Abby Abadi: 20 Hingga 30 Rakan Artis Tak Solat, Hanya Abby Jer Yang Bersolat - Video

Abby Abadi dalam ceramahnya September lalu dilihat semakin teruja dengan PAS, keterujaan beliau kepada PAS bukan sahaja zahirnya ia mengutuk Umno, malah rakan-rakan artis yang lain juga tidak terkecuali, dan disitu tampak jelas perbezaan diantara PAS dan Islam, Islam takkan menghasilkan insan yang banggakan diri dengan mengaibkan orang lain, kerja-kerja banggakan diri dan aibkan orang ini hanyalah kerja-kerja yang ditarbiahkan oleh PAS kepada penyokongnya.

Melihat Abby Abadi maka terbayangkan Muhdalena wanita amuk yang mengalami masalah mental, namun tidaklah pasti samada Abby juga mengalami masalah yang sama, keberangkalian itu ada dengan sindrom yang diperlihatkan oleh beliau itu, walaupun pernah ditegur oleh sifunya Azhar Idrus supaya tidak mengutuk rakan-rakan artis yang lain, tetapi hal itu masih tidak berubah.

Apabila Abby mengatakan dalam dunia seninya nak bersolat pun rasa malu-malu dan terpaksa bersolat didalam bilik, gambaran umum akan membayangkan bahawa kesemua artis itu adalah buruk sebagaimana yang diperkatakan oleh Abby, apakah kata-katanya itu mampu untuk menarik rakan-rakannya pada jalan yang lebih baik ? Kalaulah Abby benar-benar ikhlas bukan macam tu cara yang diajar oleh Islam, itu cara PAS, cara yang hanya nak memburukkan orang dan akan menjauhkan orang dengan Islam.

Dalam 20-30 orang artis pada sesuatu masa, Abby memberitahu hanya beliau seorang sahaja yang bersolat, rupanya artis kat Malaysia ni semuanya jahat-jahat lah ya..Kesian...

"Boleh tak berhenti sekejap saya nak sembahyang, saya beritahu pada 20 - 30 kawan-kawan artis yang beragama Islam, jadi dia pun berhenti, dan seorang tu saya malaslah nak sebut nama siapa, yang lelaki tu, tapi dia dajal dengan saya sebelum ini, dia kata 'ok kita kena berhenti sekejap Abby nak sembahyang', laaa.. Abby jer". kata Abby. Rujuk pada rakaman video dibawah. Anda Mampu Mengubahnya.

14 comments:

  1. Elok sangat lah perangai ko tu Abby? Janganlah mengaibkan kawan2 sendiri.... Janganlah nilai orang lain, Nilaikan diri kita dulu....

    ReplyDelete
  2. klo mcm ni la perangai abby ni aku pcya mmg xde sape la yg nk amik dia blakon lg..abis di fitnahnye kwn2 artis yg lain..ape pnya org daa....

    ReplyDelete
  3. aku nak nasihat jgk kat abby,kalau nak brsolat,solat ajelah,klau nak ajak sekali org lain brsolat ajaklah dgn baik tapi klau dia tak nak itu hak dia ,kita tak boleh lagi nak paksa,skurang2nya tanggungjwb kita menasihati dah selesai,tapi jangan pulak kita nak tunjuk2 kita bersolat dan alim,aku rasa abby pun sejak akhir2 ni baru nak brcerta pasal amal ibadat,kita ni klau nak buat sesuatu buat dgn keilkhlasan,Allah hanya terima amal yg dibuat dgn keilkhlasan hati semata2 kerana Dia ,bkn nak tunjuk2 dan mengata2 kpd org lain yg kita lebih alim dan baik,kita pun kena ada org lain yg lebih alim dan baik tapi tak pernah tunjuk pun kebaikannya malah disoroknya takut difitnah.Lagi satu buat Abby,kalau banyak sangat brcakap dan brceramah yang bukan2,makin bertambah byk dosa,sbb itu org alim tak byk brcakap yg bukan2 sbb takut dosa kerana banyaknya bercakap,mgkin dlm byk brcakap itu adayg tak baik dan fitnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu kita check2 betol npk aby x salah ckp. Dia x de nk nunjuk2. Cuma citer je. Bab solat tu tu pon dia mintak diri, cuma yg dia muskil knp yg lain x ikut sama dan mamat yg disebut by aby tu ckp "kita stop kejap sbb aby nk sembahyang". Patut mamat tu ck "kita stop sembahyang dulu". Bukan aby ckp dia sorang je yg sembahyang.

      Delete
  4. 'kalau die xnak, itu hak dia, kita x boleh paksa'',,, kepale hotak kau.. bile plak x solat itu satu HAK... bodo sape tulih.. ni je care ckp utk org yg bodo bertingkat aka jahil murakkab

    ReplyDelete
  5. Kau ni lorat giler hati busuk laanomymous

    ReplyDelete
  6. solat peluk menunjuk2 ker..sila rujuk balik...

    ReplyDelete
  7. Ibadat kalau campur perasaan riak, Allah tak terima...kenapa hal beribadat nak menunjuk-nunjuk? Itukan antara kamu dgn Allah? Abby, mulut tu jangan lancang sangat, kelak makan diri....you better watch out!

    ReplyDelete
  8. kalau laaa macam nie perangai muslimin and muslimat, yang bakal muslim pun akan lari jauh

    ReplyDelete
  9. sebagai manusia yang beradab, boleh tak kiter hormat sesama manusia tanpa menghina and sengaja putar belit fakta. malu ler baca sesetengah blog nie bersama ahli keluarga, bahasa macam babarian jer,

    ReplyDelete
  10. Haiiiiii. Nak solat pun nak kecoh kat 1 dunia. Biarlah berbuat sesuatu itu krn allah bukan untuk menunjuk nunjuk kat org. Bertaubat la.

    ReplyDelete
  11. kata giat berdakwah tp mengaibkan org lain.....itu bukan sifat islam.

    ReplyDelete
  12. Abby, adi 6 sense tu sembahyang belakang pentas, taksibuk hal orang pun.. riaklah kamu

    ReplyDelete
  13. abby sedang mabuk....bekas yang abby sediakan terlalu kecil..tetapi air yang datang melimpah ruah..so...bekas n abby terbalik dan karam lah..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.