Pas Selangor Dilihat Kesal Dengan Sikap 'Main Belakang' Pkr Berhubung Kabinet Bayangan

SHAH ALAM – Pkr seakan terikut-ikut dengan rentak Ketua Umumnya apabila pada program Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 Sabtu lalu, diumumkan seramai 20 pimpinan kanan Pkr dijangka akan mewarnai jemaah menteri jika berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi Pru akan datang. Pengumuman sebegitu seolah-olah bersifat 'main belakang' kerana langsung tidak ada perbincangan terlebih dahulu diantara parti-parti didalam komponennya.

Sikap pemimpin PKR yang membelakangkan Pas dan Dap dalam menentukan jemaah kabinet seandainya PR berjaya mentadbir itu menunjukkan sikap sebenar mereka yang tidak boleh dipercayai dan hanya mempergunakan Pas dan Dap sebagai batu loncatan untuk melempiaskan nafsu mereka.

Ekoran pengumuman itu Pkr dikritik hebat oleh rakan kongsinya Dap menerusi Tan Seng Giaw yang mendakwa Pkr hanya bermimpi disiang hari untuk mentadbir Putrajaya, kekecewaan Dap terhadap sikap pemimpin Pkr yang mementingkan diri sendiri itu amat ketara, dan kerana isu ini juga sekali lagi Pakatan Rakyat dilihat agak goyah dalam menyelesaikannya.

Sementara itu Pas Selangor juga mendakwa tidak pernah berbincang mengenai pemilihan calon pemimpin mereka yang bakal diangkat menganggotai jemaah menteri sekiranya berjaya menubuhkan kerajaan dan agak terkejut dengan pengumuman oleh pemimpin Pkr itu.

Bagaimanapun menurut Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman  berpendapat  kenyataan itu hanyalah bersifat peribadi semata-mata, dan ianya tidak perlu untuk dibincangkan pada masa sekarang kerana Pakatan Rakyat punyai misi yang lebih besar yaitu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

“Apa yang penting ialah sasaran kita (Pas) untuk menjatuhkan BN terlebih dahulu, barulah boleh bincang Kabinet bayangan. Dalam perjumpaan kita selama ini pun, tidak pernah bincang mengenai Kabinet bayangan.

“Kalau cakap sekarang (mengenai Kabinet bayangan), tidak boleh kerana kita ada rakan komponen parti lain (PKR dan DAP) yang perlu turut sama berbincang mengenai perkara ini,”

Dalam pada itu, beliau berpendapat, tiada keperluan untuk PR menggunakan satu simbol atau bendera untuk menjadi kerajaan atau pembangkang berwibawa seperti didakwa Najib ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional 2012 ke-41, kelmarin.

Menurutnya, walaupun selama ini PR tidak pernah menggunakan logo atau simbol sama, namun mereka dapat membuktikan bahawa ketiga-tiga komponen parti itu mampu menumpaskan BN dengan menawan empat negeri pada PRU 2008.

“Pada saya, lebih baik kita bergerak atas simbol masing-masing, tetapi kita tetap bersatu. Mungkin (penggunaan satu simbol) ini pernah dibincangkan, saya tidak berapa pasti, namun kita lebih selesa duduk di atas parti masing-masing.

“Tiada jaminan bahawa jika satu simbol atau logo dibuat, kita boleh kekal. Contohnya, walaupun BN guna satu simbol, tapi mereka tetap juga berlaga dan tidak bersatu hati," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.