JOHOR BAHRU - Mengulas mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa
masalah yang timbul dalam Barisan Nasional (BN) pada ketika ini adalah terlalu ramai pemimpin yang menganggap diri masing-masing sebagai calon terbaik.
"Apabila tidak dipilih sebagai calon, timbul pula situasi di mana golongan berkenaan bertindak tidak memberi sokongan kepada calon dipilih daripada meraih kemenangan.
"Apabila tidak dipilih sebagai calon, timbul pula situasi di mana golongan berkenaan bertindak tidak memberi sokongan kepada calon dipilih daripada meraih kemenangan.
"Satu lagi perkara yang menghalang BN daripada menang majoriti dua pertiga secara dengan mudah adalah tindakan pembangkang yang menyemai perasaan benci dan mempengaruhi pemikiran rakyat agar melupakan perkara-perkara baik yang sudah dilakukan kerajaan.
“Harus diingat bahawa tiada pemimpin yang sempurna. Cuma rakyat perlu menilai baik dan buruk dan segalanya bergantung kepada kebijaksanaan mereka untuk memilih. Jika mereka membuat pilihan dengan perasaan benci dan marah atau rasuah saya fikir mereka tidak akan mendapat pemimpin yang baik,” katanya.
Pada masa sama Tun Mahathir turut mengingatkan pada pemimpin yang sudah lama memegang apa-apa jawatan supaya berundur sebelum semakin ramai orang menjadi bosan.
“Pemimpin jangan lama sangat mentadbir kerana nanti orang bosan. Kita
mesti tahu baca pemikiran orang dan sedar bila harus berundur." katanya.
Tanpa menjelaskan tempoh tertentu yang sesuai untuk seorang pemimpin menyandang jawatan, beliau berkata, lebih baik jika pemimpin itu sendiri sedar masa yang sesuai untuknya berundur.
“Bagaimanapun, keadaan pastinya menjadi tidak baik jika masa yang diberikan kepada seorang pemimpin adalah terlalu pendek sehingga tidak dapat melaksanakan apa-apa. Jika masa adalah singkat, perdana menteri tidak mempunyai masa untuk mempelajari perihal tugasnya dan untuk merumuskan beberapa dasar untuk dilaksanakan.
“Rakyat perlu memberi masa kepada pemimpin kecuali pemimpin ini mempunyai sikap buruk, mengisi poket sendiri atau memberi keutamaan kepada keluarga beliau. Jika tidak, maka benarkan dia untuk memimpin sekurang-kurangnya satu penggal,” katanya ketika sidang akhbar majlis Diskusi Kepimpinan Perdana Mahasiswa UTM bersamanya di Dewan Sultan Iskandar UTM di sini, hari ini.
Tambah Tun Mahathir, seseorang pemimpin itu juga mesti sedia untuk ditegur dan dicabar oleh mana-mana pihak sekiranya perjuangan untuk membangunkan rakyat serta negara lari daripada landasan asal.
“Saya fikir pemimpin harus terbuka kepada sebarang teguran atau malah cabaran. Pada masa saya (sebagai Perdana Menteri), saya menerima cabaran dari Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam di samping terdapat juga pihak yang marah dengan saya.
“Selain itu, kita perlu untuk menegur mereka (pemimpin) bila ada peluang untuk berbuat sedemikian, tetapi tidak dalam cara marah atau penghinaan. Jika mereka sentiasa disanjung, mereka akan terus fikir apa yang mereka buat sentiasa betul,” katanya.
Aku amat tidak faham kenapa depa ni berebut sangat nak jadi calun. Nak kata gaji besat sangat, aku rasa buka gerai tomyam boleh jadi lebih besar pendapatannya...
ReplyDelete