PAS: Doa Jadikan Isteri Kawan Sebagai Isteri Kita Halal

Salah ke kalau DAP minta doa supaya Malaysia ni jadi negara Kristian ? Itulah persoalan yang timbul selepas kenyataan mantan Timb Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa berhubung isu tersebut.

Rata-rata blog pembangkang hari ini memainkan isu ini, isunya simple jer, tapi sengaja diperpayahkan, ini bukan soal salah atau tidak, dan Nasharuddin dalam kenyataannya pun tidak menyebut bahawa doa DAP itu salah dan umat Islam harus bangkit buat demontrasi atau laporan polis dsbnya.

Beliau cuma mengajak umat Islam dinegara ini supaya sedar dan berhati-hati akan niat rakan baik Pas yaitu DAP yang sedang berusaha untuk menjadikan Malaysia ni sebuah negara Kristian, itu isunya, persoalannya kembali, apakah salah Nasharuddin untuk memperingatkan umat Islam supaya berhati-hati ?

DAP nak berdoa seribu kali sehari pun berdoalah apa masalahnya, tak der salah apa, Nik Aziz berdoa sampai pecah perut pun tak der apa, apatah lagi DAP.

Namun sebagai contoh, jika kita tahu orang berniat tidak baik kepada kita, atau kita tahu ada orang nak pukul kita, apakah kita nak buat 'dono' tanpa sedikitpun mengambil langkah berjaga-jaga ? Paling tidak pun kita mesti berhati-hati, stanby apa yang patut, takkan bengkak muka dulu baru nak bangkit, itu tak cerdik banyaklah maknanya.

Jika dipanjangkan sedikit lagi salah ke kalau seseorang tu berniat tidak baik pada kita atau berdoa cuba mengambil hak kita, contohnya yang lain berdoa untuk jadikan isteri kita sebagai isteri dia, semasa lalu dibelakang rumah kawan kita, kita dengar kawan kita sedang berdoa untuk jadikan isteri kita sebagai isterinya, sedangkan kita sudah ada ikatan yang sah dan dipersetujui oleh semua pihak akan perkahwinan kita itu.

So apa tindakan yang kita akan lakukan ? Nak 'katok pecoh palo ko' ? nak berhati-hati ke ? Nak bagi nasihat supaya jangan buat macam tu ke ? itu terpulang kepada tahap kesabaran dan keimanan masing-masing, tapi sebelum itu kita perlu tahu, wajarkah kawan baik kita itu berdoa untuk rampas isteri kita ? dan kawan yang sebegitu, kawan baik ke kawan syaitan. Anda Mampu Mengubahnya.

4 comments:

  1. Kemas,rngkas,padat,padu,tp gano bekeng ore kito ari ni tu..maroh molep napok tu

    ReplyDelete
  2. yg aku paling pedih skali bila tengok 1 gambar tu, pompuan pakai purdah bendera DAP. Aduss... banjingan betul parasit liberal dalam PAS. Pengikut jd mangsa.

    ReplyDelete
  3. Saya setuju pendapat di atas, seolah-olah kita ni dah tak dapat berfikir langsung! Alangkah manisnya jika orang perempuan tu menunjukkan akhlak yang baik. Orang-orang Islam itu perlu tunjukkan akhlak yang baik seperti akhlak Nabi S.A.W. Barulah orang nampak indahnya Islam!

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan tulisan di atas. Kite kena jadi orang cerdik. Dan orang yang cerdik dia akan mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah. (Al-Hujurat; 10) " Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." Jadi untuk selamat dari ancaman musuh agama , kite wajib bersatu dan bersepakat. Jika kite bersatu dan bersepakat kerana Allah, InsyaAllah, kite semua dan anak cucu cicit kite akan selamat.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.