Mahu Bertanding Itu Hak Nik Aziz Tapi Nik Aziz Umpama Meludah Ke Langit

Alangkah elok dan manisnya jika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berfikir sejenak mengenangkan kembali bagaimana kata-katanya terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada satu ketika dahulu.

Pada dan saat Tun Dr Mahathir berada di tampuk jawatan tertinggi negara, pelbagai ungkapan dilontarkan, namun hari ini apa yang diungkapkan itu seolah-olah terpalit ke muka Nik Aziz sendiri, kata Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Dali Hussein.

Bagi beliau persoalan sama ada Nik Aziz bertanding atau tidak pada pilihan raya umum nanti bukanlah pokok persoalan utama, cumanya itulah yang ingin diungkapkan terhadap Mursyidul Am Pas itu.

“Nak bertanding atau tidak itu adalah hak Nik Aziz dan sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, semua boleh bertanding dan itu juga adalah hak Nik Aziz. Alasan parti mahukan beliau bertanding bukanlah persoalan utama.

“Cumanya kalau bolehlah Nik Aziz ingat bagaimana pada satu masa dahulu Tun Dr Mahathir menerima pelbagai cemuhan dan sebagainya kononnya terlalu lama memegang jawatan dan sebagainya. Alih-alih hari ini Nik Aziz pula yang berada di tempat dan situasi Tun Dr Mahathir. Bagi saya secara peribadi, terpulanglah kepada batang tubuh beliau sendiri,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membayangkan untubertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Menerusi temu bual eksklusif bersama portal berita AntaraPos.com, Menteri Besar Kelantan itu menyatakan sedemikian kerana ia disyorkan oleh parti.

Beliau turut menyatakan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka jika dikehendaki pucuk pimpinan parti.

Dali yang juga Ketua UMNO Pengkalan Chepa seterusnya menimbulkan perseoalan setelah 22 tahun menerajui negeri berkenaan, apakah tahap pencapaian yang boleh dibanggakan oleh Menteri Besar terbabit.

Katanya dengan masalah air yang sehingga kini belum lagi mencapai titik noktahnya lagi, apakah Nik Aziz masih lagi berminat untuk berada pada kedudukan berkenaan.

“Bukan hasrat kita untuk mencampuri urusan parti mereka cumanya ingin melontarkan apa yang dinyatakan di peringkat bawah hari ini. Bertanding atau tidak itu adalah hak beliau dan biarlah rakyat yang menentukan.

“Cumanya lagi satu persoalan yang timbul apakah Pas Kelantan tidak ada pemimpin pelapis yang boleh menggantikan beliau. Dengar katanya ramai yang berkebolehan dan berwibawa. Apa pun terserahlah kepada Nik Aziz untuk membuat keputusan,” katanya. -MediaUMNO

3 comments:

  1. org lain ludah keluar air lior dan kahak...tapi nik aziz ludah keluar taik dari molot dia..

    taik ciritt lak tuu....ekekek

    ReplyDelete
  2. Allah SWT tunjuk di dunia lagi org yg belawok..Dr Mahathir lbh mulia dr dia..

    ReplyDelete
  3. tak salah kat dia la...dah nyanyok mana nak ingat semua yg dia kata...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.