Tak Minta Tapi Tanya Status, Petanda Awal Ketidakmampuan Lebuhraya Retorik

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan masih belum menerima permohonan rasmi daripada Kerajaan PAS Kelantan bagi Projek Lebuh Raya Rakyat dari Kota Bharu ke Kuala Krai.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor bagaimanapun berkata, beliau hanya dihubungi seorang exco kerajaan negeri itu bagi memaklumkan mengenai cadangan pembinaan lebuh raya tidak bertol berkenaan.

"Saya setuju kalau nak bincang atau minta bantuan teknikal. Tapi nak bina lebuh raya tidak bertol ini kalau tak silap saya akan menelan belanja sebanyak RM1.8 bilion," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 bagi Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Beliau mengulas pertanyaan yang dibangkitkan Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) yang ingin mengetahui mengenai status cadangan pembinaan lebuh raya yang menghubungkan antara Kota Bharu dan Kuala Krai.

Bagaimanapun Shaziman berkata, kerajaan Persekutuan akan memberi keutamaan kepada cadangan pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMk-11).

"Kerajaan Pusat akan laksanakan, cuma berperingkat-peringkat. Kalau nak bantuan teknikal atau kerjasama kita boleh bagi. Cuma saya tak yakin sangat boleh kutip derma.

"Kerajaan tak pernah batalkan projek naik taraf lebuh raya persekutuan Kota Bharu-Kuala Krai. Projek itu hanya ditangguhkan sementara untuk kerajaan menilai semula dan mencari alternatif lebih baik berbanding skop asal," katanya.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Lebuh Raya Rakyat tanpa tol dari Kota Bharu ke Kuala Krai.

Lebuh raya dua lorong sehala itu yang melibatkan kos kira-kira RM1.8 bilion dijangka siap dalam tempoh tiga tahun, dan kos bagi projek itu turut melibatkan kutipan sumbangan daripada orang ramai.

1 comment:

  1. Depa ni nak ikut lebuhraya Sprint di KL. Tak tahu ker nak buat lebuhraya kena bayar pampasan tanah pada penduduk, tambak tanah, tarah bukit, beli besi, tar, batu. Kena ada consultan buat kajian bukan dalam setahun boleh siap...mungkin harga cecah lebih RM1.8 bilion.Lepas dah siap kena ada maintenance, kalau tak de tol takkan nak kutip derma rakyat lagi kot?

    Patutlah Lajim Ukin beria-ria benar nak dilantik jadi Menteri Kerja Raya dalam kabinet Bayangan PR. Rupa-rupanya beliau dijanjikan mendapat projek buat lebuhraya di Kelantan dan Jambatan Labuan...fuh hebat sibuncit ni.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.