Hina Nasha Gigi Terbonjol, Persoal Kalau Negara Islam Macammana Negara Nak Sembahyang ?

Terkejut melihat satu artikel blog pro pembangkang yang mengeluarkan artikel sebagaimana yang dilampirkan diatas, penulis blog berkenaan bukan sembarangan, namun Gk terkejut melihat keintelektualan yang ditunjukkan apabila ejekan yang bersifat menghina anggota tubuh pemimpin atau cipataan Allah Taala dengan merujuk kepada 'gigi' mantan Timb Presiden Pas yang didakwanya nampak terbonjol.

Apakah itu politik baru yang lebih intelek untuk ditampilkan kepada seluruh rakyat negara ini ? Apabila kita tidak sependapat diatas sikap, cara atau dasar seseorang pemimpin adakah wajar untuk kita menghina sifat anggota tubuhnya yang dianugerahkan secara semulajadi itu. Dimana kematangan  berpolitik  yang sering dilaung-laungkan pembangkang.

Adapun menghina atau menyerang sikap pemimpin yang angkuh, bodoh sombong, mengamalkan rasuah dsbnya itu agak berbeza dengan menghina sifatnya, kerana sikap itu bukanlah semulajadi sebaliknya disebabkan 'perangai hudoh' seseorang individu itu.

Bagaimanapun Gk sekadar untuk menyedarkan mereka yang terlebih intelek dalam membicarakan isu-isu politik supaya tidak terlanjur intelek itu dengan menghina ciptaan Tuhan yang semulajadi.

Begitu juga dengan 'negara Islam' biarpun pada bahasanya negara Islam diakui oleh Presiden Pas sendiri ianya tidak terdapat atau disebut didalam Al-Quran, tetapi dalam konteks negara kita umum memahami secara ringkasnya bahawa 'negara Islam' itu adalah sebuah negara yang mengamalkan cara-cara Islam .

Sangat keterlaluan jika mempersoalkan kalau negara Islam macammana negara nak sembahyang dan nak disunatkan,  'negara Islam' dan 'negara beragama Islam' adalah dua kata dan maksud yang berbeza, kalau tanya Nik Aziz sekalipun mengenai Kota Bharu Bandaraya Islam dan bagaimana bandaraya itu sembahyang atau disunatkan pasti Nik Aziz akan jawab 'Celaka, Celaka,  Celaka. Kerana sebodoh manapun manusia itu dia akan faham maksud 'Bandaraya Islam itu' tidak bermaksud bandaraya itu yang menganut agama Islam.

Perkara-perkara yang membabitkan agama tidak boleh sama sekali untuk dipersenda main, banyak lagi benda yang boleh nak main, yang agama tak bagi main jangan nak main, kalau agama bagi main depan tak bagi main belakang wajib kena ikutlah, Anda Mampu Mengubahnya.

lampiran print screen diatas ditulis oleh blogger  top10  pro pembangkang yang juga penulis di portal Malaysiakini.

3 comments:

  1. Eh pelik kenapa penyokong PAS mempersendakan negara Islam, yang menjadi halatuju perjuangan PAS sendiri.

    Mamat blogger tu parti mana, agama apa? Habis tu negara Islam Rasulullah tu bukan negara islam la sebab "nak sunatkan kat mana?"

    ReplyDelete
  2. blogger tu dh masuk kapir ke? gelakkan negara Islam memang kerja org kapir... jaga2, mati sok jgn nyesal pulak perbuatan ko masa kt dunia...

    ReplyDelete
  3. kurang ajar!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.