Video - Mahfuz Bertumbuk Ketika Kekecohan Ceramah Anwar Di Masjid

Perancangan Anwar Ibrahim untuk merampas Putrajaya seharusnya tidak dipandang ringan oleh kerajaan dengan tindakan-tindakan provokasi yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang itu sejak mutakhir ini, Anwar dilihat lebih menggunakan strategi menaikkan semangat kebangkitan rakyat diatas ehsan hasil dari provokasi yang sengaja dilakukannya.

Cara jahat Anwar untuk ke Putrajaya itu bakal mencetuskan ketegangan didalam negara , media-media mereka akan memainkan peranan penting untuk mencipta satu situasi yang boleh membakar semangat rakyat, dan jika diperhatikan sekarang ini pun sudah ada beberapa media yang telah memulakannya, dengan menyiarkan tajuk dan penulisan yang semakin berat sebelah.

Kerakusan Anwar semakin menyerlah, dan misi jelajahnya itu akan mencetuskan beberapa lagi aksi panas seperti rakaman video dibawah, seolah-olah Anwar seperti ingin mencari satu titik keadaan yang sesuai dimana situasi yang akan berpihak kepada beliau untuk dicetuskan satu suasana sepertimana yang berlaku di timur tengah.

Keadaan huru-hara seperti negara-negara di timur tengah sedikitpun tidak mustahil untuk berlaku di Malaysia jika kerajaan tidak punyai ketegasan dalam menanganinya, rakyat terutamanya generasi muda akan cepat terpengaruh dengan provokasi jahat yang dicetuskan oleh mereka sebelum lahirnya rasa kasihan kononnya dengan kezaliman yang terpaksa ditanggung oleh puak pembangkang. Anda Mampu Mengubahnya...

4 comments:

  1. Pakcu Rantau Panjang9/03/2012 11:03 AM

    Ni lah kerja puak-puak parti politik...jaja sana-jaja sini sampai dalam masjid pun mau bertumbuk. Tu sama-sama geng politik. Apa lagi jika cara yang sama semasa ceramah diperluaskan kepada orang kampung maka tentu sekali satu kampung akan bergaduh.....apa lagi satu negara...pasti dalam ketegangan.....

    Seharusnya kepala politik seperti ini perlu di pantau dan diambil tindakan segera...jika keterlaluan

    ReplyDelete
  2. Nagara hancur jika Nuar perintah negara. Yang penting baginya ialah kehendaknya bukan kehendak rakyat.

    ReplyDelete
  3. SEJARAH KEJAHATAN DAN HURU HARA DALAM NEGARA INI DIMULAKAN OLEH PAKATAN PEROSAK MASA DEPAN RAKYAT.

    ReplyDelete
  4. Dunia akhir zaman...munafik yg dilaknat Allah SWT menganggap dirinya anugerah Tuhan walaupun kemunafikannya semakin terserlah.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.