“Kenyataan bahawa manifesto bukan janji memang merupakan cara pakatan pembangkang untuk memperdayakan rakyat dan mereka hanya akan berjalan-jalan, bercakap-cakap, bawa fitnah tetapi tidak akan menunaikan apa yang mereka katakan atau mereka janjikan”, ujar Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Namun beliau yakin apabila rakyat sedar dan mula mengambil tindakan maka pembangkang akan membuat kerja muda dengan menuding jari menyalahkan UMNO, Barisan Nasional (BN).
“Macam mereka ambil kawan-kawan dari UMNO dulu, yang barangkali kecewa… ketika mereka dalam UMNO dulu, mereka ini jahat, busuk dan macam-macamlah tetapi apabila dah berpihak kepada mereka (pembangkang) akan kata mereka (bekas-bekas pemimpin UMNO yang menyokong pembangkang sekarang) baik, harum, wangi dan sebagainya,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas kemelut politik Selangor dan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim baru-baru ini bahawa manifesto PRU12 bukanlah satu perjanjian.
Tegas beliau lagi, inilah kerja pembangkang dan beliau berkeyakinan bahawa rakyat mula sedar dan kerana itulah rakyat mengambil tindakan dengan kembali dan datang untuk bertemu dengan kepimpinan BN untuk mendapatkan bantuan walaupun mereka tahu BN bukan kerajaan negeri.
“Ini menunjukkan rakyat sudah mula bosan dengan apa yang mereka sebutkan dan UMNO serta BN tidak langsung terlibat dalam apa yang dilakukan oleh rakyat untuk menghukum mereka,” ujarnya lagi mengulas tindakan segelintir rakyat Selangor khususnya tindakan penghuni-penghuni apartmen dan flat di Selangor mengambil tindakan menyaman kerajaan negeri dalam mendapatkan semula hak air percuma seperti yang dijanjikan pakatan pembangkang pada PRU12 yang lalu.
Sambil menyatakan tindakan rakyat itu sesuatu yang positif kepada BN, beliau seterusnya percaya gelombang kesedaran rakyat semakin besar dan sudah pasti rakyat yang kecewa ini akan menghukum pembangkang pada pilihanraya umum akan datang. -MediaUMNO

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.