Terbongkarnya Agen Yahudi Di Malaysia Dr Muzaffar Minta Rakyat Sedar

Malaysia berada pada kedudukan bahaya jika menjadi negara sasaran yang keseterusnya oleh Yahudi dengan menggunakan agen-agen mereka dinegara ini, penyertaan Yahudi dalam media berpengaruh Mkini Dotcom didedahkan apabila Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pinjaman Media (MDLF), Harlan M. Mandel yang dikaitkan dengan George Soros  juga merupakan salah seorang daripada pengarah Mkini.com

Presiden Gerakan Keadilan Sedunia (JUST) Dr Chandra Muzaffar turut menyatakan adalah tidak munasabah membenarkan warga asing memegang apa-apa kedudukan strategik dalam saluran media berpengaruh.

Beliau mengulas laporan The Star mengenai Mandel yang telah dilantik pada Julai tahun lepas sebagai salah seorang daripada tiga pengarah Mkini, yang mengendalikan portal berita dalam talian Malaysiakini.

"Ini adalah pendedahan yang sangat penting," kata Dr Chandra.

Beliau berkata media mempunyai potensi untuk membentuk pandangan rakyat, sikap, pilihan dan keutamaan dalam politik.

"orang asing tidak boleh mempunyai perniagaan yang membentuk pemikiran masyarakat Malaysia," katanya, sambil menambah bahawa perubahan harus diilhamkan oleh penduduk tempatan dan tidak harus dihasut oleh warga asing yang mempunyai kepentingannya.

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu sedar dan faham tentang Soros mempunyai kaitan dengan badan-badan seperti National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) yang mempunyai rekod tertentu di seluruh dunia.

Soros mempunyai reputasi yang buruk dalam banyak bahagian di seluruh dunia kerana memanipulasi dan menggerak kewangan global, kata Dr Chandra, sambil menambah bahawa beliau juga dikaitkan dengan krisis kewangan di Asia Tenggara, Rusia, Amerika Latin dan Britain.

"Ia adalah sangat naif untuk percaya bahawa mereka benar-benar mengambil berat tentang kebebasan dan demokrasi," katanya.

"Saya amat terkejut bahawa individu dari Suaram dan PKR, yang mendakwa diri sebagai sosialis, berselindung dengan 'pakaian' yang dikaitkan dengan Soros, yang selama ini dilihat sebagai kapitalis tidak bertanggungjawab," katanya. 
Dr Chandra berkata, beliau difahamkan mereka yang terbabit dengan kegiatan Soros telah aktif di Malaysia sejak 10 tahun yang lalu, sambil menambah mereka juga dikaitkan dengan agenda AS di Asia Tenggara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.