Abby & Memey Akrab Dan Semakin Bahagia

Selalu kita mendengar cerita kurang enak mengenai diri pelakon wanita, Abby Abadi selepas dia berhijrah dan menjadi ahli dalam salah satu parti pembangkang.

Tapi, usahlah kita membicarakan hak dan kehidupan Abby kerana itu keputusan dirinya.

Sebelum ini, umum mengetahui hubungan Abby dan isteri kepada bekas suaminya, Memey Suhaiza tidak berapa baik ekoran beberapa kes yang pernah terjadi beberapa tahun lepas.

Namun, bulan Ramadhan yang lalu telah menunjukkan kuasa Tuhan apabila Abby dan Memey akhirnya berbaik semula.

Terkini, mereka berdua dikhabarkan semakin bahagia dengan kehidupan masing-masing dan sering bercuti bersama-sama.

Memey dan Norman dikhabarkan telah menghabiskan masa bersama di Genting Highlands bersama-sama Abby dan anak-anaknya.

“Selepas pertemuan pada ramadan yang lalu, hubungan kami bertambah akrab dan kami juga selalu berhubung. Insya Allah kalau tiada aral melintang saya dan Abby akan bercuti ke Beijing pula dalam masa terdekat ini.

“Boleh dikatakan sekarang ini kami berkawan baik sebab memang kami sering berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak-anak. Hujung minggu lalu pun kami ada bercuti ke Genting Highlands,” kata Memey.


Memey juga meluahkan rasa syukur kerana Allah S.W.T telah memberikan kurniaan nikmat kebahagian selepas mereka berbaik.

“Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku sekarang dan tak sangka Allah memberikan kurniaan sebegini buat kami berdua, Alhamdulillah,” kata Memey yang dipetik dari Murai.com.

Dalam pada itu, bekas suami Abby, Norman Hakim menerima hubungan baik yang terjalin antara Abby dan Memey sebagai perkara yang positif.

Norman bagaimanapun sedia menerima sebarang risiko yang akan timbul di kemudian hari.

“Saya kena faham situasi yang berlaku di mana anak-anak saya juga merupakan anak kepada Abby.

Cuma sekarang isteri saya dan bekas isteri saya mempunyai hubungan baik sesama mereka. Jadi sebagai suami dan bapa, ianya adalah perkara yang positif.

“Untuk diri sendiri pula, saya akan terima sebarang risiko daripada hal yang berlaku sekarang. Memang ada yang akan bercakap mengenai hal ini (Memey dan Abby sudah berbaik) dan saya bersedia untuk sebarang kemungkinan.

”Cuba untuk kuatkan iman, berpikiran terbuka dan faham bahawa Islam itu bersifat syumul (sempurna dan menyeluruh), Insy aAllah kita sentiasa dipeliharaNya,” kata Norman.

Semoga, hubungan baik antara mereka semua sentiasa dalam keadaan elok dan dilimpahi rahmat kebahagian selamanya. Amin.

Syukur! - Mynewshub.
Syukur! Memey & Abby Semakin Bahagia
 
 
 



        

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.