Suspek Main Nak Jaga Tak Nak Berjaya Ditahan Polis

PETALING JAYA – Seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi yang ditemui mati di Blok 1, Desa Mentari kelmarin ditahan reman sehingga 23 September ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, wanita berusia 21 tahun itu ditahan dalam rumah di situ dan dipercayai baru melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat itu.


Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang tinggal bersama keluarganya.

“Siasatan awal mendapati suspek belum berkahwin dan keluarga tidak mengetahui mengenai kandungannya.

“Kita percaya bayi itu masih hidup sebelum dia dicampak dan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala,” katanya.

Suspek Berumur 21 Tahun Direman Kes Campak Bayi Dari Tingkat 3Beliau berkata, bayi yang masih bertali pusat itu dicampak dari tingkat tiga melalui bahagian dapur rumah suspek.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, seorang penduduk terkejut apabila menemui mayat seorang bayi perempuan ketika sedang membaiki motosikal di kawasan tempat letak kereta pangsapuri terbabit.

Penduduk terbabit menyedari ada bunyi benda jatuh namun tidak menyangka ‘benda’ itu adalah bayi yang dicampak dari bangunan tempat tinggalnya.

Mayat bayi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan menjurus pelbagai aspek termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian. – SinarHarian

'Pesan untuk diri sendiri, jagalah nafsu, kalau dah tak tahan sangat dan terlanjur serta mengandung seterusnya melahirkan bayi, jangan perlakukan bayi itu  sebagaimana haiwan pun tak sanggup untuk lakukannya, paling zalim pun tinggal lah bayi tersebut ditempat yang selamat dan senang untuk ditemui...sadis melayuku !!! '

3 comments:

  1. berjubor pandai bila dah beranak main buang mcm tu jer.....sedih melayu zaman skrg

    ReplyDelete
  2. Tukang Karut9/18/2012 6:23 PM

    Itu semua SALAH PAS kerana tak ajar Islam dgn betul.

    ReplyDelete
  3. tukang karut: jaga bahasa anda.. jangan nak salahkan mana2 pihak.. sesungguhnya, setiap individu masing-masing di berikan akal & fikiran dari Allah S.W.T
    Semua orang patut berlumba-lumba ke jalan Allah..
    Nauzubilah...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.