Jenayah Di Kelantan Kronik, Lagi Polis Cedera Parah Di Tembak Penjenayah

KOTA BHARU- Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal cedera parah, selepas ditembak penjenayah dengan beberapa das tembakan di bahagian dada, dalam kejadian di hadapan Balai Polis Paloh 2, Gua Musang, di sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mohd Shamsul Anuar Mohd Adnan, 27, bersama beberapa anggota dari balai berkenaan menyertai operasi sekatakan jalan raya di hadapan balai terbabit, setelah mendapat maklumat berkenaan kejadian samun di bandar Gua Musang.

Dipercayai semasa kejadian mangsa yang bertindak nekad memberkas dua suspek di dalam dua kereta berasingan iaitu kereta jenis Honda dan BMW ditembak salah seorang suspek ketika mereka cuba melarikan diri dengan melakukan pusingan U.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dalaman dan kini ditempatkan di wad rawatan rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menjalani pembedahan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini pihak polis sudah mengepung sekitar kawasan Felda terbabit bagi mengesan suspek.

“Walau bagaimanapun, polis berjaya mendapatkan semula kedua-dua kenderaan itu namun suspek yang berada di dalam kereta itu berjaya meloloskan diri.

“Buat masa ini kita masih memburu suspek dan kita giat menjalankan siasatan bagi menangkap mereka yang terlibat,”katanya kepada pemberita pada sidang media di HRPZ II selepas menemui keluarga isteri mangsa, Maisarah di dewan menunggu.

Dalam perkembangan yang sama, Khalid berkata di atas keberanian Mohd Shamsul, beliau mengumumkan kenaikan pangkat serta-merta anggota terbabit ke peringkat yang lebih baik sebagai ganjaran terhadap tindakannya itu dalam membenteras jenayah.

- Itulah tugas anggota polis yang senantiasa dikeji oleh sebahagian daripada masyarakat, tugas yang kadangkalanya berakhir dengan maut demi mempertahankan negara dan memastikan seluruh masyarakat berada dalam keadaan aman sejahtera  jarang sekali kita dapat mendengar pembelaan keatas nasib yang menimpa mereka tidak sebagaimana pembelaan keatas penjenayah.

Pantang penjenayah ditembak polis pasti ada saja hero yang bangkit mempertahankan penjenayah, apapun dengan perkembangan jenayah yang semakin ketara di Kelantan, terutamanya jenayah yang membabitkan senjata api, kajian khusus perlu dibuat bagi mengenalpasti punca-puncanya dan  seterusnya menangani kes berkenaan sebelum ianya menjadi lebih parah.

Pada kebiasannya juga kes yang membabitkan senjata api ini melibatkan kes pengedaran dadah, kes pengedaran dadah pula berpunca dari permintaan dadah yang begitu tinggi dikalangan belia remaja dinegeri ini, kes penagihan belia yang begitu tinggi adalah berhubungkait dengan masalah kekurangan kerja, sekiranya peluang kerja itu banyak, kes peningkatan gejala penagihan dadah mungkin dapat dikurangkan.

Ini kerana belia remaja akan lebih fokus untuk bekerja tanpa pernah berfikir untuk menjadi penagih dadah, sebagai contoh, jika seseorang belia itu kerja dalam industri perkilangan misalnya, dan kilang berkenaan 24 jam beroperasi yang membolehkan belia bekerja lebih masa, belia akan lebih berfikir untuk menggunakan wang gaji yang diterima itu dengan membeli sesuatu yang berfaedah seperti kereta, dan komitmen yang ditanggung itu akan mengelakkan daripada mereka untuk mengambil dadah.

Bagaimanapun jika peluang kerja yang terhad, gaji yang diterima juga bersifat tengah  'serba salah', nak beli kereta pun tak cukup, nak simpan pun lambat juga akan jadi bukit, mereka akan lebih terdorong untuk membeli najis dadah. Dengan keadaan yang berlaku itu, kerajaan negeri khasnya Nik Aziz perlu mencari pendekatan dalam menangani kes berkenaan, sampai bila harus makan gaji buta ? Anda Mampu Mengubahnya.

Apabila penjenayah tertangkap, pihak polis seharusnya membuat sidang akhbar secara meluas menerusi media elektronik dan cetak bagi pengetahuan umum, ianya juga boleh menjadi pengajaran bahawa tidak pernah seorang pun penjenayah yang menembak polis terlepas untuk selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.