Lim Guan Eng Seru Kristian Bangkit Tuntut Hak

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, penganut Kristian tidak harus berdiam diri walaupun merasakan mereka "tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah". Sebaliknya mereka harus bangkit dalam menuntut hak dan keadilan kepada mereka.

Bercakap di hadapan 300 pemimpin gereja, Lim berkata, walaupun penganutnya bertanggungjawab di hadapan tuhan, penting untuk mereka menyuarakan "keadilan untuk semua" sebagaimana seruan yang diperjuangkan oleh  Pakatan Rakyat dalam menjamin hak sama rata bagi seluruh rakyat dinegara ini.

"Gereja boleh memainkan peranan (menentang ketidakadilan) untuk mewujudkan masyarakat yang lebih kuat," katanya dalam program dialog di negeri itu semalam.

Turut hadir exco negeri Abdul Malik Abdul Kassim, Wong Hon Wai dan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia, Pulau Pinang Bishop Emeritus Antony Selvanayagam.

Dalam sesi dua jam itu, Lim yang juga setiausaha agung DAP diminta berkongsi cabaran yang dihadapi dalam menangani isu-isu berkaitan gereja sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada daripada BN pada 2008.

Masing-masing tuntut hak masing-masing, jika hak tersebut bercanggah dengan hak orang lain dan keadilan yang dituntut itu mengzalimi orang lain, maka sekali lagi pergolakkan akan berlaku didalam negara ini diatas seruan pemimpin politik yang membakar semangat kaum yang akan menyebabkan segelintir kaum-kaum itu lupa untuk bersyukur, 

Oleh kerana lupa untuk bersyukur mereka akan membuat tuntutan-tuntutan yang bersifat lebih sudu dari kuah tanpa mengambil kira hak sediada kaum-kaum lain. Tuntutan yang mengancam hak sediada orang lain hanyalah akan membawa musibah yang sangat dasyat. Macammana kita merasakan ingin hak kita samalah juga dengan orang lain yang akan mempertahankan hak mereka. Namun jika saling bertolak ansur dan menghormati sebagaimana yang telah sediada ini,  maka selagi itulah keamanan akan sama-sama dikecapi. Anda mampu Mengubahnya.

1 comment:

  1. lim guang eng sebenarnya menyuruh orang Kristian menuntut hak menyebarkan agama kristian kpd orang Islam supaya orang Islam masuk kristian dan itu antara maksud sebenar kata2 Lin guang eng dan banyak lagi maksudnya untuk menghancur islam dan melayu dan banyak lagi. Melayu kena sedar skrg dan pas memang bodoh sekongkol dgn dap ini.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.