa berlaku diatas nama kebebasan, mereka hanya nampak kebebasan yang menguntungkan mereka tanpa mengambil peduli hak kebebasan orang lain, atas nama hak kebebasan juga mereka sengaja mentafsir sesuatu penjelasan itu sebagai penghinaan, seakan sudah tidak tahu membezakan diantara soalan dan jawapan, lelaki dan perempuan, depan dan belakang, semuanya disamakan dan disamaratakan tanpa had dan batas.

Kita mesti tahu membezakan diantara sudu dan kuah, begitu juga penghinaan dan penjelasan, sebagai contohnya tindakan mereka yang membantah kehadiran Tokoh terkemuka Islam Dr Zakir Naik untuk  berdakwah di Malaysia, adakah wajar tokoh Islam dibantah berdakwah di negara Islam oleh orang bukan Islam ? Dakwah itu berlangsung di Majlis Agama ISLAM bukan majlis agama BUKAN Islam, kebebasan sepatutnya bukan dengan membantah tetapi perlu dengan berhujah, jika ada perkara yang tidak puas hati dengan Islam, atau nampak kekurangan Islam, hadirlah untuk melontarkan pandangan itu, dan Islam tidak nampak ia sebagai penghinaan sebagaimana pertanyaan orang Kristian seperti rakaman video dibawah.

 
Seperti juga yang berlaku dalam hal yang boleh disifatkan sebagai hal 'budak-budakan' yang dilampirkan pada print screen dibawah, 10 patah dibalas dengan 100 patah, tapi kenapa Melayu itu membangkitkan hal demikian ? Kalau tahu jaga hal masing-masing dan sedar diri perkara seperti ini takkan berlaku. Tapi lihatlah ketuanannya mengatasi segala-gala. Bagaimanapun Melayu masih tetap punyai adabnya dan mengakui kesilapan serta memohon maaf dari apa yang dikatakannya bukan dengan tidak mengaku dan mendakwa 'ada orang hack FB dia.'
Politik puji 'A' hentam 'B' terlalu biasa, tapi hakikatnya..
Melihat kepada caci maki diatas mungkin kita tertanya-tanya mengenai sialan yang dilaporkan menghina agama Islam beberapa hari yang lalu, sebelum ini akhbar melaporkan pihak polis telah menahan Gopinath di rumahnya di Taman Klang Jaya bagi membantu siasatan, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata suspek ditahan pukul 11 semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang. Bagaimanapun sumber yang lain mendakwa Peguam Negara telah menutup kes tersebut kerana sialan itu telah memohon maaf , selanjutnya baca diSINI
Cuma apa yang diharapkan adalah supaya seluruh umat Islam bersatu dan sedar akan sebahagian dari hakikat ini, jangan terlalu lemah dan bersabar, adakalanya kita perlu bangkit dan tegas, bagi pakar dakwah berdakwalah jangan jadi hipokrit yang merosakkan agama dan negara, jangan kerana undi kita sanggup menggadai body, ketahuilah kebebasan yang akan memusnahkan umat Islam sedang mara mengalir dan menghampiri kita yang sedang terleka. Anda Mampu Mengubahnya.

2 comments:

  1. Sgt kecewa dgn 'ulamak2 donia' yg bermuka2 kt Malaysia ni. Bila berckp depan org Islam lain punyalah angkuh, seolah2 dia je yg sgt Islam, ustaz2 lain semua lemah belaka. Tp bila dpn kapir harbi, tunduk melutut. Bila kapir2 tu kata buang masa membela Nabi... ulamak donia ni senyap seribu bahasa. Bila anwar kata org sakit jiwa je yg berdemo pertahankan maruah nabi, jgn kan jeling, nak angkat muka pun ulamak2 ni takut.

    ReplyDelete
  2. Kalau ingin berdakwah mengenai Islam, bercakaplan mengenai Islam sahaja.Sebagaimana kamu tak nak orang lain mencampuri hal agama kamu, kamu pun jangan masuk mencampuri hal agama orang lain, selesai masalah.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.